21/10/2020
๐๐๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ง๐๐ค ๐๐๐ฅ๐ข ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก? ๐๐๐ซ๐๐ฉ๐ ๐๐จ๐ฌ๐ญ ๐ค๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ ๐๐ข๐ฅ๐ ๐ง๐๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ข?
So harini saya nak share sikit proses jual beli rumah (subsale)๐
Proses yang saya akan share ni adalah untuk rumah subsale.
Rumah subsale ni rumah yang kita beli dengan owner, rumah secondhand la. Untuk details tentang jenis rumah boleh refer thread bawah ni
Dan proses ni diantara PEMBELI dan PENJUAL (owner).
๐. ๐๐จ๐จ๐ค๐ข๐ง๐ ๐๐๐ง ๐๐จ๐๐ง ๐ฌ๐ฎ๐๐ฆ๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง
Lepas dah view rumah dan confirm nak beli, benda pertama yang korang kena buat untuk book rumah tersebut adalah sign Agreement to Purchase (ATP)
Dan bayar 3.18% dari harga rumah sebagai earnest deposit.
Contoh: harga rumah RM300,000
So earnest deposit 3.18% = RM9540
Biasa dengar 10% deposit, ni kenapa 3.18% pulak? Haa kejap lagi kat bawah akan explain.
*sepanjang sharing ni saya akan guna contoh rumah RM300,000 sahaja.
Lepastu akan submit loan ke bank. Banker akan buat kerja selama 14 hari dan beri keputusan sama ada loan lepas atau tidak.
Kalau loan tak lepas? Jangan risau earnest deposit akan dipulangkan sepenuhnya kepada pembeli.
*untuk rumah pertama, bawah RM500K, boleh dapat 100% loan
๐. ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐๐ก๐๐ฌ๐ ๐๐ ๐ซ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ (๐๐๐)
Lepas loan dah lulus, lawyer akan buatkan SPA.
SPA adalah perjanjian di antara pembeli dan penjual. Lawyer akan explain setiap clause kat dalam SPA.
Lepas dah sign, pembeli perlu buat bayaran baki deposit 6.18% dari harga rumah
6.18% = RM20,460
Termasuk earnest deposit sewaktu booking tadi, pembeli sudah membayar sebanyak RM30,000 iaitu 10% deposit.
Jadi perlu bayar lagi RM270,000 kepada owner dalam bentuk loan.
Untuk lawyer, pembeli perlu bayar:
Legal fees: ~1.7% = RM5,100
Stamp duty:
(1% x RM100k) + (2% x RM200k)
= RM1000+RM4000
= RM5000
Total = RM10,100
Tapi untuk rumah pertama, bawah RM500,000, RM300,000 yang pertama dapat pengecualian stamp duty.
So rumah bawah RM300k macam dalam contoh ni tak kena caj stamp duty.
๐. ๐๐จ๐๐ง ๐๐ ๐ซ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ (๐๐)
Yang seterusnya, loan agreement. Kalau SPA antara pembeli dan penjual, LA ni perjanjian antara pembeli dengan bank yang dia buat loan.
Sama macam SPA, lawyer yang akan sediakan LA. Jadi ada bayaran legal fees dan juga stamp duty.
Legal fees: ~1.7% = RM5,100
Stamp duty: 0.5% = RM1,500
Total = RM6,600
*stamp duty untuk LA fix rate 0.5%
Kemudian, bank akan lantik valuer untuk value rumah yang kita beli. Sebab bank tak akan bagi loan lebih dari market value rumah tersebut.
Kat sini pembeli perlu bayar valuer
0.5% = RM1,500
๐. ๐๐ซ๐จ๐ฌ๐๐ฌ ๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ซ ๐ง๐๐ฆ๐
Ok so kat sini adalah proses paling lama. Tempoh proses tu bergantung pada banyak faktor. Kalau aku cerita kat thread ni, nanti jadi terlalu panjang
Tapi secara ringkasnya boleh refer gambar di bawah. Freehold dan leasehold itu adalah title rumah.
Saya bagi takat ni je la dulu eh. Kalau ramai support post saya kali ni saya akan share lagi sambungannya untuk tips yg TERAKHIR dan ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ .
Kalau rasa sharing ni bermanfaat boleh la tolong like dan share ye. Terima kasih !! ๐๐
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
wasap.my/60125718967/JualBeliRumah
Nurul Khofifah
012-5718967
Perunding Hartanah Berdaftar
ASPN
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial