10/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT KETUA JURUTERA NEGERI (KEDAH & PERLIS) TENAGA NASIONAL BERHAD KE JKR NEGERI KEDAH
9 JULAI 2026
Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, telah menerima kunjungan hormat daripada En. Ahmad Shahrimi bin Ismail, Ketua Jurutera Negeri (Kedah & Perlis), Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama pegawai-pegawai TNB.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkenalkan En. Ahmad Shahrimi bin Ismail selaku Ketua Jurutera Negeri (Kedah & Perlis) TNB yang baharu, di samping mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara JKR Negeri Kedah dan Tenaga Nasional Berhad.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan bersama bagi memastikan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak terus diperkasakan.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Tuan Ir. Muhammad Yusri Bin Hamid, Jurutera Awam Penguasa Bahagian Jalan dan Puan Ir. Amalina Binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri serta Pegawai-pegawai TNB.
Semoga dengan pelantikan Ketua Jurutera Negeri (Kedah & Perlis) yang baharu ini, jalinan kerjasama yang erat antara JKR Negeri Kedah dan TNB akan terus diperkukuh demi kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )