19/07/2022
BELI RUMAH TANPA DUTI SETEM
============================
Bakal Pembeli Rumah:
Minggu lepas, Perdana Menteri ada umumkan
Tentang pengecualian bayaran Duti Setem
Untuk pembeli rumah pertama, banyak ke jimat?
abangSR:
Duti setem ni merupakan cukai yang perlu dibayar
Oleh pembeli ketika membeli sesuatu hartanah
Walaubagaimana pun, bermula 1 Jun 2022
Mana mana hartanah yang dibeli dengan harga
RM1.0 juta dan ke bawah, diberikan pengecualian
Berapa banyak? Meh abam bagi contoh kiraan
Sebab ada 2 jenis duti setem yang dikenakan
1. Duti Setem bagi transaksi harta tanah
-------------------------------------------------------------------
Duti ini dikenakan bagi setiap pindahmilik
Hartanah dengan pengiraan berikut:
RM100,000 pertama : 1%
RM100,001 - RM500,000 : 2%
RM500,001 - RM1.0 juta : 3%
Melebihi RM1.0 juta : 4%
Contoh: Jika harga rumah dibeli pada harga RM500,000...duti dikira:
RM100,000 X 1% = RM 1,000
RM400,000 X 2% = RM 8,000
JUMLAH = RM 9,000
2. Duti Setem bagi dokumen Pinjaman
---------------------------------------------------------------
Duti ini dikenakan sebanyak 0.5%
Daripada jumlah pinjaman tersebut
Ambil contoh yang sama di atas
Harga: RM500,000 namun pinjaman yang dipohon
Adalah 90% bersamaan RM450,000
RM450,000 X 0.5% = RM2,250
Pengecualian Duti Setem
-------------------------------------------
a) Pindah milik bagi Rumah Pertama sahaja
b) Pengecualian yang diumumkan:
Harga RM500,000 ke bawah - 100%
Harga RM1.0 juta ke bawah - 50%
c) Tempoh: 1 Jun 2022 - 31 Disember 2023
Harga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025
Dengan kadar RM9,000 bagi perkara (1)
Dan RM2,250 bagi perkara (2) di atas
Maka penjimatan adalam sebanyak RM11,250
Berapa penjimatan jika harga hartanah RM1.0 juta
Boleh la buat pengiraan sendiri yer
Contoh dah bagi dah kat atas 😁
p/s: Dapat sesuatu? Maka boleh dikongsi kepada orang lain p**a, supaya ilmu tersebut terus mengalir 🤲
credit: abangSR (Idzwan Izzudin Shah)
pic: dari instagram