Info Hartanah - Murah - Mampu Milik

Info Hartanah - Murah - Mampu Milik Membantu anda membeli dan menjual Hartanah anda dgn lebih mudah

Sub-Sale VS Under ConstructionUrusan Hartanah ?Kami sedia bantu andaHAIRI AHMAD PEA 4033www.wasap.my/+60134578424
26/01/2026

Sub-Sale VS Under Construction

Urusan Hartanah ?
Kami sedia bantu anda

HAIRI AHMAD
PEA 4033
www.wasap.my/+60134578424

Utk di lelong / For AuctionRESERVED PRICE : RM500,000Tmn Mangga, Alor Mengkudu, Alor SetarTeres 2 Tingkat (unit tepi)HAI...
21/01/2026

Utk di lelong / For Auction
RESERVED PRICE : RM500,000

Tmn Mangga, Alor Mengkudu, Alor Setar
Teres 2 Tingkat (unit tepi)

HAIRI AHMAD
013-457 8424
PEA4033

KERAJAAN KEDAH PERKETAT PENGUATKUASAAN, BANTERAS KARTEL LOT LIDIRoslinda Hashim Ketua Pengarang UPDAALOR SETAR - Polis D...
13/01/2026

KERAJAAN KEDAH PERKETAT PENGUATKUASAAN, BANTERAS KARTEL LOT LIDI

Roslinda Hashim
Ketua Pengarang UPDA

ALOR SETAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semua agensi penguatkuasaan di negeri ini diminta turut serta membendung aktiviti penjualan tanah lot lidi termasuk mengesan 'barua' kartel atau dalang yang terlibat mempromosikannya.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kerajaan Negeri Kedah beriltizam untuk menoktahkan isu penjualan lot lidi secara haram mulai tahun ini, dengan memperketatkan penguatkuasaan bagi mengelak orang awam terus menjadi mangsa penipuan sindiket tanah.

Menurutnya, aktiviti lot lidi digerakkan secara terancang oleh kartel atau sindiket yang bergerak dalam kump**an dengan matlamat utama meraih keuntungan wang ringgit tanpa mempedulikan undang-undang dan keadilan kepada pembeli.

“Saya sedih kalau ada kalangan orang pejabat tanah sendiri yang menjadi dalang dan pemudah cara atau bahasa kasarnya ‘barua’ kartel dalam mempromosikan lot lidi.

“Niat kononnya mahu bantu orang miliki tanah, tetapi dari sudut moral dan undang-undang, ia jauh menyimpang. Beringatlah, kita tinggalkan anak cucu yang mungkin menjadi mangsa pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat 2026 sempena Program Amanat Tahun Baharu Pentadbiran Tanah Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, hari ini.

Sanusi berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan memecah satu lot tanah besar kepada puluhan petak, melukis pelan, membuat iklan dan menjualnya dengan mengambil untung atas angin.

“Konon ini sajalah cara untuk bantu orang miliki tanah sendiri, walaupun hak milik tanah hanya kekal atas satu nama, menyebabkan pembeli tidak boleh mendaftarkan nama masing-masing.

“Kalau ada 48 pembeli, satu pun tak boleh masuk nama. Bila pemilik asal meninggal dunia, tanah itu perlu melalui proses faraid dan akhirnya menyusahkan banyak pihak. Jangan ambil mudah,” katanya.

Beliau tegaskan, isu lot lidi bukan sekadar isu teknikal, sebaliknya membabitkan keadilan, apabila pembeli menjadi mangsa sedangkan pejabat tanah p**a dijadikan sasaran kemarahan.

“Tahun ini, saya mahu kita lebih berani berkata ‘tidak boleh’ daripada sibuk membaiki masalah yang sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Dalam sidang akhbar, Sanusi memaklumkan, penjualan lot lidi melanggar tiga undang-undang utama, iaitu Kanun Tanah Negara (KTN), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kita tak benarkan lagi skim lot lidi baharu, skim lama yang berpotensi untuk diputihkan perlu dikaji secara teliti dalam kerangka perundangan sedia ada melalui perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Tanah Daerah (PTD) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Perkemaskan penguatkuasaan di semua daerah. Buat rondaan dan tanggalkan iklan jualan tanah yang dipecah secara tidak sah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat Kedah yang kurang jelas mengenai urusan pembelian tanah supaya merujuk terus kepada pejabat tanah, selain tidak memilih jalan mudah walaupun isu tersebut telah lama berlarutan.

“Kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai seminar dan program penerangan. Penguatkuasaan akan terus diperkasakan dan saya harap tiada lagi jual beli lot lidi berlaku di mana-mana daerah di Kedah,” katanya.



What In side data centre?Ada apa dalam pusat data?
29/12/2025

What In side data centre?

Ada apa dalam pusat data?

Jangan langgar SYARAT NYATA tanah kategori Pertanian.Tanah anda boleh diLUCUTHAK oleh pihak berkuasa negeri.Bayangkan an...
24/11/2025

Jangan langgar SYARAT NYATA tanah kategori Pertanian.
Tanah anda boleh diLUCUTHAK oleh pihak berkuasa negeri.

Bayangkan anda telah membeli tanah dgn "perjanjian peguam" sahaja (Lot Lidi). Telah membina rumah banglo idaman anda. tiba2, pejabat tanah kata tanah mesti dikembalikan seperti sedia kala (pertanian). Apa perasaan anda? Marah? tak Puas hati? Kecewa? Sedih?

tapi itulah hakikat undang2 tanah menurut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 yg menjadi undang2 tertinggi di negara kita di samping Enakment Tanah Negeri masing2.


https://www.facebook.com/share/p/1KktaAkdvy/

SYARAT NYATA TANAH PERTANIAN

Ramai pemilik tanah pertanian di Malaysia masih kurang sedar bahawa setiap inci tanah yang dikategorikan sebagai “pertanian” tertakluk kepada syarat nyata (express condition) dan sekatan kepentingan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN). Syarat ini menetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat atas tanah tersebut. Namun, kerana kurang pendedahan atau tersalah anggap bahawa “tanah sendiri boleh buat apa sahaja,” banyak pemilik tanpa sedar melakukan kesalahan guna tanah.

KESALAHAN JELAS
Kesalahan yang paling kerap berlaku ialah menukar kegunaan tanah tanpa kelulusan, contohnya membina rumah, kilang kecil, atau stor atas tanah pertanian. Ada juga yang menjalankan perniagaan bengkel kereta, kilang, pusat latihan, tapak penyimpanan lori atau jentera tanpa mendapat Kebenaran Merancang daripada PBT atau kelulusan tukar syarat daripada Pejabat Tanah. Walaupun kelihatan “ringkas”, tindakan ini tetap dianggap pelanggaran syarat nyata.

LANGGAR SYARAT
Selain itu, terdapat pemilik yang membuat pecah lot kecil-kecilan — lot lidi — atas tanah pertanian tanpa kebenaran, lalu menjualnya kepada pembeli. Amalan ini bukan sahaja melanggar KTN, malah mendedahkan pembeli kepada risiko besar seperti tiada geran individu, tiada hak ke atas tanah dan tanah tidak boleh didirikan bangunan kerana melanggar syarat kegunaan tanah.

IMPLIKASI UNDANG-UNDANG
Implikasi undang-undang kepada kesalahan guna tanah ini sangat serius. Pejabat Tanah berhak mengeluarkan Notice 7A mengarahkan pemilik menghentikan penggunaan dan memulihkan semula keadaan tanah. Sekiranya pemilik ingkar, Notice 7B boleh menyusul, yang membawa kepada tindakan lebih tegas seperti denda berat, kompaun, malah pelucuthakan tanah (forfeiture) di bawah Seksyen 128 KTN. Ini bermaksud tanah boleh dirampas dan diambil balik oleh kerajaan.

ELAKKAN RISIKO
Bagi mengelakkan risiko undang-undang dan kerugian jangka panjang, setiap pemilik tanah pertanian perlu memahami bahawa penggunaan tanah bukan sekadar soal hak milik, tetapi tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebarang pembangunan, pembinaan atau pertukaran fungsi tanah hendaklah mendapat kelulusan rasmi terlebih dahulu. Pematuhan bukan saja mengelakkan masalah, malah membuka peluang untuk mengoptimumkan nilai tanah secara sah dan selamat.

Umur Berapa anda memiliki pertama?
07/11/2025

Umur Berapa anda memiliki pertama?

TERKENAL dengan kelantangan ketika mengkritik, siapa yang tidak kenal pengarah dan produser terkenal Michael Ang.

Michael Ang menitipkan nasihat buat para anak muda di negara ini untuk bijak merancang mengenai kehidupan dan masa hadapan mereka. Menurut sudut pandang Michael, seseorang itu seharusnya sudah pun mempunyai sebuah rumah sendiri selewat-lewatnya pada usia 28 tahun.

Price Mark up??? Think Twice guys..Are you REN, PEA or PV, please be careful... don't simply fall into trap and jeopardy...
31/10/2025

Price Mark up???

Think Twice guys..

Are you REN, PEA or PV, please be careful... don't simply fall into trap and jeopardy your license...



HAIRI AHMAD
PEA4033

Kepada semua penjawat awam, boleh baca ni untuk fahamkan apa inisiatif terbaru LPPSA untuk anda..https://www.facebook.co...
30/10/2025

Kepada semua penjawat awam, boleh baca ni untuk fahamkan apa inisiatif terbaru LPPSA untuk anda..

https://www.facebook.com/share/p/1Fmb3n23ye/

Baca tapi tak faham?
Klik link ni www.wasap.my/+60134578424/LPPSA

Hairi Ahmad
PEA4033

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍

INISIATIF BELANJAWAN 2026: Kenali 3 𝙞𝙣𝙞𝙨𝙞𝙖𝙩𝙞𝙛 di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA

Info lanjut, sila rujuk Notis Makluman tertera.

Address

Alor Setar
05300

Telephone

+60134578424

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Hartanah - Murah - Mampu Milik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category