Puspanita PPN Melaka

Puspanita  PPN Melaka AJK PUSPANITA

02/04/2024
05.03.2024-MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KECIL PUSPANITA UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM) KALI...
02/04/2024

05.03.2024-MESYUARAT AGUNG CAWANGAN KECIL PUSPANITA UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM) KALI PERTAMA TAHUN 2024

Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kecil ICU JPM kali Pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 05 Mac 2024 (Selasa). Seramai 10 Orang AJK PCK ICU Melaka telah hadir pada hari tersebut. Mesyuarat telah dimulakan dengan kata alu-aluan oleh YBHG.Datin Rosmawati binti Hassan suri kepada YBHG. Dato Azman bin Ibrahim selaku Pengerusi PCK ICU JP. Majlis juga dengan diteruskan ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah ICU JPM YBHG. Dato'. Azman bin Ibrahim merangkap Penasihat PCK ICU JPM.

Antara agenda mesyuarat agung yang dibincangkan termasuklah pembentangan laporan tahunan, keahlian dan laporan kewangan bagi Tahun 2023 serta pembentangan usul Tahun 2024 oleh Jawatankuasa PCK ICU JPM.
Sempena mesyuarat ini juga, turut diadakan sesi cabutan bertuah, dan juga beberapa gerai jualan telah dibuka di perkarangan luar dewan. Puan Erni Munyati dan Puan Raliza adalah antara yang bertuah pada mesyuarat Agung kali ini kerana memenangi cabutan bertuah hadiah utama.

Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh PCK ICU JPM di atas kejayaan, kelancaran dan sambutan penganjuran majlis ini.



26.02.2024- Mesyuarat Puspanita PPN Bil.1/2024 Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPN Melaka yang telah dipegerusi...
02/04/2024

26.02.2024- Mesyuarat Puspanita PPN Bil.1/2024 Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPN Melaka yang telah dipegerusikan oleh Suri kepada Pengarah PPNM Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli iaitu Puan Anita Ibrahim selaku Pengerusi Puspanita PPN Melaka.
Mesyuarat bermula dengan seisi perkenalan Ahli Jawantankuasa yang baru dilantik pada tahun ini. Agenda diteruskan membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan bakal dilaksanakan pada sepanjang Tahun 2024.

Address

PPNM Menara MITC
Ayer Keroh
75450

Telephone

+6063183000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita PPN Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category