27/09/2021
Lot Lidi adalah istilah yang digunakan merujuk kepada lot lot tanah kecil yang telah dipecah pecahkan didalam satu geran tanah. Anda mungkin dapat membeli tanah ini pada harga yang rendah dan boleh membina sebuah rumah comel diatas tanah terebut.
Tetapi apakah risiko memiliki tanah lot lidi ini?
1. Tiada nama dalam Geran Tanah.
Dokumen yang menunjukkan anda pemilik didalam lot lidi hanyalah melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Nama pemegang amanah akan tertera didalam geran bagi mewakilli penama penama yang lain.
2. Sukar untuk menjual beli’
Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya.
Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.
3. Kesalahan langgar Syarat Tanah
Tanah yang dipecah pecah lot ini, kebiasaannya adalah tanah pertanian, lazimnya hanya satu buah rumah dibenarkan dibina diatas tanah berstatus pertanian. (KTN seksyen 125)
4. Tanah tidak boleh diwariskan
Nama pemilik lot lidi tidak didaftarkan didalam geran. Waris waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya, tanah berkenaan adalah milik pemegang amanah.
5. Pemegang Amanah Meninggal Dunia.
Jika pemegang amanah meninggal dunia, pemilik pemilik tanah ini boleh lah bermain layang layang putus tali. Mereka boleh melantik pemegang amanah yang baru dan melalui satu proses yang agak rumit. Mereka akan berhadapan dengan ketidak tentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.
6. Tiada pampasan jika ada pengambilan tanah.
Jika Kerajaan berhasrat mengambil tanah atas sebab sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa apa hak untuk menuntut pampasan. Hanya pemegang amanah yang akan berurusan dengan pihak berwajib dan menerima wang pampasan, sekiranya ada.
Jadi, apakah pilihan yang kita ada sekiranya kita ingin memiliki tanah dengan prosedur yang betul? Pastikan yang nama anda boleh dijadikan penama didalam geran tersebut. Anda mungkin memerlukan modal yang lebih besar kerana tanah seperti ini, lazimnya adalah lebih luas.
Jika memiliki tanah adalah satu impian anda, sebaiknya anda bolehlah menabung dari sekarang. Salah satu bentuk tabung yang baik adalah emas jongkong.
Anda simpan secara konsisten setiap bulan melalui akaun simpanan emas patuh Syariah ‘Gold Accumulation Program’ di Public Gold sebagai contoh.
Pada ketika emas anda mencukupi dan peluang membeli tanah itu muncul, anda jual emas emas anda pada harga emas ketika itu. Untuk jangkamasa panjang, harga emas akan naik seperti yang ditunjukkan oleh sejarah pergerakan harga emas.
---------------------------------------------------------