07/10/2022
KOS PEMBELIAN RUMAH
===============
1) Mitos beli rumah terpakai tanpa deposit
Sebelum saya mula, saya nak betulkan salah tanggapan ramai.
Untuk rumah terpakai…
Beli rumah tanpa deposit bukan bermakna tanpa wang.
Ini kerana:
Anda memerlukan tunai untuk membayar wang tandajadi. Biasanya 3.18% dari harga belian. Ini adalah cagaran dan saya tak rasa pemilik akan bersetuju jika anda mahu beli tanpa bayaran cagaran.
Anda perlu bayar baki deposit kira-kira 6.82% apabila menandatangani perjanjian jual beli. Bukan semua pemilik boleh tunggu wang ini dari KWSP atau pinjaman 100%.
Anda perlu membayar peguam untuk fi mereka dan duti setem.
Selepas belian selesai, anda akan terima semula deposit yang telah anda bayar dari KWSP atau pinjaman 100%.
Dan anda tidak akan dapat balik amaun yang anda bayar untuk kos guaman dan duti setem.
🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️
2) Beli rumah belum siap dari pemaju
Sebagai alternatif, jika anda kekurangan tunai, anda boleh beli rumah belum siap dari pemaju.
Ada pemaju tawarkan belian rumah dengan bayaran tempahan minimum tanpa kos guaman dan MOT.
Tetapi sebenarnya, majoriti pemaju sudah ambil kira semua ini dalam harga jual. Pinjaman bank anda akan lebih tinggi untuk bayar kos ini
🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️
3) Guna Skim Rumah Pertamaku
Kerajaan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku pada tahun 2012 untuk membantu golongan muda membeli rumah pertama mereka.
Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan skim ini.
Di bawah skim ini, pemohon yang layak boleh mendapatkan margin pinjaman sehingga 100% dari harga belian.
Berdasarkan pengalaman saya, kadar faedah yang ditawarkan adalah lebih tinggi daripada pakej biasa. Saya anggarkan sekitar 5% hingga 5.5%.
Sebelum anda mohon, semak kelayakan anda terlebih dahulu di laman web Skim Rumah Pertamaku.
🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡
4) Skim Perumahan Belia BSN
Bank Simpanan Nasional merupakan pelopor Skim Perumahan Belia.
Ada juga beberapa bank lain yang tawarkan skim lebih kurang sama seperti Bank Rakyat dan Bank Muamalat (kalau tak silap).
Sama seperti Skim Rumah Pertamaku, skim ini menawarkan margin pinjaman sehingga 100% dari harga belian.
Kadar faedah juga tinggi. Sekitar 5% hingga 5.5% dan skim ini tidak menyerap yuran guaman, duti setem dan kos penilaian.
Jadi apa yang istimewa?
Untuk 2 tahun pertama, Skim Perumahan Belia akan beri subsidi ansuran bulanan sebanyak RM200.
Sebagai contoh, katakan bayaran bulanan ialah RM700.
Anda hanya membayar RM500 untuk 2 tahun pertama. Selepas tahun kedua, pembayaran bulanan akan kembali kepada RM700.
Rujuk cawangan atau laman web BSN untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan.
🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠🏠
5) Guna teknik mark-up
Mark-up adalah teknik di mana pembeli memanipulasi harga belian dengan tujuan nak dapatkan wang tunai.
Biasanya pembeli guna kaedah ini untuk bayar deposit, yuran guaman dan kos duti setem.
Ada juga yang culas nak dapatkan wang tambahan.
Dalam kaedah mark-up:
Pembeli setuju buat belian pada suatu harga (harga asal)
Pembeli kemudian mengemukakan kepada bank harga yang lebih tinggi daripada asal apabila memohon pinjaman (harga mark-up)
Di akhir proses belian, pembeli akan dapat tunai bersamaan perbezaan antara harga mark-up dan harga asal (darab margin pembiayaan).
Teknik ini adalah salah.
Anda mengemukakan maklumat yang tak betul kepada bank untuk mendapatkan wang tunai tambahan.
Banyak bank seperti Maybank telah laksanakan beberapa prosedur yang menghalang teknik ini.
Mark-up juga mempunyai banyak kelemahan:
-Ansuran bulanan yang lebih tinggi
-Mengurangkan kapasiti anda untuk
mendapatkan pinjaman berikutnya
-Bayaran guaman dan duti setem yang lebih tinggi
-Sekiranya penjual kena Cukai Keuntungan Harta Tanah, kemungkinan mereka akan minta pembeli bayar cukai untuk bahagian mark-up
-Menyebabkan pembeli mempunyai tabiat mengambil jalan mudah
-Bagi saya elakkan guna kaedah ini. Jika anda berdisiplin menyimpan, anda juga boleh membeli rumah.
Sebagai alternatif, lebih baik guna Skim Utama Rumah Pertamaku atau Skim Perumahan Belia
🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️🏘️
6) Buat pengeluaran KWSP
Akhir sekali, anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk biayai kos deposit dan guaman.
KWSP membolehkan anda mengeluarkan jumlah yang sama dengan:
Perbezaan antara harga belian dan jumlah pinjaman;
Campur 10% tambahan;
Tertakluk kepada baki tunai dalam Akaun 2.
Sebagai contoh, katakan harga belian adalah RM100,000 dan pinjaman RM90,000.
Anda boleh mengeluarkan RM10,000 (RM100,000 – RM90,000) dan tambahan 10% dari harga rumah sebanyak RM10,000.
Jumlah pengeluaran untuk contoh ini ialah RM20,000.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan pakej pinjaman 100% seperti Skim Rumah Pertamaku, jumlah yang anda dapat hanya 10% daripada harga belian
untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh terus ws
http://Www.wasap.my/+601114566248/propertysauqi