07/08/2019
Dengan skim LPPSA, rumah belum siap & belum bayar apa2 tapi dah di lindungi insuran. Waris dapat rumah PERCUMA.
=================================
ARWAH SEORANG PEMANDU AMBULAN SEMPAT MEMBELI SEBUAH RUMAH SEMI-D BUAT KELUARGA TERCINTA 6 BULAN SEBELUM TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT YANG MEMILUKAN
Pemergian seorang pemadu ambulans (Mohd Hafidz bin Mohd Bahari) akibat kemalangan baru-baru ini telah mengejutkan ramai rakan-rakan serta ahli kelurga terdekat termasuk pihak Koperasi Hartanah Anggun Berhad (KOHAB) kerana arwah pernah membeli rumah SEMI-D yg terletak di Bandar Baru Setia Awan, manjung Perak 6 bulan yang lalu.
Arwah merupakan pembeli rumah Semi D Bandar Baru Setiawan dengan pihak Koperasi Hartanah Anggun Berhad pada 14hb Disember 2018. Merujuk kepada Agency Director KOHAB, Hasnita binti Janarudin telah meminta arwah dan isteri datang ke Sales Gallery KOHAB di Puncak Alam Selangor untuk menandatangani borang permohonan bagi tujuan tersebut. Menurut Hasnita, sebelum itu arwah juga telah mendapatkan khidmat nasihat rundingan dan pembelian kepadanya untuk membuat semakkan kelayakan pinjaman Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam atau LPPSA dan didapati arwah sememang layak untuk membeli rumah Semi D yang berharga 208k seperti yang telah disarankan kpd arwah sebelum itu.
Walaupun ketika itu gaji bersih arwah hanya anggaran dalam 2,000 sebulan, beliau telah membuat satu keputusan yang betul bagi perancangan masa depan keluarga beliau bersama isteri yang turut hadir bersama ketika mengisi borang permohonan pembelian dengan "SKIM ZERO DEPOSIT" yang ditawarkan oleh pihak Koperasi Hartanah Anggun Berhad.
Pada 18 Februari 2018 yang lalu, permohonan pinjaman perumahan LPPSA arwah telah mendapat kelulusan dari pihak LPPSA. Walaupun belum sempat untuk arwah membuat bayaran balik bulanan pembayaran rumah atau menepati syarat pembayaran bulanan LPPSA yang akan bermula selepas bulan ke 25 dari tarikh kelulusan pinjaman, rumah yang telah dibeli oleh arwah telah di lindungi "Insurance Takaful" dan secara automatik pihak isteri atau waris di pihak arwah tidak perlu melunaskan hutang pinjaman LPPSA. Ini kerana ianya telah dilindungi insuran sewaktu membeli rumah itu dahulu dan tetap dapat diwarisi oleh keluarga yang ditinggalkan setelah pemerigiannya di dalam kemalangan yang memilukan buat kita semua.
Semoga sikap arwah dengan menyediakan rumah buat keluarga sebelum pemergiannya itu dapat dijadikan iktibar serta tauladan yang baik kepada kita semua terutama kepada generasi muda khususnya bagi pekerja yang sealiran dengan beliau yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
Gunakanlah peluang yang ada sebaiknya kerna didalam kehidupan ini masih ada lagi perkara yang belum pasti. Seandainya setiap musibah boleh berlaku kepada orang lain maka tidak mustahil mungkin juga ianya boleh berlaku kepada kita. Apepun Allah swt lebih menyayangi beliau. Mudahan Allah meletakkan beliau bersama orang-orang yang beriman.
Aminnn
HADITH SOHIH : "Meninggalkan anak isteri dengan kesenangn adalah lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
Credit : Dato Rosdi Arifin