Nazwan Properties

Nazwan Properties Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nazwan Properties, Real Estate, Alor Setar.

06/12/2024
04/08/2023

Kita Tetap Kita..

Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan liku-liku yang penuh cabaran.

Kita tidak lepas dari ujian, kita tidak lepas dari cacian, ada yang menanggung kesusahan yang berpanjangan, ada yang mengemjs sepanjang perjalanan, ada yang terluka, ada yang merana, ada yang tidak mengapai cita-cita..

Kawan, jangan meratapi kesedihan terlalu lama, jangan mengemis terlalu lama, jangan merempat terlalu lama. Ya, kata-kata tidak semudah alam nyata, lidah lembut dan mudah ketika bicara, akan tetapi mahu atau tidak mahu jalani kehidupan terpaksa diteroka. Jalan saja, hadapi saja, berdoa saja, berusaha saja, bangkit saja, jangan perduli jangan berhenti..

Akan kamu terima apa yang kamu usaha, akan kamu terima berita gembira selagi kamu bergantung kepada yang Maha Esa..

Ingat, kita manusia biasa, terluka itu pastu, sedih itu pasti, up and down itu pasti, but jangan mengambil masa yang lama, jangan terlena begitu lama..

BANGKIT..

Mohd Nazwan Bin Fadzil

Mencari Cahaya Di dalam Cahaya, Ibarat Jiwa Di Dalam Jiwa.Kekasih Kepada Sang Kekasih..
25/07/2023

Mencari Cahaya Di dalam Cahaya, Ibarat Jiwa Di Dalam Jiwa.

Kekasih Kepada Sang Kekasih..

29/11/2022
29/11/2022

Dari Lelaki kepada Lelaki.

Ada yang sudah lepas, selesa! ada yang tengah keras, merana! Dihenyak hidup yang keras kadang rasa lemas, cukup masa mesej masuk kirim beras.

Bisikan datang puas dah kau tangkis, berhenti tepi tak perasan minyak habis. Kadang ada yang atas motor pun boleh menangis. Puas dah tahan tak nak anak nampak kau menangis.

Kadang sakit buat tak perasan. Bangkit anak jantan. Perjuangan belum habis! Kau anak jantan buat apa menangis!

Henyak kederat tambah pendapatan. Perah otak keluarkan kebijaksanaan. Pergi keluar bina kawan yang mampu buat kau melawan bukan berkumpul main GAME lawan-lawan. Tinggalkan mereka yang s**a jadi lawan. Biasalah mula-mula kau pasti akan ditertawakan.

Makan di pinggan minum di cawan, usah selesa tunggu yang hujung bulan. Usaha lagi sampai sawan, biar tak ramai kawan asal keluarga kau cukup makan.

Tugas lelaki bukan sekadar pergi pasar beli cili, 24 jam teman isteri tiap pagi sapu minyak yuyi. Tugas utama lelaki membangun ekonomi. Ya kau akan kurang di sana namun lebih di sini. Itu hakikat dunia realiti. Sampai masa satu hari nanti kau akan menang sapu semua sekali.

Hujan panas mencari rezeki kadang terlelap tengahari sekali dengan mimpi bila terjaga rupanya ini realiti. Menjadi lelaki kena berani melawan diri teguh berdiri kerana lelaki adalah pemimpin sebuah organisasi. Bukan dimaki bukan dicaci, bangkit mencipta legasi moga jadi inspirasi pedoman untuk anak dan isteri.

Usah kau iri dan usah dengki memerhati mereka yang sedang berlari. Kalau kau betul lelaki bangkit melawan buat sampai jadi selagi belum mati.

Malam ini kerja lagi, esok hari belum tentu cuti waktu pagi cicah roti kuah kari ada kambing terselit di gigi. Aku Azri wakil lelaki, sekali pekik boleh buat kau mimpi ngeri. Kalau tak puas hati meh datang sini kita buat sama-sama sampai jadi!

Jumpa nanti 3 Disember 2022
Isbah Kingdom.

Sewaktu engkau kecil engkau inginkan cepat dewasa, kerana engkau menjangka apabila kau dewasa engkau akan mendapat kebah...
18/11/2022

Sewaktu engkau kecil engkau inginkan cepat dewasa, kerana engkau menjangka apabila kau dewasa engkau akan mendapat kebahagian yang luar biasa, tetapi disebalik semua itu pemikiran engkau tidak sampai ke alam itu, bukan sesuatu yang realiti, kerana bila engkau telah dewasa baru kau tahu penat lelahnya yang akan lalui, cabaran, halangan, ujian, fitnah dan pelbagai kerenah duniawi yang engkau perlu hadapi bukan sesuatu yang mudah seperti kau bayangkan ketika kau dialam kanak-kanak, it's not easy bro, akan tetapi teruskanlah melangkah walau lelah, kerana semua itu akan berlalu, semua itu akan kau tinggalkan, jalan dan telan, dont give up, dont stop dalam perjuangan kehidupan, kerana kita akan tempuhi satu perjalanan yang lebih jauh dialam sana.. Setelah hujan pasti ada sinar mentari..

WAN PRO..



15/10/2022

CP

2022 bakal melabuhkan tirai lagi 2 bulan.
Lakukan semua pesan Tok Abah ini selama 60 hari. Dan kamu akan jadi orang baru di tahun hadapan:

1. Urus masa kamu.

-Bangun awal.
-Pastikan ada Senarai To-Do setiap hari.
-Setkan duedate untuk setiap tugasan.
-Ikut rapat jadual yang kamu sudah buat.

2. Fokus satu perkara.

Semua orang memang nakkan hasil, tetapi s**ar untuk hayati dan lalui proses. Terutama untuk fokus.

Benar kamu boleh multi-tasking, contohnya buat 5 perkara dan perlukan 20% untuk setiap tugasan.

Ubah kepada 1 perkara, dan fokus 100%.

3. Terus buat perubahan kecil tetapi berterusan.

-Mula baca buku 1 mukasurat sehari.
-Mula menulis satu perenggan sehari.
-Mula bersenam setiap pagi.

Kuncinya adalah 'mula hari ini'. Jangan bertangguh lagi ya, anak-anak.

4. Fokus positiviti.

Tanya pada diri sendiri, apa yang kamu boleh kawal. Apa yang boleh kamu ubah dan tambah baik.

Setiap kali hadapi masalah, jangan mengeluh dan menangisi sepanjang hari, tetapi jadikan ia peluang untuk iktihar dan dapatkan solusi.

5. Bina kenalan yang level tinggi.

Pastikan kamu ada kawan-kawan atau kenalan yang sentiasa bercakap tentang idea, matlamat, solusi dan ilmu pengetahuan.

Bukan membawang seharian.

Anak cucu dan semua sahabat Tok Abah,

Apa yang berlaku di sekeliling kita, kita tak boleh kawal dan ubah. Nak bubar, nak bina semula, nak susun semula apa yang berlaku di luar, kita tak boleh kawal.

Daripada kita buang masa untuk melepaskan geram, marah dan sedih, gunakan 2 bulan ini untuk atur semula hidup, agar ia jadi lebih bermakna dan memberi sinar baharu di tahun 2023 nanti.

Dengar kata, tahun depan suasana makin berat, jadi adakah kita nak biar ia makin berat dan melarat, atau kita cari cara untuk 'ringan'kannya.

Sama-sama kita fikirkan.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Pilih dan undilah kehidupan kamu dahulu. Susun dan bina baik-baik untuk kesejahteraan kamu dan keluarga.

Address

Alor Setar

Telephone

+60138687899

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazwan Properties posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category