19/04/2021
REFINANCE RUMAH JIKA ADA TUJUANNYA!!!
Ketika zaman penularan wabak pandemik COVID-19 ini, ramai pakar dan penganalisis hartanah mencadangkan pemilik rumah untuk refinance rumah. Malangnya bagi sesetengah orang, mungkin cadangan ini membangkitkan lebih banyak soalan.
Jadi dalam artikel kali ini, kami nak menjawab 7 soalan paling banyak orang tanya tentang topik refinance rumah.
1. Apa itu refinance rumah?
Secara asasnya, refinance bermaksud penggantian hutang lama dengan hutang baru di bawah terma yang berbeza.
Sekali dengar, nampak macam refinance rumah bukanlah satu perkara yang bagus. Tapi jika diguna dan diurus dengan betul, ia boleh membantu anda dari segi kewangan. Malah dalam sesetengah kes, membantu anda meningkatkan pendapatan!
Untuk memudahkan anda faham apa itu refinance rumah, kami nak bagi satu contoh:
katakan anda membeli sebuah rumah pada tahun 2012 dengan harga RM300,000. Untuk membeli, anda membuat pinjaman perumahan dengan Bank A dengan margin pinjaman sebanyak 90%. Pada tahun 2020, nilai pasaran rumah tersebut telah meningkat menjadi RM600,000.
Apabila anda refinance rumah, ia bermaksud anda ingin menukar pinjaman perumahan yang anda buat dengan Bank A pada tahun 2012 lepas kepada pinjaman perumahan yang baru di Bank B.
Ini membawa kita kepada soalan kedua.
2. Apa sebab orang refinance rumah?
Sebab paling utama orang refinance rumah adalah untuk dapat wang tunai. Untuk jelaskan bagaimana, kami gunakan semula contoh di atas tadi.
Anda telah membeli sebuah rumah pada tahun 2012 dengan harga RM300,000. Anda membuat pinjaman perumahan di Bank A. Pada tahun 2020, nilai pasaran rumah tersebut telah meningkat menjadi RM600,000.
Disebabkan situasi kewangan anda semakin melarat pada tahun 2020 akibat wabak COVID-19, anda membuat keputusan untuk refinance rumah.
Jadi pada tahun 2020, anda pergi ke Bank B untuk refinance rumah anda yang kini telah bernilai RM600,000.
Jadi Bank B akan memberikan anda pinjaman baru berdasarkan nilai pasaran terkini rumah anda iaitu RM600,000. Katakan margin pinjaman yang diberi Bank B adalah 80%. Bermakna jumlah pinjaman yang anda akan dapat dari Bank B adalah:
80% RM600,000 = RM480,000
Dengan menggunakan RM480,000 ini, Bank B akan membayar baki pinjaman perumahan anda di Bank A. Katakan pinjaman perumahan anda di Bank A tinggal RM270,000. Maka nilai wang tunai (cash out) yang anda akan dapat adalah:
RM480,000 โ RM270,000 = RM210,000
Wang tunai sebanyak RM210,000 yang diberi oleh Bank B ini kemudiannya boleh anda gunakan untuk bayar hutang-hutang lain (pinjaman kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dsb), modal perniagaan atau membiayai kos pendidikan anak anda.
Selain untuk mendapat wang tunai, orang juga refinance rumah untuk:
Tambah atau keluarkan nama pasangan dalam pinjaman perumahan.
Tukar dari pinjaman perumahan konvensional ke pembiayaan perumahan Islamik.