Yayasan Sultanah Bahiyah

Yayasan Sultanah Bahiyah YAYASAN SULTANAH BAHIYAH, Lot 223-224, Jalan Shahab 2, Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Terima kasih

Tel: 04 - 730 4112 Faks : 04 732 2730 Laman Web: www.ysb.org.my Bagi yang berminat untuk menderma kepada Yayasan Sultanah Bahiyah bolehlah menulis cek atas nama YAYASAN SULTANAH BAHIYAH & dihantarkan ke alamat tertera.

SINAR KASIH : YSB MENYANTUNI ASNAF DI LANGKAWI 24 Julai 2026 Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Menghay...
01/08/2026

SINAR KASIH : YSB MENYANTUNI ASNAF DI LANGKAWI

24 Julai 2026
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Menghayati kepayahan hidup golongan yang memerlukan, YSB menerusi Tabung Wakalah Zakat telah turun padang bagi menyantuni 5 buah keluarga asnaf di sekitar Mukim Kuah, Daerah Langkawi walaupun dalam keadaan cuaca sedikit mendung seakan turut hiba atas kesulitan yang dilalui oleh para asnaf.

Siri lawatan dari rumah ke rumah ini menyingkap realiti hiba apabila majoriti penerima dikesan merupakan pesakit kronik yang terlantar diuji kesihatan mereka.

Ada diantaranya yang terlelap seketika walau dalam kesakitan dan memerlukan penjagaan rapi serta bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga untuk pengurusan harian dan rawatan susulan di hospital atau premis kesihatan berdekatan.

Bagi meringankan bebanan yang ditanggung, sumbangan berbentuk wang tunai dan kotak makanan asas telah disampaikan oleh Encik Muhamad Nasir bin Ismail (Pengurus Projek YSB) kepada setiap keluarga.

YSB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Dr. Qirdan Asyraf bin Ayob (Pegawai di Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi yang juga Sukarelawan YSB) atas komitmen beliau dalam membantu mengenal pasti keluarga asnaf yang layak dan bersasar.

Semoga sumbangan kecil ini mampu memberi kelegaan besar buat para penerima.

YSB akan terus komited memperkukuh usaha kebajikan demi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menerima bantuan.



 23/7/2026MISI HIJAU DI LANGKAWI. RESTORASI KARANG DEMI HIDUPAN MARINYSB amat berbangga dapat bekerjasama selaku Rakan S...
29/07/2026



23/7/2026

MISI HIJAU DI LANGKAWI. RESTORASI KARANG DEMI HIDUPAN MARIN

YSB amat berbangga dapat bekerjasama selaku Rakan Strategik di program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026.

Bukan setakat beri sokongan moral, YSB juga turut menaja sebahagian kos program ini sebagai tanda komitmen padu kami terhadap kelestarian alam.

Seramai 5 orang wakil YSB diketuai oleh Y.Brs En Muhamad Nasir Ismail (Pengurus Projek YSB) bersama hampir 80 orang peserta daripada pelbagai agensi dan pemain industri bersangkut alam sekitar seluruh negara telah berkumpul demi satu misi, menyelamatkan khazanah laut kita!

Delegasi Program diterajui Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dipimpin oleh Y.Brs Pn Sharifah Zakiah bt Syed Sahab (Pengarah JAS Kedah) telah turun padang melakukan aktiviti restorasi karang dengan melekapkan benih batu karang pada kerangka besi. Sebanyak 10 unit kerangka besi berjaya disiapkan dan ditempatkan di lokasi strategik sekitar pantai Pulau Singa Besar, Langkawi.

Sebelum bertolak balik ke Jeti Teluk Baru, para peserta turut bergotong royong mengutip sampah hanyut di sepanjang pantai utama Pulau Singa Besar bagi menambah lagi makna kepada program ini. Hampir 30kg sampah hanyut berjaya dikumpul oleh para peserta program.

Kepentingan projek ini:

Projek 1-5 Tahun: Pembenihan ini dijangka mula membuahkan hasil dalam masa setahun ke lima tahun untuk menambah populasi batu karang sebagai ekosistem lautan.

Syurga Hidupan Marin: Menyediakan rumah dan ekosistem yang lebih sihat untuk ikan-ikan dan hidupan laut.

Tarikan Pelancong: Memastikan pulau permata Kedah ini kekal cantik untuk peminat selam skuba dari seluruh dunia.

Kami di YSB sangat gembira dapat menyumbang tenaga untuk projek konservasi sebegini. Apa yang kita tanam hari ini, adalah untuk dinikmati oleh generasi anak cucu kita masa hadapan.

Sayangilah laut kita..


28/07/2026

YSB gembira dapat menyokong program bermanfaat sebegini.. Nantikan laporan selanjutnya.. 😍

 22/7/2026 ~ JAMUAN MESRA & LAWATAN BALAS PAWE TAIPING KE ALOR SETARAlhamdulillah, Ikatan silaturahim yang terbina sejak...
28/07/2026



22/7/2026 ~ JAMUAN MESRA & LAWATAN BALAS PAWE TAIPING KE ALOR SETAR

Alhamdulillah, Ikatan silaturahim yang terbina sejak lawatan muhibbah YSB ke Perak pada November 2024 kini bertaut kembali..

Jawatankuasa Program Warga Emas YSB bersama PAWE 3A Alor Setar dan Wellness Hub Alor Setar amat berlapang dada menerima kunjungan balas daripada 46 orang ahli PAWE Taiping, Perak ke Negeri Kedah.

Majlis sambutan penuh meriah ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Lembaga Amanah YSB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Warga Emas YSB, Y.Bhg Dato' Haji Nasir Bin Mustafa & isteri, kepimpinan PAWE 3A Alor Setar, serta wakil Wellness Hub Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar bagi menyambut delegasi yang diketuai oleh Y.Bhg Puan Mahaya Bee Binti Hanifah.

Bertemakan "PENUAAN AKTIF: SIHAT, CERIA & BEBAS STRES" menjadi agenda program hari ini bukan hanya sekadar sembang kosong.

Para peserta sempat berkongsi tip kesihatan dan melakukan senaman pagi bersama di Wellness Hub Alor Setar.

Aktiviti riadah dan sembang santai sesama usia emas sebegini terbukti sangat efektif untuk:
•Mengatasi masalah kemurungan & kerisauan (anxiety).

•Menghilangkan rasa sunyi di usia tua.

•Bertukar pandangan untuk gaya hidup yang lebih bermakna.

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Wellness Hub Alor Setar dan PAWE 3A atas persembahan hiburan yang hebat, serta semua wakil PAWE, Kelab Warga Emas, dan KEMAS Kedah yang turut hadir memeriahkan suasana.

Warga emas sihat, komuniti ceria!






24/7/2026KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN SULTANAH BAHIYAH (YSB) KE ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN. BHDYayasan Sultanah Bahiyah (...
26/07/2026

24/7/2026

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN SULTANAH BAHIYAH (YSB) KE ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN. BHD

Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. di Rawang, Selangor.

Delegasi YSB telah disambut mesra oleh YBhg. Tuan Syed Izmal bin Dato' Syed Manshor, Ketua Pegawai Kewangan & Strategi Kumpulan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd.

Pertemuan ini membincangkan pelbagai perkara berkaitan usaha-usaha kebajikan serta potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program-program tanggungjawab sosial pada masa hadapan. Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. merupakan antara penyumbang lama yang sentiasa komited menyokong pelbagai inisiatif dan program kebajikan yang dilaksanakan oleh YSB.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan tersebut, YSB telah menyampaikan majalah The Homage to HRH Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta cenderahati sempena Sambutan 30 Tahun Yayasan Sultanah Bahiyah.

YSB amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. dan berharap jalinan kerjasama yang telah terjalin sekian lama ini akan terus diperkukuh demi manfaat mereka yang memerlukan.

24/7/26Mesyuarat Pertandingan Golf Amal Bil. 2/2026 YSB telah diadakan di Greens III, Tropicana Golf & Country Resort, P...
25/07/2026

24/7/26

Mesyuarat Pertandingan Golf Amal Bil. 2/2026 YSB telah diadakan di Greens III, Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor dan dipengerusikan oleh YBhg Datuk Wan Ahmad Muazzam bin Wan Ismail (Ahli Lembaga Amanah YSB).

Mesyuarat membincangkan perkembangan penganjuran Pertandingan Golf Amal YSB kali ke-27 dan gerak kerja ahli-ahli jawatankuasa pertandingan.

Terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa Pertandingan Golf Amal YSB yang sudi meluangkan masa bersama-sama hadir ke mesyuarat ini untuk menjayakan program yang bermakna ini.

Pertandingan Golf Amal YSB bakal berlangsung pada 12 Ogos 2026 ini merupakan acara mendana kewangan tahunan yang dijalankan bagi mngumpul dana untuk program-program pendidikan YSB. Bagi mendapatkan keterangan lanjut atau ingin turut sama menyertai pertandingan amal ini boleh menghubungi Sekreteriat Golf YSB di talian 010-8413068.

22/7/26Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri T...
23/07/2026

22/7/26

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi YSB) bertempat di Masjid Tunku Intan Safinaz, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Bacaan surah Yassin dan doa selamat ini telah dipimpin oleh Y.Bhg Dato' Murshid DiRaja Dato' Paduka Dr Syeikh Muhamad Baderudin bin Haji Ahmad, mantan m***i Negeri Kedah.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan ini menjadi wadah untuk merafakkan doa, memohon kesejahteraan, kesihatan, kebahagiaan serta keberkatan buat YTM Tunku Pengerusi YSB. Semoga YTM Tunku sentiasa diberkati oleh Allah SWT dan dikurniakan keafiatan untuk terus menjalankan kerja-kerja kebajikan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Majlis turut mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan YMM Che Puan Besar Kedah Tuanku Hjh Haminah bt Hj Hamidun ke majlis ini.

21/7/2026LAWATAN PROJEK RUMAH BAITI JANNATI YSB–TNBYBrs. Tuan Mohd Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Padang Terap bersama-...
23/07/2026

21/7/2026

LAWATAN PROJEK RUMAH BAITI JANNATI YSB–TNB

YBrs. Tuan Mohd Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Padang Terap bersama-sama YB Dato' Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Kuala Nerang, telah mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan semasa Projek Rumah Baiti Jannati YSB–TNB di Desa Sejahtera Kampung Perik, Padang Terap.

Projek Rumah Baiti Jannati YSB–TNB merupakan projek perintis yang melibatkan pembinaan enam (6) buah rumah untuk diberikan kepada penerima asnaf yang layak. Pemilihan penerima dibuat melalui proses saringan dan penilaian yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Padang Terap bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Hasil lawatan mendapati projek pembinaan kini telah mencapai lebih 60% kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Ogos 2026.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Y.Bhg. Encik Abdul Manaf bin Othman mewakili Tenaga Nasional Berhad (TNB), serta Y.Bhg. Encik Muhammad Izzat bin Jamaludin dan Y.Bhg. Encik Hussairi bin Abd. Manap yang mewakili Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB).

Semoga projek ini dapat memberi manfaat kepada keluarga-keluarga asnaf yang terpilih serta menjadi bukti komitmen berterusan YSB dan TNB dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan kediaman yang selesa, selamat dan berkualiti.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz bi...
22/07/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah (Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah).

Patik-patik sekalian mendoakan semoga Yang Teramat Mulia Tunku Tunku Puteri Intan Safinaz sentiasa dilimpahi kesejahteraan, kesihatan dan keberkatan yang berkekalan.

Ikhlas daripada: Ahli-Ahli Lembaga Amanah dan Kakitangan Yayasan Sultanah Bahiyah

 18 Julai 2026 | Program Komuniti Warga Emas YSB"Tua itu pasti, namun bahagia di usia emas adalah lahir daripada kasih s...
21/07/2026



18 Julai 2026 | Program Komuniti Warga Emas YSB

"Tua itu pasti, namun bahagia di usia emas adalah lahir daripada kasih sayang, kebersamaan dan peluang untuk terus dihargai."

Atas semangat itu, Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) menerusi Program Warga Emas telah menganjurkan Program Komuniti Warga Emas bersama Masjid Jame' As Salam, Megat Dewa, Kubang Pasu, Kedah bagi mendekati komuniti warga emas serta membuka ruang kepada mereka untuk terus menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan bermakna.

Program ini menghimpunkan warga emas dari enam buah kampung iaitu Kg Megat Dewa, Kg Tok Tong, Kg Lana Bulu, Kg Kandis, Kg Tok Tombak dan Kg Manggol Daerah Kubang Pasu Kedah.

Suasana mesra dan ceria jelas terpancar apabila para peserta bersama-sama mengimarahkan program melalui Selawat Nabi, Senaman pagi, Sukaneka serta Demonstrasi kebakaran oleh Balai Bomba Sukarela Megat Dewa dan Balai Bomba Sukarela Kodiang.

Hadir memberikan sokongan ialah Y.Bhg. Dato' Haji Nasir bin Mustafa (Ahli Lembaga Amanah YSB merangkap Pengerusi Program Warga Emas YSB) bersama Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Shukri bin Samsudin mewakili Masjid Jame' As Salam Megat Dewa.

Lebih 250 orang warga emas hadir daripada Khariah Masjid Jame' As Salam, PAWE Kubang Pasu, PAWE Jalan Stadium, PAWE Alor Setar, PAWE 3A, Kelab Warga Emas Masjid Rafeah Taman Uda, Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Changlun serta Persatuan Bekas Anggota KEMAS Kedah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan sukaneka serta sijil penghargaan kepada Masjid Jame' As Salam Megat Dewa, Balai Bomba Sukarela Megat Dewa dan Balai Bomba Sukarela Kodiang sebagai penghargaan atas kerjasama yang telah diberikan.

Semoga warga emas terus melangkah dengan yakin, menjalani hari-hari yang sihat, ceria dan dipenuhi kasih sayang.

Kerana setiap insan berhak menikmati usia emas yang bermaruah, dihargai dan tidak pernah dilupakan.




Address

Lot 223 & 224 Jalan Shahab 2, Shahab Perdana
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30

Telephone

+6047304112

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yayasan Sultanah Bahiyah:

Shortcuts

Share

Category