Property Hebat Melaka

Property Hebat Melaka Kepakaran saya adalah membantu anda lebih ramai dapat bersama seisi keluarga memiliki kediaman impia

Awesome
22/01/2022

Awesome

Harta tanah mampu milik di Bandaraya Melaka!!Hanya dari ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐—ž*๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ terletak di lokasi yang tidak jauh d...
18/01/2022

Harta tanah mampu milik di Bandaraya Melaka!!
Hanya dari ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐—ž*

๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ terletak di lokasi yang tidak jauh daripada pusat bandar Melaka dan ia menawarkan kehidupan yang seimbang dan matang kepada penduduknya๐Ÿƒ๐Ÿ€

Harta tanah mampu milik di Bandaraya Melaka!!Hanya dari ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐—ž*๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ terletak di lokasi yang tidak jauh d...
13/01/2022

Harta tanah mampu milik di Bandaraya Melaka!!
Hanya dari ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐—ž*

๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ terletak di lokasi yang tidak jauh daripada pusat bandar Melaka dan ia menawarkan kehidupan yang seimbang dan matang kepada penduduknya๐Ÿƒ๐Ÿ€

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ 14 kemudahan mesra keluarga

๐Ÿ”’ Komuniti berpengawal

๐ŸŒ† Pemandangan bandar yang menakjubkan

๐Ÿ”— Akses dan sambungan yang bersepadu

๐Ÿ“š Hab pendidikan

๐Ÿฅ Perkhidmatan penting

*Harga hanya dari ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐—ž

AssalamualaikumAwesome!!!โ€œKebahagiaan seorang isteri bila masuk ke dapurnya yang selesa dan cantik,โ€ Ini tip reka bentuk...
03/01/2022

Assalamualaikum

Awesome!!!

โ€œKebahagiaan seorang isteri bila masuk ke dapurnya yang selesa dan cantik,โ€

Ini tip reka bentuk dapur tahun 2022

https://utusantv.com/2021/12/30/kebahagiaan-seorang-isteri-bila-masuk-ke-dapurnya-yang-selesa-dan-cantik-ini-tip-reka-bentuk-dapur-tahun-2022/

Sri Melaka Residensi citarasa isteri sangat dapurnya๐Ÿ˜€๐Ÿ˜Ž

Guys free2 tu boleh cuciยฒ mata pm sini๐Ÿ‘‡๐Ÿป

http://www.wasap.my/60182757551/SMR

Xsalah kalau pasang niat je dulu nak beli rumahkan

Kredit to Azizul Azli Ahmad

RUMAH BARU X RUMAH SUBSALE ๐Ÿ˜๐Ÿก๐Ÿ 6 Kelebihan Beli Rumah Baru Berbanding Rumah Subsale (Second Hand)Bila sebut pasal rumah, ...
28/12/2021

RUMAH BARU X RUMAH SUBSALE ๐Ÿ˜๐Ÿก๐Ÿ 

6 Kelebihan Beli Rumah Baru Berbanding Rumah Subsale (Second Hand)

Bila sebut pasal rumah, memang banyak pilihan yang ada. Ada yang beli rumah untuk duduk sendiri, tak kurang juga ada yang beli rumah untuk dijadikan pelaburan.

Untuk perkongsian hari ini, tak kiralah anda nak beli rumah untuk duduk sendiri atau untuk tujuan pelaburan; jom kita tengok kelebihan beli rumah baru berbanding beli rumah subsale.

Tapi sebelum kita mula, jom tengok dulu definisi rumah baru dan rumah subsale.

Rumah Baru โ€“ Boleh jadi rumah dalam pembinaan (under construction) atau juga rumah yang sudah siap sepenuhnya, tinggal nak tunggu tuan rumah baru untuk menghuninya.

Rumah Subsale โ€“ Juga dikenali sebagai rumah second-hand, di mana telah ada pembeli yang beli daripada pihak pemaju.

Dah tahu apa itu rumah baru dan rumah subsale, jom kita tengok kelebihan beli rumah baru berbanding rumah subsale p**a:-

1. Nama Pun Rumah Baru, Semuanya Baru

Apabila membeli rumah baru, luar dalam rumah tersebut adalah baru. Daripada cat luaran yang kita nampak, sehinggalah pendawaian (wiring) dalaman yang kita tak nampak.

Bila semuanya baru, rasa lebih selesa dan yakin bahawa ianya akan tahan lama berbanding rumah yang dah berusia.

Kalau beli rumah subsale, luaran mungkin nampak baru, tapi dalaman kita tak tahu keadaannya.

2. Rumah Baru Ada Waranti

Bila dapat kunci rumah baru nanti, jangan risau kalau ada sebarang kerosakan kerana ada waranti.

Buatlah senarai semak kecacatan atau lebih dikenali sebagai defect checklist.

Perkara biasa yang disemak adalah:

1) Dinding, pastikan tiada rekahan

2) Lantai kayu, pastikan tiada kesan air bertakung yang menandakan ada kebocoran

3) Jubin atau tiles, pastikan ianya dipasang dengan kemas

4) Pendawaian elektrik, pastikan tiada wayar terjojol keluar

4) Saliran air, pastikan air boleh mengalir dan tiada air bertakung

5) Sistem perpaipan, pastikan tandas tiada bau busuk yang menandakan ada saluran tersumbat

6) Pintu, tingkap, grill, pastikan ianya boleh ditutup dan dibuka dengan kemas

7) Resapan air, pastikan siling dan bucu berhampiran dengan tingkap tiada takungan air

8) Jika terdapat sebarang kerosakan, laporkan kepada pemaju dan minta mereka baiki secara percuma kerana masih dalam tempoh waranti.

9) Kalau beli rumah subsale, rumah nampak macam elok, tapi kita kena duduk dulu rumah tersebut selama beberapa hari atau beberapa minggu; barulah tahu itu rosak ini rosak. Dan mungkin terpaksa membelanjakan duit yang banyak p**a untuk membaikinya.

3. Pakej Promosi Daripada Pemaju

Biasa kan kita dengar beli rumah baru, dapat penghawa dingin percuma, dapat kabinet dapur percuma, dapat itu percuma, dapat ini percuma.

Tak kurang juga ada pemaju yang memberikan rebat atau diskaun untuk pembeli awal. Ada yuran guaman dan duti setem yang ditanggung pemaju. Malah, ada yang menawarkan skim bayaran ansuran 0% menggunakan Easy Payment.

Tidak lupa juga diskaun buat pembeli bumiputera.

Kalau beli rumah subsale, kena sediakan 10% deposit dan lebih kurang 5% daripada harga rumah untuk bayar yuran-yuran dan kos-kos yang terlibat.

4. Lebih Murah Untuk Masuk Rumah

Ada rumah baru yang tak perlukan deposit pun untuk masuk rumah, semuanya dah termasuk dalam harga rumah dan juga pembiayaan bank. Kalau ada deposit pun, ada pemaju yang minta RM1,000 saja deposit dan selebihnya akan diproses oleh panel bank yang dilantik pemaju.

Kalau beli rumah subsale, 2%-3% deposit untuk dibayar kepada ejen atau pemilik rumah dah menjadi kebiasaan. Kemudian bila dah buat permohonan dengan pihak bank, ada juga yang gagal dapat pembiayaan. Maka, duit deposit tu dikira hangus. Rumah tak dapat, deposit pun tak dapat balik.

Ada juga kes bila kita minta bank membuat penilaian, tak sampai pun harga rumah yang kita dah persetujui. Setuju nak beli rumah dengan harga RM1 juta, tapi bank hanya bagi pembiayaan sehingga RM900 ribu. Tak mampu nak keluarkan duit lebih sebagai downpayment, maka duit deposit pun burn begitu saja. Kalau rumah harga RM1 juta, tak ke menangis hilang deposit sebanyak RM20 ribu?

5. Diskaun Untuk Beli Beramai-Ramai

Biasanya pihak pemaju menggalakkan anda kumpul beberapa orang, dan beli beramai-ramai. Maka dapatlah diskaun bagi pembelian secara pukal atau group discount.

Rajinlah masuk forum ke Facebook Group ke, untuk cari kawan-kawan yang nak beli projek perumahan yang sama. Di samping dapat buat kawan baru, rumah pun dapat diskaun.

Kalau beli rumah subsale, tak dapatlah nak menikmati diskaun ini.

6. Rumah Moden Ikut Citarasa Terkini

Projek perumahan baru biasanya dibina mengikut citarasa terkini dan mengaplikasi teknologi-teknologi yang terbaru. Dan jika anda ada citarasa sendiri, boleh berbincang dengan pemaju terutamanya rumah yang sedang dalam pembinaan.

Kalau beli rumah subsale, anda kena terimalah rumah itu seadanya. Dan kalau nak tambah itu atau nak buang itu, semuanya perlukan duit untuk pengubahsuaian atau renovation.

Kredit-Majalah Labur & Tim Majalah Labur

Nak cari rumah baru PM sini k๐Ÿ˜€๐Ÿ‘‡๐Ÿป

http://www.wasap.my/60182757551/nakRUMAHbaru

http://www.wasap.my/60182757551/nakRUMAHbaru

28/11/2021

Feel good

07/10/2021

"Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"
-Salam Jumaat-

11/09/2021

Good Vibes for PHM...thanks supporters

ALHAMDULILLAH

AlhamdulillahThanks all for support Property Hebat Melaka.
11/09/2021

Alhamdulillah
Thanks all for support Property Hebat Melaka.

Assalamualaikum morning ๐Ÿ•ฃ๐ŸŒž
24/06/2021

Assalamualaikum morning ๐Ÿ•ฃ๐ŸŒž

AssalamualaikumAwesome โ€ผBELI RUMAH SEBELUM UMUR 30 TAHUN #1: Pupuk tabiat menabung seawal mungkinMenabung tu mudah, tapi...
23/06/2021

Assalamualaikum

Awesome โ€ผ

BELI RUMAH SEBELUM UMUR 30 TAHUN

#1: Pupuk tabiat menabung seawal mungkin
Menabung tu mudah, tapi susah untuk dibuat.

Kalau tak kekal konsisten untuk membeli rumah pertama, ia hanya akan jadi mimpi dan tinggal sebagai sekadar angan-angan.

Jadi, sentiasa terus berusaha untuk jadikan impian tu sebagai kenyataan.

#2: Berapa deposit anda perlu sediakan untuk beli rumah pertama?
Semak dulu kelayakan harga rumah yang korang layak beli. Pastikan ia sesuai dengan pendapatan semasa korang.

Kalau pendapatan semasa korang layak untuk beli rumah harga RM150,000, korang wajib sediakan deposit rumah dalam 15% daripada harga rumah tu.

Jumlah 15% akan cover kos-kos seperti:

down payment rumah (10%),
kos guaman,
duti setem, dan juga lain-lain kos yang terlibat.

#3: Sediakan tabung simpanan โ€œSi Hijau,โ€ โ€œSi Merah,โ€ dan โ€œSi Orenโ€
Buat tabung berwarna dan kumpul duit kertas warna hijau (RM5), warna merah (RM10), dan juga warna oren (RM20).

Tindakan ni akan pupuk minat korang untuk menyimpan.

Bila tengok tabung dah banyak terisi dengan โ€œSi Hijau,โ€ โ€œSi Merah,โ€ dan juga โ€œSi Oren,โ€ korang mesti akan teruja.

Nak belanjakan nanti, korang akan terasa sayang. Tak percaya? Korang cuba buat dulu.

#4: Takde alasan untuk orang bujang tak menyimpan
Masa bujang ni, korang sebenarnya mampu untuk menyimpan lebih banyak. Korang belum lagi ada komitmen besar seperti anak-anak yang nak dijaga, atau sebagainya.

Jangan p**ak korang asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit. Kenyang p**ak kejap je. Dah la ada GST p**ak tu. Lepas tu memekak dekat orang lain sebab tak puas hati kena bayar GST.

Kedai tepi jalan yang ada, korang nak pandang pun dah tak lalu. Apatah lagi makan dekat situ.

#5: Nak elak berbelanja macam orang hilang pedoman?
Sediakan bajet bulanan supaya perbelanjaan tak lari daripada yang sepatutnya.

Senang je. Kalau korang gagal merancang, korang merancang untuk gagal sebenarnya. Mesti korang pernah dengar lirik padu ni, kan?

Jom start sekarang....'fast action,fast result'

Address

Ayer Keroh
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Property Hebat Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Property Hebat Melaka:

Share

Category