Rumah Impian Untuk Semua

Rumah Impian Untuk Semua Takda Duit? Tapi Bole Beli Rumah. Nak Tahu Cemana? Senang je! LIKE � Sekarang

20/02/2018

YEAHH!!! MESIN DAH MOLEK!!
BOLEH BERAKSI GAGAH PERKASA DAH.. SO XPERLU LAH ABG NAK KAYUH MACAM AMY MATPIAH DALAM CERITA "ROCK OOO" TU.. 😂.
Nasib bek lagi.. Haa.. Hgpa nak order berapa puloh pon ada dah.. xperlu risau.. abg tolong buatkan...
OK.. memandangkan skrg dah petang.. hari lain laa abg belanja u all.. semalam niat nk belanja.. tapi mesin buat perangai so nk buat pon jd xsteady.. mcm xelok la pulak nk bg barang xbrpa jadi kt org.. kan kata org kalo nak sedekah kena beri benda yg paling elok baru berkat...
So sapa nak milo ais kepal?? singgah laaa sini KOBAH niee.. niee.. depan masjid niee.. haaa.. pandai pon...
Heeee..

AMARAN!! CONTENT HANYA UNTUK ORANG YG BERGAJI KECIL SAHAJA!! GAJI BESAR JANGAN BACA..
20/11/2017

AMARAN!! CONTENT HANYA UNTUK ORANG YG BERGAJI KECIL SAHAJA!! GAJI BESAR JANGAN BACA..

Zaman sekarang nak beli rumah, kena 'cerdik'. Salah langkah, tanggung kerugian bertahun-tahun. Namun ada beberapa individu yang sudi be...

GUNAKAN KELEBIHAN SEBAIK MUNGKIN..
15/09/2017

GUNAKAN KELEBIHAN SEBAIK MUNGKIN..

HATI2 DENGAN SCAMMER U ALL..
14/09/2017

HATI2 DENGAN SCAMMER U ALL..

Tok boleh bagi A+ bab CTA (Call to Action) yang si scammer gunakan. Sesiapa pun mudah terpikat dengan tawaran yang sebegitu lazat

Wow!!
14/09/2017

Wow!!

JPMorgan Chase CEO Jamie Dimon took a shot at bitcoin, saying the cryptocurrency "is a fraud."

Selamat pagi.. Semoga dilimpahkan Rezki.. mulakan hari mu dengan bismillah..
13/09/2017

Selamat pagi.. Semoga dilimpahkan Rezki.. mulakan hari mu dengan bismillah..

Dont Worry Self Employee..
05/09/2017

Dont Worry Self Employee..

MACAM TAK CAYA  MAKAN DAGING MENTAH HARI NIE..Percaya atau tidak.. Inilah Daging mentah yg kami mkn hari nie..heheBukan ...
02/09/2017

MACAM TAK CAYA MAKAN DAGING MENTAH HARI NIE..
Percaya atau tidak.. Inilah Daging mentah yg kami mkn hari nie..hehe
Bukan depa silap buat.. tapi mmg cara penyediannya camni.. xperlu masak cuma dicampur dgn bumbu2 saja.. macam sushi tu..

Sapa penah makan Daging mentah camni?? Sedap woo.. 😂

[ "SENANG GILA BAYAR HUTANG PTPTN GUNA KWSP AKAUN 2” – Meran ]Sejak 1 April tahun lepas, korang yang pinjam duit PTPTN b...
24/08/2017

[ "SENANG GILA BAYAR HUTANG PTPTN GUNA KWSP AKAUN 2” – Meran ]
Sejak 1 April tahun lepas, korang yang pinjam duit PTPTN boleh buat pembayaran balik guna KWSP Akaun 2.

Abam yakin, ramai yang dah sedia maklum tentang ni.

Korang dah takde alasan lagi untuk elak bayar. Lagipun, dah dituntut dalam agama Islam. Hutang wajib dibayar balik.

“MACAM MANA NAK BUAT ABAM?”

Tak perlu bimbang, anak muda. Ikut je step-by-step apa yang Tok kongsikan dalam artikel hari ni. Selamat menghadam.

Apa kelebihan bayar PTPTN guna KWSP ni?

Menurut laman web rasmi KWSP, ada 5 kelebihan yang korang bakal dapat kalau bayar hutang PTPTN menerusi KWSP.

Dan kalau korang fresh graduate dan baru mula bekerja, dah tentu KWSP tu tak banyak mana.

Sebab tu, KWSP benarkan korang gunakan KWSP Akaun 2 milik ibu bapa (dan ini tertakluk kat terma dan syarat yang ditetapkan).

Tapi jangan ambik kesempatan pulak. Dah guna KWSP mereka, pastikan korang bayar balik tau.

Kelebihan lain kalau korang bayar guna KWSP seperti :

● Takde had pengeluaran,
● Boleh buat pengeluaran lebih daripada sekali (selagi Akaun 2 korang masih ada baki),
● Takde caj pemprosesan dikenakan,
● Nikmati penjimatan kos upah / pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik.

Info ekstra : Kalau bayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah pinjaman, korang dapat nikmati diskaun sebanyak 10%. Kalau bayar lump sum (sekali harung), korang akan dapat diskaun 15% daripada jumlah pinjaman. Ini berdasarkan pembentangan Bajet 2017.

_____________________________________________
Step-by-step bayar hutang PTPTN guna KWSP Akaun 2
----------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni, korang boleh buat pembayaran secara online je.

Best, kan? Tak payah berpeluh ketiak dan gunakan banyak duit untuk isi minyak dan tanggung kos tol.

Cuma, permulaan je yang korang kena ke pejabat KWSP untuk sahkan cap jari. Yang tu, abam akan terangkan lebih lanjut kat bawah nanti.

Sumber: gilahartanah.com
...(Klik gambar utk step nya)....

TAK SEMUA ORANG ‘gomen’ TAHU KELEBIHAN BELI RUMAH INI ?Tahun lepas, pertengahan 2016 abg ada dengar daripada Presiden CU...
15/08/2017

TAK SEMUA ORANG ‘gomen’ TAHU KELEBIHAN BELI RUMAH INI ?

Tahun lepas, pertengahan 2016 abg ada dengar daripada Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda yang mana hampir 60% daripada 1.7 juta penjawat awam masih lagi belum memiliki rumah.

60% daripada 1.7 juta! Bermakna ada 960,000 penjawat awam yang masih lagi belum ada rumah atas nama sendiri.

Tambahan lagi, daripada 960,000 penjawat awam tersebut, 75% (720,000) penjawat awam tersebut berumur 40 tahun ke bawah.

Maknanya, mereka masih berpeluang besar untuk dapatkan loan rumah daripada bank.

Abg bukan apa. Bagi Abg, rumah ni penting, tak kira la untuk laki atau perempuan. Sekurang-kurangnya, korang dah ada tempat berteduh.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Mungkin ramai lagi yang tak tahu pasal ni
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Apatah lagi buat korang yang penjawat awam. Ada banyak kelebihan dari segi nak buat loan rumah.

Abg ada terfikir yang mungkin halangan terbesar orang macam ni, adalah tak tahu apa dan macam mana nak memohon loan rumah dan kelebihan yang ada sebagai penjawat awam ni.

Kalau macam tu, Abg harap artikel dapat memberi sedikit pencerahan.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
“Apa kelebihan yang orang ‘gomen’ ada, bos?”
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

“LOAN BOLEH DAPAT SEHINGGA 100%. INTEREST LAGI RENDAH BERBANDING BANK.”

Sekarang, korang tanya diri sendiri. Siapa yang tak s**a dapat macam ni?

Kalau tengah bekerja dalam sektor kerajaan, korang memang beruntung.

Loan kerajaan adalah salah satu jenis pinjaman dengan kadar interest paling rendah (kalau bandingkan dengan loan bank).

Rugi kalau korang abaikan peluang emas ni. Tak semua orang bertuah macam korang.

Nah, kami kongsikan serba sedikit pengalaman pegawai Bahagian Jualan dan Pemasaran dalam menguruskan pembeli rumah yang gunakan loan kerajaan.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Macam mana nak tahu saya layak memohon?
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Korang kena lepas syarat-syarat asas untuk buat pinjaman kerajaan berdasarkan pekeliling LPPSA :

1) Warganegara Malaysia dan kakitangan berjawatan tetap.

2) Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau Badan Berkanun, atau Pihak Berkuasa Tempatan.

3) Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.

4) Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan jawatan telah disahkan. Bukan seorang yang :

• Bankrap,
• Terlalu banyak berhutang,
• Pemakan gaji yang tak berkemampuan,
• Sedang dalam tindakan tatatertib.

5) Perjanjian Jual Beli atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.

6) Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, dan juga Pinjaman 2 nama di dalam Perjanjian Jual Beli (SNP), wajib sertakan sekali Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Sediakan diri anda untuk terima maklumat ‘first class’ ini
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Macam yang Abg cakap pada permulaan tadi, loan kerajaan ada banyak beza dengan loan rumah biasa.

Amat rugi kalau korang kerja dalam sektor kerajaan, tapi tak gunakan kelebihan yang ramai orang gila-gilakan ni.

Kelebihan yang paling ketara (yang buat ramai pekerja sektor swasta jealous) adalah, loan kerajaan mengenakan kadar faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan.

Korang boleh cuba cari ini kat pakej loan rumah yang ada dekat bank biasa. Tapi, Abg tak janji korang akan senang-senang jumpa kelebihan ni.

Bermakna, setiap kali pembayaran korang diterima, faedah bagi bulan seterusnya akan berkurang sebab bayaran lebihan tadi akan mengurangkan jumlah baki pinjaman asal.

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Kelebihan lain yang loan kerajaan ada (yang bank biasa takde)?
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Dengan loan rumah kerajaan, korang ada perlindungan kepada peminjam (korang la tu), sebagai contoh, untuk kes bunuh diri atau gila.

Kerajaan jugak akan lindungi pasangan kalau berlaku kematian kepada pihak pasangan atau anak. Siapa ada khairat kematian lagi.

Korang boleh rujuk dekat gambar yang abg kongsikan ni:

Best, kan? Kalau guna loan bank biasa, korang takkan dapat rasa kelebihan ni. Dah tentu korang kena ambil MRTA atau MLTT sebagai back up kalau berlaku sebarang perkara buruk.

Ada lagi beberapa perkara yang korang perlu tau tentang loan kerajaan :
_________________________________________
#1 : Berapa M*F (Margin of Finance) loan kerajaan?
---------------------------------------------------------------------

Biasanya, pemohon akan dapat 100% pembiayaan, atau sehingga capai kadar maksimum kelayakan pembiayaan, atau mana-mana yang lebih rendah

__________________________________________
#2 : Berapa lama anda kena servis loan tu?
-----------------------------------------------------------------------
Korang kena tanggung loan tu selama 30 tahun (maksimum).

_________________________________________
#3 : Berapa kadar faedah yang dikenakan?
---------------------------------------------------------------------
Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 4.00%. Dan kadar ni takkan berubah seperti kadar faedah yang bank biasa tetapkan.

________________________________________
#4 : Apa kelayakan yang patut anda tahu sebelum memohon?
--------------------------------------------------------------------
Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok, atau gaji hakiki seseorang. Dan kelulusan pinjaman akan mengambil kira gaji bersih berdasarkan slip gaji.

Korang boleh rujuk jadual kelayakan pinjaman kerajaan yang Abg kongsikan kat bawah ni :

__________________________________________
#5 : Apa jadi dengan loan rumah kalau letak jawatan?
------------------------------------------------------------------------
Bila korang berhenti kerja dalam sektor kerajaan, kadar keuntungan pembiayaan akan meningkat jadi 7%.

Biasanya apa yang korang boleh buat, adalah refinance balik rumah tu untuk dapatkan lebihan tunai.

Yang terbaik korang boleh buat adalah refinance rumah tu lebih awal sebelum letak jawatan. Supaya korang tak perlu tunggu 6 bulan slip gaji bila dapat kerja baru nanti.



Fuh, banyak betul peluang korang untuk membeli rumah!

Dah tu, takkan korang nak bertangguh, tunggu lagi. Mula bertindak dan cari rumah cepat-cepat.

Sumber: gilahartanah.com

Harga rumah akan terus naik dan naik.. Jika anda masih lagi tunggu walaupun anda mampu. Kelak anda aka menjadi tidak mam...
15/08/2017

Harga rumah akan terus naik dan naik.. Jika anda masih lagi tunggu walaupun anda mampu. Kelak anda aka menjadi tidak mampu kerana gaji anda tidak dapat menampung peningkatan harga rumah di Malaysia. BERTINDAK SEGERA SELAGI MAMPU.

MILIKI RUMAH SERENDAH RM 168k di kawasan yang akan menjadi PUTRAJAYA KE-2.

TANPA DEPOSIT
TANPA KOS GUAMAN
TANPA DOWNPAYMENT
CUMA ISI BORANG DAN HANTAR

Terus pm no saya sekarang!
http://manesseproperties.wasap.my/


https://www.bharian.com.my/node/277125

HARGA rumah di seluruh dunia meningkat secara purata enam peratus tahun lalu, berbanding kenaikan 4.1 peratus pada 2015, demikian menurut kaji selidik Indeks Harga Rumah Global.

15/08/2017

KALAU ANDA SEDANG FIKIRKAN NAK BELI SAHAM DI COMPANY NIE, ANDA PERLU TONTON VIDEO NI DULU..

Address

Shahab Perdana
Alor Setar
05150

Telephone

+601114671537

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Impian Untuk Semua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category