21/05/2026
NAK URUS SENDIRI JUAL-BELI HARTANAH, SILAKAN..
Ada yang pm Coach mengajukan soalan, bunyinya begini:
"Tuan, saya ada cash buyer yang nak beli tanah saya. Bolehkah saya terus ke pejabat tanah dan buat urusan pindahmilik tu sendiri?"
Coach terus memberikan jawapannya, lebih kurang begini:
"Kalau tuan tahu selok-belok pengurusan jual-beli, tahu borang apa yang perlu digunakan, tahu langkah yang perlu di ambil dan tahu nak buat pendaftaran di mana, tuan boleh je menguruskan sendiri proses tersebut".
Kemudian dia bertanya lagi..
"Apa yang saya perlu buat bila tiba di pejabat tanah nanti?"
Coach terus menjawab:
"Nampaknya, tuan masih tak tahu proses dan prosedur yang perlu dilakukan. Sebaik-baiknya, tuan atau pembeli tersebut melantik peguam untuk menjalankan urusan pindahmilik tu...
Analoginya begini tuan.. Katalah tuan sakit perut tapi tak pasti sakit apa dan disebabkan apa, saya pasti tuan akan pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Sampai di klinik, tuan bagitau doktor tu yang tuan sakit perut, so doktor akan periksa kat bahagian yang berkenaan untuk kenalpasti apa penyakit yang tuan hadapi. Lepas tu, doktor akan bagi ubat untuk tuan makan sebagai ikhtiar mengubati penyakit tersebut dan doktor meminta tuan untuk membayar bil perubatan yang dikenakan. Adakah tuan tergamak mengatakan kepada doktor tadi yang tuan tak perlukan ubat tersebut dan akan cari sendiri ubat lain di farmasi. Selanjutnya, tuan bagitau yang tuan tak nak bayar bil perubatan sebab ubat nya tuan beli sendiri di farmasi. Boleh ke macam tu?" 🤭
Ada sebab kenapa peguam diberikan mandat dan memainkan peranan yang penting dalam urusan jual-beli hartanah. Antaranya ialah:
1) Ketika peguam tersebut masih menjadi seorang Mahasiswa dalam jurusan Undang-Undang, dia perlu menghabiskan masa 6 tahun (2 tahun di Matrikulasi/Asasi dan 4 tahun di Universiti) untuk mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B). Kemudian, peguam tersebut terpaksa mengambil peperiksaan CLP hingga lulus. Ini belum termasuk proses "Chambering" atau Latihan Dalam Kamar yang perlu dilalui selama 9 bulan di firma guaman untuk membolehkan peguam tersebut diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan melayakkan peguam tersebut menjadi seorang peguam bertauliah. Ini bagi memastikan bahawa peguam tersebut adalah orang yang "berkelayakan" di bawah Akta Profesion Guaman;
2) Setelah peguam tersebut menjadi orang yang berkelayakan, barulah tandatangannya "laku" dan boleh diterima. Tandatangan bagi penyaksian dokumen dan Chop seorang peguam adalah diperlukan dalam borang 14A dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan (jika ia melibatkan hartanah BUKAN Rezab Melayu);
3) Peguam perlu memastikan bahawa segala suratcara pindahmilik adalah teratur, tunggakan bayaran cukai dan lain-lain telah diselesaikan dan tanah tersebut adalah BEBAS daripada sebarang Bebanan atau Sekatan sebelum dokumen pindahmilik boleh didaftarkan dan wang harga jualan boleh dilepaskan daripada pembeli kepada penjual; dan
4) Banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi dan dilakukan oleh peguam sebelum, ketika dan selepas jual-beli dimuktamadkan.
Dek kerana itulah, khidmat seorang peguam yang MAHIR dalam bidang hartanah diperlukan untuk urusan tersebut!
Sambung Coach Aizac lagi..
"Tuan, ada kalanya kita terpaksa melantik orang yang AHLI dalam bidangnya. Bukan kerana untuk suka-suka atau terpaksa, tetapi kerana dia MAHIR dan ada KEPAKARAN dalam bidang tersebut.. 😉
Oleh itu, jika tuan tidak pasti berkenaan urusan yang perlu dilalui, adalah lebih baik tuan melantik mana-mana peguam hartanah yang bertauliah untuk mengendalikan kes ini.. "
FAHAM KE FAHAM NI? 😁
P/S: Gambar Aktiviti "Briskwalk" di pagi hujung minggu kami di Saujana Villa.