01/10/2022
3 TIPS BELI RUMAH PERTAMA USIA MUDA
Berikut adalah tips beli rumah pertama yang mungkin boleh membantu korang untuk buat keputusan yang lebih baik.
1. Kira dan tetapkan bajet terlebih dahulu
Kira dulu komitmen bulanan untuk memastikan korang tak tewas di tengah jalan. Ramai dikalangan anak-anak muda yang tidak tahu mengukur baju di badan sendiri. Secara mudahnya, komitmen untuk pembiayaan perumahan seharusnya tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji kasar.
Sebagai contoh, jika gaji kasar anda adalah RM2500 sebulan, anda hanya boleh memperuntukkan lebih kurang RM875 untuk bayaran pinjaman perumahan.
2. Ilmu Hartanah dan Kewangan
Carilah ilmu kewangan dan hartanah secepat mungkin. Lagi cepat korang belajar, lebih banyak ilmu korang boleh miliki semasa nak beli rumah.
Bila dah ada ilmu, barulah datangnya keyakinan. Betul tak? Ilmu tersebut boleh diperoleh menerusi seminar, buku, ebook, tanyakan kepada yang berpengalaman dan pakar.
3. Buktikan kepada bank yang kewangan korang memang OHSEM!
Mulakan bina laporan CCRIS untuk tempoh 6 bulan pertama, dengan buat ASB Financing atau kad kredit. Pastikan laporan CCRIS korang cantik, menarik dan tertarik.
Sumber:
1. https://cariblogger.com/tips-beli-rumah-pertama/
2. https://www.karteldakwah.com/9-tips-beli-rumah-di-usia-muda-pesan-pada-anak-anak-anda-yang-sedang-mencari-rumah/
3. http://gilahartanah.com/anak-muda-cepat-beli-rumah-pertama/
Berikut adalah tips beli rumah pertama yang mungkin boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.