Solusi Hunian Tanpa Riba

Solusi Hunian Tanpa Riba Kami memberikan beberapa pilihan solusi perumahan yang sesuai Syariah Islam.
- kunjungi www.jualruma
(348)

BERSUARALAH, JANGAN DIAM...!!!10.000 Tahanan Palestina Jelang DieksekusiMereka Dalam Ancaman Eksekusi Setelah 90 Hari, I...
22/04/2026

BERSUARALAH, JANGAN DIAM...!!!
10.000 Tahanan Palestina Jelang Dieksekusi

Mereka Dalam Ancaman Eksekusi Setelah 90 Hari, Ini Bukan Sekedar Angka, Ini Adalah Nyawa Manusia, Keluarga, Dan Masa Depan Yang Terancam Hilang.

Kebanyakan Dari Mereka Semua Tanpa Proses Pengadilan, Termasuk Ratusan Anak-anak Dokter Dan Akademik. Mereka Menjadi Mangsa, Penyiksaan Yang Paling Kejam. Dan Tidak Ada Yang Membicarakan Nasib Mereka Di Dunia Ini...

Jika Keadilan Masih Berarti, Maka Ini Saatnya Bersuara. Tekanan Global Harus Di Berikan Kepada Organisasi Internasional, Agar Segera Bertindak Dan Menghentikan Tragedi Ini Sebelum Terlambat

Diam Adalah Bentuk Persetujuan, Bersuara Adalah Bentuk Perlawanan...

28/02/2026

Keren Kritik AI ini, Ketika Dana Zakat / ZIS sedang di Usulkan oleh para pejabat untuk MBG
Yang Berhak menerima Zakat, Bukan MBG

27/02/2026
Surah al-An'am, yang mengajar kita bahawa segala yang kita bina ini tak akan membuahkan hasil melainkan dengan tauhid ya...
26/02/2026

Surah al-An'am, yang mengajar kita bahawa segala yang kita bina ini tak akan membuahkan hasil melainkan dengan tauhid yang benar.

Itulah matlamat Surah al-An'am; untuk establish tauhid menggunakan hujah-hujah rasional dan meruntuhkan kepercayaan-kepercayaan golongan musyrik.

Surah ini membetulkan cara manusia mengenal Tuhan, cara mereka menilai wahyu, dan cara mereka membezakan antara kebenaran dan kesesatan. Tanpa asas ini, seluruh projek pembinaan umat yang dibentangkan sebelum ini tidak akan stabil.

Ok ini dia overview surah ini:

[Ayat 1-3]

Mula-mula sekali Allah jawab persoalan ini: Siapa Allah?

Allah buka surah dengan memperkenalkan diri-Nya sebagai Pencipta langit dan bumi, Pengatur gelap dan terang, Penentu ajal, dan Yang Maha Mengetahui.

Kerana sebelum kita bincang tentang salah dan betul, manusia mesti jelas tentang siapa Tuhan mereka.

Kalau Tuhan tidak difahami dengan betul, maka hukum akan disalah guna, wahyu akan ditolak,
dan agama akan diputar belit.

Jadi surah ini mula dengan satu asas yang perlu dipegang: ketuhanan yang mutlak.

Kemudian surah ini menceritakan bahawa penyimpangan manusia dalam akidah ini hanya ada dua sahaja jenisnya, (1) penyimpangan intelektual, (2) penyimpangan sikap. Lalu surah ini pun menjelaskan rawatan bagi kedua-dua jenis penyimpangan ini.

[Ayat 4-11]

Dalam bahagian surah ini, ia menceritakan tentang jenis penyimpangan yang pertama, iaitu penyimpangan intelektual.

Bahagian surah ini menunjukkan bahawa masalah manusia bukannya kekurangan bukti. Setiap kali ayat datang, mereka berpaling. Walaupun mukjizat diturunkan, mereka tetap mencari alasan. Sejarah umat terdahulu dibawa sebagai bukti bahawa penolakan terhadap kebenaran akhirnya membawa kehancuran.

Masalahnya bykan pada dalil dan bukti itu sendiri, tetapi pada sikap terhadap dalil itu.

[Ayat 12–32]

Kemudian surah ini memberi rawatan terhadap penyakit ini dengan mengembalikan manusia kepada hakikat pemilikan dan penguasaan Allah.

Segala yang di langit dan bumi adalah milik-Nya. Dia menetapkan rahmat atas diri-Nya. Dia akan menghimpunkan manusia pada hari kiamat. Dunia hanyalah permainan sementara, sedangkan akhirat adalah realiti yang pasti.

Penyimpangan intelektual dirawat dengan memperkukuhkan autoriti Tuhan dan kesedaran tentang akhirat. Apabila manusia sedar siapa Pemilik mutlak dan apa akibat penolakan wahyu, ruang untuk mempermainkan wahyu semakin sempit.

[Ayat 33–39]

Jenis penyimpangan ini bukan hanya wujud pada zaman Rasulullah, malah sudah wujud sejak dari zaman para Rasul yang terdahulu.

Jadi Allah ingin memberitahu kepada Rasulullah (dan juga kepada kita); tak payah hairan dengan penyakit ini.

Rasul-rasul sebelum ini juga ditolak, tetapi mereka bersabar sehingga datang pertolongan Allah. Hidayah bukan di tangan manusia, tetapi di tangan Allah. Kita hanya menyampaikan sahaja, Allah yang memberi hidayah.

[Ayat 40–50]

Surah ini meneruskan lagi hujah rasionalnya dalam membantah jenis penyimpangan yang pertama ini: jika Allah mengambil pendengaran dan penglihatan, siapa yang boleh mengembalikannya?

Jika azab datang, siapa yang mampu menyelamatkan? Rasul bukan pemilik khazanah Allah dan bukan mengetahui perkara ghaib; baginda hanya mengikuti wahyu.

Di sini surah ini membersihkan salah faham tentang peranan Rasul dan mematahkan tuntutan yang tidak munasabah terhadap wahyu.

[Ayat 51–73]

Kemudian Allah menerangkan lagi apa punca penyimpangan ini dan hujah dalam membantahnya.

Konteksnya: Golongan elit Quraysh minta Nabi ﷺ halau orang miskin dan lemah supaya mereka boleh duduk berasingan. Kenapa?

Sebab mereka tak mahu duduk setaraf dengan orang bawahan.

Di sini kita nampak punca sebenar kesesatan intelektual: Bukan kerana hujah tak cukup.
Tetapi kerana ego, status, dan kepentingan sosial.

Mereka tak mahu tunduk kepada wahyu kerana tindakan menunduk itu menjatuhkan kedudukan mereka.

Jadi Allah menjelaskan bahawa kemuliaan bukan terletak pada status, tetapi pada iman. Kemudian disebut bahawa orang yang menolak akhirat mudah terpedaya dengan dunia.

Jadi sebelum hujah tauhid dibina (yang kemudianya dibawa dalam kisah Ibrahim), surah ini mesti betulkan perspektif kemuliaan manusia dahulu.

Kalau tidak, hujah sehebat mana pun tak akan diterima.

[Ayat 74–90]

Kemudian datang kisah Nabi Ibrahim. Baginda berhujah dengan kaumnya melalui pemerhatian alam. Bintang, bulan dan matahari semuanya terbenam. Yang tenggelam tidak layak menjadi Tuhan. Tauhid dibina melalui hujah yang rasional dan pemerhatian yang jujur.

Ini adalah demonstrasi praktikal bagaimana penyimpangan intelektual dipatahkan. Tauhid bukan diwarisi secara buta, tetapi dibina dengan akal yang sihat.

[Ayat 91–108]

Penyimpangan dari sudut intelektual bukan sekadar sikap degil terhadap wahyu itu, tetapi menolak autoriti wahyu itu sendiri.

Kemuncaknya adalah apabila golongan Yahudi berkata bahawa Allah tidak menurunkan apa-apa kepada manusia. Kalau wahyu dinafikan, maka tiada lagi sumber mutlak untuk menentukan benar dan salah. Itulah akar sebenar penyakit mereka.

Jadi, bahagian surah ini datang sebagai rawatan kepada penyakit ini. Allah mengingatkan mereka tentang Taurat yang diturunkan kepada Musa. Jika mereka mengakui Musa menerima kitab, maka konsep wahyu itu sendiri tidak boleh dinafikan. Kemudian Allah menegaskan bahawa al-Quran adalah kitab yang diberkati dan merupakan kesinambungan wahyu sebelumnya. Ini membongkar percanggahan dalam sikap mereka dan menetapkan kembali wahyu sebagai sumber kebenaran.

[Ayat 109–135]

Selepas Allah menetapkan autoriti wahyu dan membongkar percanggahan mereka, surah ini menjelaskan satu realiti yang sangat penting: bukan semua orang akan beriman walaupun diberi bukti yang luar biasa. Mereka bersumpah bahawa jika datang tanda tertentu, mereka pasti akan beriman. Tetapi Allah jelaskan bahawa hati mereka telah dipalingkan kerana sikap mereka sendiri.

Kemudian Allah menyebut satu prinsip besar: kalau kita ikut kebanyakan manusia di muka bumi ini, mereka akan menyesatkan kita dari jalan Allah. Ini sangat penting dalam konteks penyimpangan intelektual. Kebenaran tidak ditentukan oleh majoriti, bukan juga oleh tekanan sosial, tetapi oleh wahyu.

Di sini surah seolah-olah menutup bab penyimpangan intelektual dengan satu kesimp**an: masalahnya bukan kurang bukti, tetapi hati yang tidak mahu tunduk dan kecenderungan mengikuti arus manusia tanpa neraca wahyu.

Namun, penyimpangan manusia tidak berhenti pada tahap teori dan pemikiran sahaja. Ia akhirnya akan diterjemahkan dalam cara hidup.

[Ayat 136–150]

Di sinilah surah beralih kepada jenis penyimpangan yang kedua, iaitu penyimpangan sikap dan amalan.

Golongan musyrik bukan sahaja salah dalam berfikir, mereka juga mencipta sistem hidup yang rosak. Mereka membahagikan hasil tanaman untuk “Allah dan sekutu-sekutu-Nya”, mengharamkan beberapa jenis binatang tanpa dalil, dan membunuh anak-anak kerana kepercayaan khurafat.

Ini menunjukkan bahawa apabila tauhid rosak dalam pemikiran, ia akan rosak dalam sistem hidup. Manusia mula menentukan halal dan haram mengikut nafsu dan tradisi.

Penyimpangan intelektual akhirnya melahirkan penyimpangan sikap.

[Ayat 151–153]

Kemudian surah ini membentangkan rawatan bagi penyimpangan kedua ini. Allah membentangkan wasiat-wasiat utama: jangan syirik, berbuat baik kepada ibu bapa, jangan membunuh anak, jangan mendekati perbuatan keji, berlaku adil, menunaikan janji, dan mengikuti jalan yang lurus.

Ini adalah pembinaan sistem hidup yang lurus berasaskan tauhid.

Kalau sebelum ini mereka mencipta hukum sendiri, di sini Allah meletakkan garis panduan yang jelas. Tauhid bukan sekadar konsep akidah, tetapi asas kepada etika, keluarga, keadilan dan masyarakat.

[Ayat 154–165]

Di penghujung surah, Allah menegaskan bahawa kitab diturunkan untuk menyempurnakan nikmat dan memberi petunjuk. Kemudian datang deklarasi yang sangat besar: solat, ibadah, hidup dan mati semuanya untuk Allah semata-mata. Tiada sekutu bagi-Nya.

Akhirnya Allah mengingatkan bahawa manusia dijadikan khalifah di bumi dan diuji dengan apa yang diberikan kepada mereka. Ketinggian darjat bukan untuk berbangga, tetapi untuk melihat siapa yang paling baik amalnya.

Surah ini bermula dengan memperkenalkan siapa Allah, dan berakhir dengan menuntut penyerahan secara total kepada-Nya.

Semoga tulisan ini bermanfaat.

Diringkaskan dan diolah semula dari kitab al-Khāriṭah al-Qurʾāniyyah oleh Dr. Mishʿal ʿAbd al-ʿAzīz al-Falāḥī (m/s 62-74)

JIKA TERJADI KEMATIAN ANGGOTA KELUARGA DI RUMAH (Bacalah perlahan… ini tentang kita semua)Suatu hari nanti,akan ada satu...
24/12/2025

JIKA TERJADI KEMATIAN ANGGOTA KELUARGA DI RUMAH
(Bacalah perlahan… ini tentang kita semua)
Suatu hari nanti,
akan ada satu pagi yang terasa sunyi.
Rumah yang biasanya ramai,
mendadak terasa kosong.
Bukan karena tidak ada orang,
melainkan karena satu jiwa telah berp**ang.
Jika saat itu terjadi di rumah kita,
jangan panik…‼️
tarik napas, tenangkan hati.
Inilah sedikit panduan
untuk menghadapi saat paling berat dalam hidup.
SAAT KEMATIAN DISAHKAN
Hubungi ambulans atau tenaga medis.
Dokter akan memastikan dan mengesahkan kepergian itu.
Di saat itulah kita benar-benar sadar…
orang yang kemarin kita panggil namanya,
hari ini sudah tak lagi menjawab.
Beritahukan pengurus masjid.
Sampaikan kepada tetangga.
Hubungi keluarga terdekat.
Bukan untuk merepotkan,
melainkan karena kita tidak mampu melewati duka ini sendirian
Datang ke kantor polisi dengan dokumen yang ada.
Buat laporan,
meski tangan masih gemetar
dan air mata belum berhenti mengalir.
Bagilah tugas di rumah.
Biarlah ada yang mengurus keperluan,
dan ada yang terus mendoakan.
PENGURUSAN JENAZAH (SENTUHAN TERAKHIR)
Baringkan jenazah di atas alas.
Arahkan kaki ke kiblat.
Hadapkan wajahnya kepada Tuhan
yang akan ditemuinya.
Bersihkan apa yang perlu dibersihkan.
Gantikan dengan pakaian yang bersih.
Saat ini,
itulah pelayanan terakhir kita untuknya.
Oleskan minyak dengan lembut.
Urut perlahan, tanpa tergesa.
Rapatkan mulutnya…
mulut yang dahulu menasihati kita.
Pejamkan matanya…
mata yang pernah memandang kita dengan penuh kasih.
Luruskan dan rapatkan tangannya…
tangan yang pernah membesarkan,
menafkahi,
dan menuntun kita.
Rapatkan kaki dan ikat dengan baik.
Di setiap ikatan itu,
sertakan doa dan keikhlasan.
Terakhir,
tutup wajahnya dengan kain putih,
dan tutupi seluruh tubuh dengan kain batik panjang.
Di saat itu kita sadar…
kita tak lagi mampu berbuat apa-apa,
selain merelakan.

SIAPKAN KEPERLUAN
Siapkan kain.
Siapkan handuk.
Siapkan daun pandan.
Bersihkan rumah.
Tutuplah aibnya sebaik mungkin.
Sambil menunggu urusan berikutnya,
duduklah di dekat jenazah…
bacalah Al-Qur’an.
Biarlah ayat-ayat Allah
menjadi teman terakhirnya di dunia.
CATATAN DARI HATI
Urutan ini bukan sekadar untuk tubuh,
melainkan untuk memudahkan perjalanan akhirnya,
dan meringankan apa yang sedang dilaluinya.
Lakukan dengan lembut.
Dengan doa.
Dengan bacaan Al-Fatihah.
Karena ruh yang baru berpisah dari jasad
tidak pergi dalam keadaan yang mudah.
Suatu hari nanti,
orang lain p**a yang akan melakukan semua ini
untuk kita.
Kematian bukan untuk ditakuti,
melainkan untuk dipersiapkan.
Simpanlah tulisan ini 📝
Semoga bermanfaat saat kita paling membutuhkannya.
Mohon maaf atas segala kekurangan.
Wallahu a’lam.

27/10/2025

Nasihat :
Orang yang punya utang wajib melunasi sesuai janji nya karena akan dihukum di dunia dan di akhirat :
Al-Qur'an:
- Surat Al-Baqarah ayat 282: "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya."
Hadits:
- Rasulullah bersabda: "Jiwa seorang mukmin tergantung karena hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya." (HR. Tirmidzi)
- Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan tujuan untuk membayarnya, maka Allah akan membayarkannya untuknya. Dan barangsiapa yang mengambilnya dengan tujuan untuk merusaknya, maka Allah akan merusaknya." (HR. Bukhari)
- Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya." (HR. Ibnu Majah)

Mungkin pesantren gagal dalam konstruksi, tp tidak gagal mendidik karakter santri. Mungkin pesantren gagal membangun pon...
05/10/2025

Mungkin pesantren gagal dalam konstruksi, tp tidak gagal mendidik karakter santri.
Mungkin pesantren gagal membangun pondasi bangunan, tp tidak gagal dalam membangun pondasi keimanan santri.
Bagaimana dengan kita dan keluarga kita? 😥

Tersiar kabar, Mesir, Qatar dan Turki mendorong Hamas agar menerima proposal Trump untuk perdamaian di Gaza. Diantara po...
04/10/2025

Tersiar kabar, Mesir, Qatar dan Turki mendorong Hamas agar menerima proposal Trump untuk perdamaian di Gaza. Diantara poinnya adalah Hamas menyerahkan senjatanya, dan tidak boleh memiliki peran apapun di Gaza mendatang.

Sejarah mencatat, peristiwa akibat kaum muslimin menyerahkan senjata ke musuh:

1. Tahun 1258 — Baghdad
Hulagu menjanjikan mereka keselamatan, tetapi kemudian terjadi pembantaian dan kejatuhan Baghdad ke tangan bangsa Tartar.

2. Tahun 1492 — Al-Andalus
Penyerahan senjata kepada raja-raja Katolik, kemudian terjadilah pembantaian dan kejatuhan Granada, serta pemaksaan kristenisasi terhadap kaum Muslim.

3. Tahun 1830 — Aljazair
Setelah perlawanan terhadap penjajah Prancis, ibu kota dan senjatanya diserahkan kepada Prancis, hasilnya: awal penjajahan Prancis atas Aljazair selama 132 tahun.

4. Tahun 1947 — Nakba Palestina
Beberapa desa menyerahkan senjata dengan janji-janji keamanan dari gerombolan Zionis, hasilnya: pembantaian Deir Yassin dan pengusiran (pengungsian) rakyat Palestina.

5. Tahun 1995 — Bosnia dan Herzegovina
Penyerahan senjata kepada Serbia di bawah pengawasan PBB, hasilnya: pembantaian Srebrenica, di mana lebih dari 8.000 Muslim Bosnia dibunuh.

Mereka menuntut pencabutan senjata dari sayap perlawanan di Gaza, padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak memerintahkan kalian untuk menyerahkannya; bahkan Dia memperingatkan agar tidak lengah terhadapnya.

Jika kelengahan terhadap senjata membuka satu celah bagi musuh untuk menyerang kalian, bagaimana kalau senjata itu diserahkan dan kalian benar-benar dikosongkan darinya secara sukarela?

Allah berfirman:
وَدَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لَوْ تَغْفُلُوْنَ عَنْ اَسْلِحَتِكُمْ وَاَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيْلُوْنَ عَلَيْكُمْ مَّيْلَةً وَّاحِدَةًۗ

Orang-orang yang kafir ingin agar kamu lengah terhadap senjata dan harta bendamu, lalu mereka menyerbumu secara tiba-tiba. (QS. An Nisa: 102)

Dan siapakah yang lebih jujur selain Allah Yang Maha Agung.

Jangan bernegosiasi — jangan menyerahkan senjata!

Sumber : WAG Belum ada judul

24/09/2025

Kadang mikir, judulnya "Makan Bergizi Gratis, tapi pake uang pajak kita, gratis darimana coba ?

18/09/2025
18/09/2025
Lelah setelah perjalanan panjang mencari perlindungan dan pengungsian, dua anak Pαlεsτιnα tertidur di atas sepeda sement...
18/09/2025

Lelah setelah perjalanan panjang mencari perlindungan dan pengungsian, dua anak Pαlεsτιnα tertidur di atas sepeda sementara ayah mereka yang terluka membawa mereka melintasi kegelapan Gaza, mencari tempat aman di tengah serangan udara Işґαει yang terus berlanjut.
Sc : .pixel

Address

Bogor

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+6281230001704

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Solusi Hunian Tanpa Riba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Solusi Hunian Tanpa Riba:

Share