04/07/2020
BAHAYA BELI TANAH LOT BANGLO TIADA GERAN INDIVIDU
Nak beli tanah lot pastikan ia sudah ada geran individu berstatus bangunan.
Tanah lot yang tiada geran individu berstatus bangunan ini juga dipanggil sebagai lot lidi.
Berikut adalah risiko-risiko yang bakal dihadapi sekiranya anda beli tanah lot yang tiada geran individu berstatus bangunan (lot lidi).
1. Tidak boleh dipindahmilik kepada pembeli.
2. Nama pembeli tiada dalam geran.
3. Tidak tahu kedudukan sebenar tanah.
4. Tidak boleh bina rumah secara sah di atasnya.
5. Tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pinjaman.
6. Tidak boleh diwariskan kepada waris apabila pembeli meninggal dunia.
7. Tanah masih jadi hak pemilik asal.
8. Tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh Kerajaan.
9. Tidak boleh dipindahmilikkan kepada waris.
10. Terdedah kepada unsur-unsur penipuan, penyelewengan dan perbalahan dengan penjual.
Jadi, KATAKAN TIDAK kepada TANAH LOT YANG TIADA GERAN INDIVIDU BERSTATUS BANGUNAN