Jurukur Putra

Jurukur Putra Jurukur Putra, Licensed Land Surveyor, at Selangor, Tel: +603-4108 1696, +6019-313 9790. Shaharuddin Hj. Pada bulan Oktober 2000, Mohd. Shaharuddin b. Hj. Mohd.

JURUKUR PUTRA adalah sebuah Syarikat Juruukur Tanah Berlesen yang diperbadankan di Malaysia dibawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458) (Disemak 1991)

PENGENALAN

Firma ini mula beroperasi sejak 1hb November 1996, dipelopori oleh Hj. Musa, selaku Principal/ Juruukur Tanah Berlesen, yang sebelum ini berpengalaman lebih dari 17 tahun dalam bidang `Ukur Tanah' khasnya Ukuran Kadaster dan To

pografi. Beliau juga adalah bekas Timbalan Pengarah Ukur Topografi Semenanjung Malaysia di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Juruukur Daerah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Maideen Mustafah Ismail, PJK, menyertai Firma ini selaku Principal/ Juruukur Tanah Berlesen bagi Zon Pantai Timur (Terengganu), dimana beliau berpengalaman lebih dari 18 tahun dalam bidang yang sama. Beliau juga adalah bekas Timbalan Pengarah dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bagi Negeri Terengganu. KHIDMAT KAMI

Kerja-kerja Ukur Kadaster, Strata, Hakmilik, Kejuruteraan, Hidrografi, Topografi dan sebagainya. Kami juga menawarkan Khidmat Perundingan dalam bidang GIS, Pembangunan Tanah dan Perumahan

PENGALAMAN KERJA UKUR TANAH

Kami telah beroperasi dan menjalankan Perkhidmatan Kerja-kerja Ukur Tanah dan Perundingan hampir melebihi 15 tahun dengan memiliki pengalaman Ukur Tanah yang sangat luas melaksanakan projek-projek terhadap hampir melebihi 50 buah Organisasi dan Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, Firma-firma Pembinaan dan juga Syarikat-syarikat Swasta. MENGENAI KAMI

Ditubuhkan sejak November 1996, kami telah berada di pasaran Perundingan dan Ukur Tanah dan Pemetaan untuk hampir melebihi 15 tahun dengan Pengalaman Kerja Ukur dan Projek bagi hampir melebihi 50 buah Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, Pertubuhan, Sektor Swasta, Korporat dan Syarikat-syarikat Persendirian. Kami juga mempunyai Alatan Ukur Tanah, Perkakasan dan Perisian yang terkini, agar dapat menyempurnakan Kerja-kerja Ukur mengikut Jadual, tepat dan berkualiti. Buat masa kini, operasi Pejabat kami terletak di Ampang, Selangor dan di Pantai Timur, Terengganu, Semenanjung Malaysia. Kami bercadang untuk mengembangkan Perkhidmatan Perundingan Professional kami ke negeri-negeri lain di masa-masa akan datang. Syarikat kami juga di daftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (Ministry of Finance Malaysia) sebagai Perunding Juruukur Tanah yang Sah dan Bertauliah. Wilayah Persekutuan/ Selangor;
Contact Person: Hj. Musa
Tel: +603-4108 1696, +6019-313 9790

Pantai Timur/ Terengganu;
Contact Person: Hj. Maideen b. Mustafah Ismail
Tel: +609-631 1439, +6019-957 4984

Address

No: 32-1A And 1B, Jalan UP 1/5, Taman Ukay Perdana
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jurukur Putra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jurukur Putra:

Shortcuts

Share