26/03/2026
Rumah subsale merujuk kepada rumah yang dijual semula oleh pemilik sedia ada, bukan terus daripada pihak pemaju.
Ini bermaksud, dalam Perjanjian Jual Beli (SPA), anda bukanlah pembeli pertama bagi unit tersebut.
Untuk penjawat awam, pembelian rumah subsale juga boleh dibiayai menggunakan 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐏𝐏𝐒𝐀 tertakluk kepada kelayakan semasa dan syarat yang ditetapkan oleh pihak LPPSA.
Malah, pembelian rumah subsale merupakan antara jenis transaksi yang paling kerap menggunakan pembiayaan LPPSA kerana rumah biasanya telah siap dibina dan sedia untuk didiami.
Oleh itu, adalah penting untuk memastikan proses dokumentasi dan pindah milik serta Gadaian kepada LPPSA diuruskan dengan teliti supaya urusan pembiayaan LPPSA dapat berjalan lancar sehingga selesai.
Tak tahu proses mohon Pembiayaan LPPSA atau perlukan bantuan mohon Pembiayaan LPPSA, roger ja Hafiz.