Hartanah hebat

Hartanah hebat HEBAT REALTORS adalah agensi dibawah bidang kuasa pentaksir dan penilai,saya adalah perunding hartan

Perunding / Ejen (Agen) Hartanah Kami merupakan Agensi Hartanah yang terletak di Ukay Perdana, Ampang ingin mencari indi...
29/07/2018

Perunding / Ejen (Agen) Hartanah

Kami merupakan Agensi Hartanah yang terletak di Ukay Perdana, Ampang ingin mencari individu yang duduk berhampiran KL & Selangor. Kekosongan adalah terhad.

KELEBIHAN SEBAGAI PERUNDING HARTANAH DI HEBAT REALTORS:-
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

-> Anda, adalah RAKAN NIAGA, bukannya pekerja. Keuntungan dikongsi bersama.

->Peluang jana pendapatan RM10,000 ke atas sebulan. Anda buat, anda dapat! Pengiraan pendapatan yang mudah dan telus.

->LATIHAN & BIMBINGAN akan diberikan sehinggalah anda berjaya.

->MODAL yang RENDAH dan pulangan yang LUMAYAN!

->Masa fleksibel - ikut jadual temujanji dengan bakal pelanggan. KEBEBASAN bekerja.

->Pengalaman Unik - setiap pelanggan dan rumah untuk di jual berbeza.

->)TIADA TEKANAN - Rajin berusaha, sendiri yang kaya.

->Kerjaya profesional setaraf dengan profesyen lain, berdaftar dengan LPPEH.

->Boleh buat part time atau full time. (Bagi part-time seeloknya kerja hakiki anda punyai masa fleksibel)

->Antara Agensi Hartanah yang menawarkan kelebihan terbaik bagi kebajikan Rakan Niaga.

Syarat-syarat Permohonan
-------------------------------------
1)Lelaki/Wanita 21 tahun ke atas.

2)Bekerja secara Full Time / Part Time.

3)Mempunyai kenderaan sendiri ( Motorsikal / Kereta).

4)Mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi untuk berjaya dalam kerjaya hartanah.

5)Sanggup belajar dan berusaha sebaik mungkin bagi berjaya dalam bidang ini.

6)Jujur dan Amanah dalam menjalankan tugas.

7) Boleh bekerja secara berkumpulan.

CARA MEMOHON
===============

Call / WhatsApp " KERJAYA "
www.wasap.my/60189831085/KERJAYA/Ruzula

Hebat Realtors, E(3)1641
32-2A, Jalan UP1/7,
Taman Ukay Perdana,
68000 Ampang, Selangor.

Jawatan Kosong Sebagai Perunding Hartanah *****************************************************syarat-syarat :1)Lelaki/W...
12/07/2018

Jawatan Kosong Sebagai Perunding Hartanah
*****************************************************
syarat-syarat :

1)Lelaki/Wanita 21 tahun ke atas.
2)Bekerja secara Full Time/ Part time.
3)Mempunyai kenderaan sendiri ( Motorsikal / Kereta)
4)Mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi untuk berjaya dalam kerjaya hartanah.
5)Sanggup belajar dan berusaha sebaik mungkin bagi berjaya dalam bidang ini.
6) Mempunyai sales background adalah advantage.
7) Berdisiplin dan boleh bekerja dalam kumpulan.

Hubungi:

Mohd Ruzula
REN
018-9831085(Whatsapp, Telegram)
018-2454842 ( call/sms)
HEBAT REALTORS (E(3)1641)
NO. 32-2A, JLN UP 1/7,
UKAY PERDANA,
68000 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

20/08/2017

Apa itu Cukai Keuntungan Harta?
(Real Property Gains Tax - RPGT)

Cukai Keuntungan Harta ialah satu bentuk cukai keatas keuntungan modal yang dikenakan ke atas pelepasan (disposal) properti di Malaysia.

Bagi pemilik harta yang ingin menjual properti, pastikan anda tahu kadar cukai keuntungan harta (RPGT). Ini bagi membolehkan anda tahu untung bersih yang diperolehi.

Jika anda menjual properti dalam masa tiga tahun selepas ia dibeli, maka kadar cukai ke atas keuntungan ialah 30%. Bagaimanapun, kadarnya menurun setiap tahun (lihat kadar disertakan di sini).

Contoh Mudah:

Pada 1 Januari 2016 anda membeli properti berharga RM400,000.

Satu tahun kemudian pada Januari 2017, anda menjual properti itu pada harga RM600,000. Maka keuntungan ialah RM200,000.

Oleh kerana anda menjual dalam masa tiga tahun, maka kadar cukai keuntungan yang dibayar kepada Kerajaan ialah RM60,000 (30% x RM200,000).

Jika anda tak mahu bayar cukai keuntungan harta, anda kena jual pada tahun ke-6, di mana ia tidak ada cukai.

Nota:

1. Dalam realiti - kos renovasi, kos S&P, kos penilaian rumah, cukai stem, kos guaman dsb boleh dikira sebagai kos dalam pengiraan keuntungan.

2. Anda layak mendapat pengecualian cukai keuntungan harta hanya sekali dalam hidup anda ke atas mana-mana harta yang anda s**a. Jangan lepaskan peluang ini.

3. Pengecualian cukai keuntungan harta diberikan kepada pelepasan harta di kalangan keluarga, iaitu: suami-isteri; ibubapa-anak; datuk/nenek-cucu.

perunding hartanah anda
hubungi:- 018-9831085

20/01/2017

Dapatkan info terkini industri hartanah Malaysia, dan tips pelaburan hartanah dari pakar pelaburan hartanah yang terbukti berkesan. GilaHartanah.com.

WTS   (UNTUK DIJUAL)Pangsapuri Indah Mas CherasProperty Details:* Size 718 sq.ft.* Title type Leasehold - Bumi Lot* Bedr...
26/10/2016

WTS (UNTUK DIJUAL)

Pangsapuri Indah Mas Cheras

Property Details:

* Size 718 sq.ft.
* Title type Leasehold - Bumi Lot
* Bedrooms 3 * Bathroom 1
* 1 Covered Car park
* 24 Hour Security,
* Near LRT Station
* Good for Investment or own stay
* Well maintained
Facilities:
Mini Market,Laudry shop,Playground, Jogging Track,

Amenities:
LRT Salak Selatan, Pos Office, Police Station,
Maybank, Food Court, JPJ, Shop lot, Kindergarten,
Secondary School, Primary School,
- Lebuhraya Kesas 5min
- Lebuhraya MRR2 8min
- Lebuhraya Persekutuan 12min

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Call/Whatsup/Telegram>:-

Ruzula perunding hartanah anda

(018-9831085)



13/06/2016

RAMAI SALAH ANGGAP TENTANG URUSAN JUALBELI HARTANAH

Kebanyakan yang tiada pengetahuan berkenaan hartanah banyak menyangka harga hartanah berbeza-beza jika dijual oleh ejen dan sebaliknya jika dijual oleh tuan hartanah

Sedangkan HAKIKATNYA adalah:-

1. TUAN HARTANAH kebanyakan menjual hartanah melebihi harga pasaran yang ditentukan oleh pihak penilai hartanah semasa

Kerana mereka tiada ilmu bagaimana mendapatkan info harga pasaran hartanah setempat

2. Berbeza dengan EJEN hartanah,
Mereka menilai dulu harga sesuatu hartanah yang mahu dijualkan menurut harga pasaran

-ini dapat mengelakkan pertambahan deposit yang harus dibayar oleh pembeli dan memudahkan urusan pinjaman dengan pihak bank

3. TUAN HARTANAH banyak menjual hartanah dengan melibatkan emosi atau Sense of memory di hartanah mereka, mungkin disebabkan kenangan di situ atau sebagainya

-ini silap kerana, hartanah tidak seharusnya dijual kerana emosi tuan hartanah sebaliknya harus menurut harga pasaran setempat


.com



JADI DENGAN SIAPA ANDA MAHU BERURUSAN??

15/04/2016

nak ...

Tapi tak boleh....

... apasal nie

PERNAH DENGAN PERKATAAN NI ( )

KAVEAT bermaksud sekatan atau halangan; adalah satu instrumen / alat / mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya.

Terdapat 4 (empat) jenis kaveat berdasarkan Akta Kanun Tanah Negara 1965 ( Bab 19 Bahagian 1)

1. Kaveat Pendaftar - Kaveat yang didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik. Menurut Seksyen 320, Antara tujuan kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan. Ia juga untuk menghalang dari perbuatan / urusniaga fraud ataupun urus niaga yang tidak wajar.

2. Kaveat Persendirian- Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hertanah tersebut. (Seksyen 322)

3. Kaveat Pemegang-Lien- Kaveat yang dimasukkan oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang memegang dokumen Hakmilik Hartanah tersebut untuk tujuan tertentu contohnya sebagai cagaran untuk tujuan pinjaman bank. (Seksyen 330)

4. Kaveat Amanah- Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang amanah ke atas milikan tersebut (Seksyen 332)

Kesan Kaveat dari segi Undang-undang ?
Kesan dari segi undang-undang adalah apabila dimasukkan kaveat ke atas sesuatu hartanah itu, ia akan menghalang apa-apa urus niaga daripada berlaku seperti menjual, menggadai atau menyewakan hartanah tersebut.

Bagaimana Kaveat Terbatal ?
Kaveat hanya akan terbatal apabila individu yang memasukkan kaveat itu menarik kembali kaveatnya ataupun apabila kaveat telah tamat tempoh. Contohnya kaveat persendirian hanya bertahan selama 6 (enam) tahun.

Siapa boleh lakukan Kaveat ?
Suami / isteri, bank, adik beradik ; boleh lakukan kaveat.

Mana-mana pihak yang merasakan dirinya ada kepentingan terhadap sesuatu hartanah ; sama ada tanah atau bangunan, dia berhak untuk masukkan kaveat bagi melindungi hak dan kepentingannya.

Sebagai contoh, jika anda telah membayar sejumlah wang untuk membeli sesuatu hartanah tetapi urusan pindah milik belum dapat diselesaikan, maka anda berhak untuk memasukkan kaveat bagi menjaga kepentingan anda.

Perlu tunjukkan bukti yang anda telah membuat bayaran tertentu ke atas hartanah itu, iaitu dokumen sokongan.

Sekiranya satu urusan pusaka belum selesai, anda boleh melakukan kaveat untuk mengelakkan sebarang salah laku pecah amanah.

Suami isteri yang sedang dalam proses cerai juga boleh memasukkan kaveat bagi mengelakkan apa-apa transaksi, sementara mahkamah memutuskan pembahagian harta sepencarian.

Selain itu, pihak bank juga berhak memasukkan kaveat sekiranya mendapati peminjam mencagarkan harta mereka untuk mendapat pinjaman. Di situ terdapat kepentingan terhadap pihak yang mengkaveatkan hartanah itu.

Cara untuk Melakukan Kaveat
Cara untuk melakukan kaveat hanya perlu berurusan dengan pejabat tanah sahaja. Memandangkan hartanah yang dikaveatkan tidak boleh dibuat sebarang urus niaga (jika kaveat tidak tamat tempoh atau ditarik balik).

Oleh sebab itu, anime4nz menasihatkan membuat semakan / carian persendirian di pejabat tanah sebelum berkeputusan untuk membeli hartanah itu.

Kalau kita beli rumah lelong yang ada kaveat, ia agak merumitkan malah boleh tergadai balik rumah tersebut... utk withdraw kaveat ni mengambil masa 2 bulan... kalau beli rumah lelong, tempoh masa diberikan 90 atau 120 hari... Kalau dah apply withdraw kaveat dah 2 bulan, so tinggal berapa hari je lagi lepas tu... then kalau dapat extension ok la, tapi kalau tak dapat kena lelong balik..

Kalau ada kaveat, ramai yang takut nak masuk rumah lelong... sebab tu kena buat carian... Kalau tengok kat "POS" pun 'auctioner' nasihatkan untuk buat carian di pejabat tanah... so kena pastikan di geran tu ada tarikh masukkan kaveat dan withdraw kaveat.. Kalau tak der kaveat, ia mesti pair.. iaitu ada yang daftar dan ada yang tarik balik... so kena la perhati betul2 ok... barulah ianya lengkap untuk mengetahui tentang status tanah atau bangunan yang kita buat carian tersebut...
Sekiranya transaksi anda terhalang disebabkan wujudnya kaveat, maka tuanpunya tanah atau mereka yang menentang kaveat itu perlu membawa perkara ini ke mahkamah dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menyelesaikan isu kewujudan kaveat di atas hartanah tersebut. Dalam hal ini, anda dinasihatkan untuk melantik peguam bagi mewakili anda.

Harus diingat peguam yang anda lantik untuk mengendalikan Perjanjian Jual Beli anda hanya dilantik untuk mengendalikan Perjanjian Jual Beli dan / atau untuk mengendalikan pindah milik hartanah yang anda beli. Sekiranya ada masalah mengenai isu kaveat, anda boleh melantik peguam yang sama untuk mengendalikan isu kaveat ini (sekiranya peguam tersebut bersetuju) atau anda boleh melantik peguam lain. Ini bermakna ada anda perlu menanggung kos guaman secara berasingan dalam hal ini. Kos guaman dalam hal ini adalah berbeza, bergantung kepada peguam / firma yang mengendalikan perkara ini. Untuk mengelakkan sebarang masalah, adalah lebih baik jika anda mendapatkan “quotation” sebelum melantik peguam dalam hal ini.

Tak Cukup Deposit Nak Beli Rumah? Nah! Kerajaan ada tawarkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti y...
08/04/2016

Tak Cukup Deposit Nak Beli Rumah?

Nah! Kerajaan ada tawarkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti yang pernah diumumkan dalam budget 2016.

Bukan lagi jadi satu masalah untuk membeli rumah.

Kemudian maklumat lanjut untuk memohon MyDeposit disini http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/content/mydeposit-write.html

Setakat ini peruntukan adalah sebanyak RM200 Juta. Rugi kalau bukan anda salah seorang yang dapat sumbangan bayaran deposit untuk rumah pertama dari Kerajaan.

Ya! Anda boleh mula memohon hari ini sehingga 30 Jun 2016. Peruntunkan hanya RM200juta. Jangan lepaskan peluang.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit

KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :

✔Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan;

✔Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) ;

✔Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.

✔Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

✔Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan

✔Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu i…

07/04/2016
"Rohaniah, kat mana saya patut beli rumah untuk investment?"Ahaaa, lepas ni jangan tanya saya dah soalan ini.Sebab saya ...
23/03/2016

"Rohaniah, kat mana saya patut beli rumah untuk investment?"

Ahaaa, lepas ni jangan tanya saya dah soalan ini.
Sebab saya dah jawab di dalam artikel ini.
Artikel terbaru saya di Majalah Niaga

http://www.majalahniaga.com/tip-hartanah-3-elemen-emas-petanda-lokasi-panas-berasap-asap.html

Lokasi yang baik adalah lokasi yang mempunyai elemen 3 emas di atas. Iaitu elemen tempat tinggal, tempat bekerja dan tempat bermain dengan jarak tidak lebih dari 5 km dan dihubungkan dengan pengangkutan awam.

Address

A. M. 22 SPRINGVILLE UKAY, UKAY PERDANA AMPANG
Ampang
68000

Telephone

0189831085

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hartanah hebat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category