29/07/2026
Sewaktu perbualan telefon dengan Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman hari ini, kami menyentuh pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Bangladesh, khususnya dalam bidang tenaga dan pelaburan demi manfaat bersama.
Antara perkara utama yang dibangkitkan ialah cabaran bekalan gas yang sedang dihadapi Bangladesh terkait kekangan bekalan justeru beliau memohon bantuan Malaysia termasuk melalui kerjasama dengan PETRONAS bagi membekalkan LNG untuk membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu.
Dalam perbualan telefon itu, turut dibincangkan kerjasama ekonomi, termasuk kemajuan pelaburan melibatkan Axiata serta potensi kerjasama strategik bersama MMC Port dalam memperkukuh hubungan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara.
Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan persahabatan yang telah lama terjalin dengan Bangladesh, berteraskan semangat saling menghormati, kerjasama yang pragmatik serta iltizam untuk membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇧🇩