About Us
MKE Property centre juga merupakan salah satu medium pengiklanan yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada penjual mahupun pembeli. Kenapa Anda perlu berurusan dengan kami
Kami merupakan perunding hartanah berdaftar yang bernaung di bawah MN Associates (KL) Sdn. Kepada pemilik hartanah, pihak kami akan membantu anda untuk menjual dan memasarkan hartanah anda dengan kaedah pema
saran yang lebih efektif melalui pemasaran secara online dan offline dimana hartanah anda akan diiklankan di portal popular seperti Facebook, Mudah.My, Instagram Telegram dan banyak lagi. Kami akan pastikan iklan hartanah anda dilihat secara meluas di seluruh Malaysia. Iklan hartanah anda juga akan dikongsi dengan ratusan perunding hartanah di agensi kami dan kami juga mempunyai jaringan dengan perunding hartanah setempat yang dapat membantu didalam melaksanakan proses penjualan hartanah anda. Untuk makluman anda, sebelum sesebuah pengiklanan dibuat, kami akan membantu pemilik dengan menyediakan khidmat nasihat dan memberikan cadangan mengenai proses penjualan dan juga nilai hartanah terkini bagi memudahakan pemilik untuk menentukan nilai atau harga jualan hartanah tersebut. Oleh itu,kami akan pastikan ianya dilaksanakan secara professional dan kami bersedia untuk membantu anda didalam menjayakan proses jualan tersebut. Kepada pembeli, kami akan membantu anda untuk mendapatkan hartanah idaman yang bersesuaian dengan bajet, jenis kediaman, lokasi dan sebagainya. Kami juga akan dapatkan nilai harga pasaran semasa dari jurunilai hartanah atau pihak bank dan ini bagi menentukan jumlah pembiayaan yang akan diluluskan pada pembeli. Segala kerunsingan anda di dalam memilih hartanah kediaman akan kami bantu untuk dapatkan jalan penyelesaiannya. Oleh itu, dengan melantik kami selaku perunding hartanah kediaman anda, kami akan pastikan segala urusan pembelian hartanah anda berjalan dengan lancar daripada awal sehingga anda memiliki hartanah idaman.