Perumahan dan Hartanah Sungai Petani

Perumahan dan Hartanah Sungai Petani Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perumahan dan Hartanah Sungai Petani, Real Estate, Alor Setar.

RISIKO BELI TANAH LOT TIADA GERAN INDIVIDULot Lidi adalah sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiann...
20/10/2024

RISIKO BELI TANAH LOT TIADA GERAN INDIVIDU

Lot Lidi adalah sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.
Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca daripada masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan urusan jual-beli hartanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri.
Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda.
Akan tetapi, terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi atau geran kongsi.
Antara RISIKO membeli Lot Lidi adalah :

1. Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli
Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya.
Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

2. Nama Pembeli Tiada Dalam Geran
Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran.
Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain.
Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Hakmilik adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah.
Jika nama tiada di dalam hakmilik, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

3. Tidak Tahu Kedudukan Sebenar Tanah
Pembeli akan mempunyai masalah dalam menentukan persempadanan rumah sesama pembeli yang lain. Dalam kebanyakan kes, persempadanan ini membawa kepada pertelingkahan dan salah faham sesama pembeli.

4. Tidak Boleh Bina Rumah Secara Sah Di Atasnya
Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

5. Tidak Boleh Digadaikan Kepada Bank Untuk Mendapatkan Pinjaman
Ramai pembeli rata-ratanya memang bertujuan nak bina rumah sendiri atas tanah yang dibeli. Tapi bagi kes seperti ini, awal-awal lagi loan akan ditolak. Sebab utamanya nama tiada dalam geran dan kalau nama dimasukkan ramai-ramai pun, ianya masih lagi dibawah geran yang dikongsi beramai-ramai (bank tak s**a perkara-perkaraseperti n).

6. Tidak Boleh Diwariskan Kepada Waris Apabila Pembeli Meninggal Dunia
Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali.
Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

7. Tanah Masih Menjadi Hak Pemilik Asal

8. Tidak Layak Dapat Pampasan Jika Tanah Diambil Oleh Kerajaan
Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan.
Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

9. Tidak Boleh Dipindah-milik Kepada Waris
Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

10. Terdedah Kepada Unsur-Unsur Penipuan Dan Perbalahan
Elakkan diri anda daripada diperdaya dengan janji-janji manis penjual lot lidi seperti :
- Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual.
- Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa.
- Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang.
- Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan.
- Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia.
- Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah.
- Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.
Glosari :

PEMEGANG AMANAH : Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran.
SURAT PEMEGANG AMANAH : Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.
PUSAKA : Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.
*kredit kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kerian atas perkongsian ini.

RUMAH MAKMUR KEDAH πƒπ€π‘π”π‹π€πŒπ€π 𝐋𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀‼️ OPEN FOR BOOKING NOW ....πŸ‘‡πŸ‘‡105 Unit sahajaπŸ”₯πŸ”₯Harga Bermula RM240KFULLY FURNISHEDFU...
17/10/2024

RUMAH MAKMUR KEDAH πƒπ€π‘π”π‹π€πŒπ€π 𝐋𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀‼️ OPEN FOR BOOKING NOW ....

πŸ‘‡πŸ‘‡
105 Unit sahajaπŸ”₯πŸ”₯
Harga Bermula RM240K
FULLY FURNISHED
FULL LOAN untuk rumah pertama(SJKP MAdani Muamalat dan Bsn)

Rumah Teres Setingkat
3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air
Freehold

π‹πŽπŠπ€π’πˆ
βœ…1.5km SMK Aman Jaya
βœ…2km SK Bandar Baru Sg. Lalang
βœ…3km Hospital Sultan Abdul Halim
βœ…4km Hospital Pantai SP
βœ…3km Arena Sukan Amanjaya
βœ…3km Amanjaya Mall

πŸ‘‡πŸ‘‡
https://www.wasap.my/60195124200/RumahMakmurSp

TAMAN UNIVERSITI BESTARI SUNGAI PETANI KEDAH (FASA 5)Teres Setingkat Type A4 Bedroom, 2 Bathroom International LotSPA Pr...
17/10/2024

TAMAN UNIVERSITI BESTARI SUNGAI PETANI KEDAH (FASA 5)

Teres Setingkat

Type A
4 Bedroom, 2 Bathroom
International Lot
SPA Price : RM299,250
Rebate : 10%
Nett Price : RM269,325

Type B
3 Bedroom, 2 Bathroom
Bumi Lot
SPA Price : RM275,400
Rebate : 10%
Nett Price : RM247,860.

Sales Package
βœ… Percuma Perjanjian Jual Beli
βœ… Percuma Yuran Guaman
βœ… Percuma Perjanjian Pinjaman Bank
βœ…οΈ Percuma Duti Stem

Maklumat Lanjut:
πŸ‘‡πŸ‘‡
https://www.wasap.my/60195124200/UniversitiBestariSp

Kenapa kena pilih MLTT?MRTT - hidup singkat, MRTT setelkan baki loan rumah.MLTT - hidup singkat, MLTT setelkan baki loan...
04/10/2024

Kenapa kena pilih MLTT?

MRTT - hidup singkat, MRTT setelkan baki loan rumah.

MLTT - hidup singkat, MLTT setelkan baki loan rumah. Baki sum covered dapat kepada penama dan jugak duit cash value.

MRTT - bayar habis loan rumah, MRTR burn.

MLTT - bayar habis loan rumah, MLTT still ada cash value boleh withdraw. Masa hidup boleh ambil cash value buat belanja. Juga boleh beli rumah baru guna polisi yg sama.

MRTT - refinance, kena ambil MRTT baru.

MLTT - 1 polisi boleh pakai berapa banyak property di bawah nilai polisi tersebut.

MRTT - rumah tak habis bayar tapi ajal jemput dulu, MRTT setelkan baki loan. Jika ada waris yang berhak nak tuntut bahagian, wajib beri. Tiada cash tunai maka jual rumah. Duit bahagi ikut faraid.

MLTT - situasi yang sama tapi ada baki sum covered dan extra cash value. Bila waris berhak tuntut , gunakan duit MLTT tu beri kepada waris bahagiannya. Rumah tak perlu jual.
Mesti ada pro dan kon. Konnya MLTT mahal sedikit.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

MIEN GPLEX REALTY

FOR SALE END LOT TERRACE - RM160,000 Teres Setingkat End LotTaman Seri BayuSungai Petani KedahDetails:- 3 Bilik Tidur- 1...
10/11/2021

FOR SALE END LOT TERRACE - RM160,000
Teres Setingkat End Lot
Taman Seri Bayu
Sungai Petani Kedah
Details:
- 3 Bilik Tidur
- 1 Bilik Mandi + 1 Tandas
- Freehold / Bumi Lot
- Keluasan: 1378 sqft
- Kejiranan Melayu
Reno2:
- Full Awning Tingkap
- Awning ruang belakang
Kemudahan Terdekat:
- 10 minit ke Hospital Sultan Abdul Halim
- 10 minit ke Sekolah Amanjaya
- 5 minit ke Sekolah Bandar Baru
- 15 minit ke Lebuhraya Utara Selatan
Yang Paling Menarik:
- Rumah menghadap Taman Permainan
- Ada Rezab Parking

Mien Majid
01127439365

10/11/2021

APA MAKSUD RUMAH JENIS UNDERCON, SUBSALE DAN LELONG?

1. UNDERCON/PROJEK BARU : Rumah yang baru dibina/ sedang dibina, dan belum pernah lagi ada orang tinggal di rumah tersebut.

2. SUBSALE/SECONDHAND : rumah yang pernah diduduki dan akan dijual semula kepada orang lain.

3. LELONG : rumah yang pernah diduduki dan akan dijual semula dalam PASARAN LELONG kerana tuan rumah sebelum ini tidak dapat menjelaskan ansuran bayaran bulanan.

Freehold vs Leasehold*******************Pada asalnya kesemua Tanah di Malaysia adalah milik penuh kerajaan negeri. Makna...
10/11/2021

Freehold vs Leasehold
*******************

Pada asalnya kesemua Tanah di Malaysia adalah milik penuh kerajaan negeri. Maknanya mana-mana entiti tidak kira individu ataupun korporat yang mahukan tanah tersebut haruslah memohon daripada kerajaan negeri itu sendiri.

Dan melalui proses pengasingan tanah inilah kerajaan negeri "make money" daripada hasil jualan dan juga cukai tanah.

Bila tanah diberi tanpa tempoh matang, maka pemilik seterusnya akan menerima geran dalam bentuk hak milik kekal ataupun kita namakan freehold.

Erti kata lain, tanah itu milik kekal kepada pembeli sampai bila-bila.

Jadi siapa yang beli rumah di atas tanah freehold bolehlah niat tanah tersebut untuk diwarisi oleh tujuh keturunan seterusnya. Dengan syarat diorang tidak bergaduh.
Dan apabila tanah yang diberi untuk sesuatu tempoh tertentu ianya dinamakan Leasehold.

Erti kata lain, pajakan untuk sesuatu tempoh masa. Pembeli boleh mengunakan tanah tersebut untuk tempoh masa yang ditetapkan dalam geran. Biasanya adalah 99 tahun.

Yang ini susah untuk kau wariskan kepada 7 keturunan sebab hak kau ke atas tanah itu hanya 99 tahun dan selepas itu hak kerajaan.

Tapi jangan takut nak beli tanah leasehold ni sebab 99 tahun ni cukup untuk 3 ke 4 keturunan kau gunakan tanah tersebut.

Jarang orang melayu ni tak berparang pasal harta ni. Bagi aku cukuplah kau fikir masa depan cucu kau. Lepas pada cucu tu pandai-pandai lah diorang cari hala tuju hidup sendiri. Mungkin zaman tu diorang pun dah duduk dekat planet lain. 🀣

Erti kata lain, tanah leasehold ni masih kepunyaan kerajaan. Jadi kebiasanya kawasan berstatus ini akan lebih maju daripada tanah freehold. Dan potensi untuk sesuatu kawasan itu naik di kemudian hari sangat tinggi.

Senang cakap, kalau kita ada tanah mesti kita bangunkan tanah sendiri daripada tanah jiran sebelahkan? Begitu juga kerajaan.

Sebab itu di Bandaraya Kuala Lumpur yang penuh tipu muslihat ni banyak leasehold berbanding freehold. Kalau ada pun freehold mungkin harganya mahal dan sangat limited.

Bandar baru bangi juga leasehold masuk Kajang baru mudah jumpa freehold. Ini cuma contoh.

Baik sekarang macam mana nak check status tanah dengan mudah?

1) Kalau belum beli kita boleh tanya direct kepada individu yang menjual rumah. (REN)

2) Boleh check di geran ataupun SNP rumah masing2.



*status ini hanya menerangkan maksud status tanah di Malaysia, dan pasti ada pros and cons masing-masing.

* Ini hanya pandangan peribadi sahaja ***

Credit : MR Consultancy

Address

Alor Setar
05100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perumahan dan Hartanah Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category