KAWAN Property Management

KAWAN Property Management Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KAWAN Property Management, Real Estate, PT 2096 ( TINGKAT ATAS ), BANGUNAN WAN RUSNANI JELAWAT, 16090 BACHOK, Bachok.

Perkhidmatan KAWAN

( Pengurusan am berkaitan pembinaan dan hartanah )

" Mari Denge KAWAN, Mudoh Baso Sene Berkiro "


Sekadar perkongsian contoh keluasan lot tanah mengikut pecahan yang mungkin boleh dijadikan rujukan buat semua.
13/12/2019

Sekadar perkongsian contoh keluasan lot tanah mengikut pecahan yang mungkin boleh dijadikan rujukan buat semua.

Disini pihak KAWAN ada sediakan hadiah wang tunai sebanyak RM300 kepada kenalan yang bertuah. Anda hanya perlu like, sha...
03/11/2019

Disini pihak KAWAN ada sediakan hadiah wang tunai sebanyak RM300 kepada kenalan yang bertuah. Anda hanya perlu like, share dan komen " Mari Denge KAWAN, Mudoh Baso Sene Berkiro ".

Pemenang yang bertuah akan dipilih berdasarkan komen last selepas pihak kawan komen “ TAMAT "

Perhatian Untuk Semua !!!Anda ada Tanah EKAR ??Pihak KAWAN Menyediakan Perkhidmatan Tukar Syarat & Pecah Sempadan ( Peca...
30/10/2019

Perhatian Untuk Semua !!!

Anda ada Tanah EKAR ??

Pihak KAWAN Menyediakan Perkhidmatan Tukar Syarat & Pecah Sempadan ( Pecah Lot ) Tanpa Modal Untuk Lokasi Dikelantan & Terengganu

Keistimewaan kepada pemilik tanah
- tanpa modal ( perkongsian usahasama / JV )
- cepat, menjimatkan masa dan tenaga
- tidak perlu berurusan dengan jurukur, pejabat tanah, majlis daerah dan lain-lain ( diuruskan 100% oleh pihak kawan )
- tanah anda akan lebih bernilai selepas tukar syarat dan pecah lot kerana geran baru berstatus bangunan
- diuruskan oleh pihak yang mempunyai pengalaman dalam urusan pemajuan tanah

# Mengikut Terma Dan Syarat

“ Jadikan Tanah Anda Lebih Berganda Nilainya “

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh terus berhubung ditalian ini : 0139449609

ATAU KLIK LINK WHATSAPP DI BAWAH

https://wa.me/60139449609




INGIN MEMILIKI RUMAH SEPERTI INI ??Pakej Lengkap Bina Rumah Diatas Tanah Anda Sendiri.Kami menyediakan pakej lengkap mem...
07/10/2019

INGIN MEMILIKI RUMAH SEPERTI INI ??

Pakej Lengkap Bina Rumah Diatas Tanah Anda Sendiri.

Kami menyediakan pakej lengkap membina kediaman impian anda termasuk:
- Urusan penyediaan pelan rumah
- Urusan dengan pihak majis
- Urusan guaman
- Proses pinjaman k'jaan/bank
- Kerja-kerja pembinaan
- Urusan CF

***********************************
REBUT PROMOSI TERBARU KAMI
- PERCUMA pelan akitek dan kelulusan pelan bangunan
- PERCUMA segala kos guaman
- PERCUMA penapis air/udara pilihan anda

Spesifikasi :
+ Rumah ini berkeluasan 1830kp ( 4 bilik + 3 bilik air )
+ Tiles sepenuh ruang termasuk porch
+ Siling kapur sepenuh ruang
+ Struktur Bumbung adalah Kayu

" Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh terus berhubung ditalian ini : 0139449609

ATAU KLIK LINK WHATSAPP DI BAWAH

https://wa.me/60139449609

**TertaklukKepadaTermaDanSyarat

Lokasi Pembinaan : Hanya dikelantan dan terengganu dengan rundingan sahaja

"Jadikan Banglo Idaman Anda Satu Kenyataan"




MENGAPA ORANG LUAR TIDAK BOLEH BELI TANAH DI KELANTAN ??Masih ramai yang bertanya dan tidak mengetahui mengapa syarat an...
02/10/2019

MENGAPA ORANG LUAR TIDAK BOLEH BELI TANAH DI KELANTAN ??

Masih ramai yang bertanya dan tidak mengetahui mengapa syarat anak Kelantan sahaja boleh beli tanah ataupun rumah diKelantan yang berstatus Rizab Melayu.

Sebenarnya, syarat ini sudah lama terpakai sejak dahulu lagi. Mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938, anak Kelantan sahaja boleh memiliki tanah mahupun rumah di Kelantan. Definisi anak Kelantan terbahagi kepada 5:
a) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya adalah Melayu
b) sesiapa yang lahir di Kelantan yang ibunya adalah Melayu dan bapa adalah Muslim
c) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang bapanya adalah Melayu yang lahir di Kelantan.
d) sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja yang ibubapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
e) sesiapa yang lahir di Kelantan yang bapanya juga lahir di Kelantan.

Jadi sebagai contoh walaupun seseorang itu mempunyai IC luar Kelantan (bukan 03) selagi mana beliau dalam kategori C dan D juga boleh memiliki hartanah rizab Melayu di Kelantan. Harap penjelasan ini jelas untuk kenalan semua disini.

Nota: Hampir 90 peratus jumlah keluasan tanah di Kelantan adalah dibawah kategori Rezab Melayu.

Terima kasih diucapkan dari pihak KAWAN Property Management kepada kenalan-kenalan diatas tawaran bermula bulan 2/2019 -...
23/09/2019

Terima kasih diucapkan dari pihak KAWAN Property Management kepada kenalan-kenalan diatas tawaran bermula bulan 2/2019 - 9/2019

Diantara tawaran adalah seperti :
- usahasama pemajuan hartanah diatas tanah berkeluasan keseluruhan hampir 6ekar ( lokasi didale kelate )
- JV bina rumah dan jual melebihi 70lot ( tanah lot banglo, semid dan teres siap geran lokasi diklate dan ganu ).
- penjualan rumah-rumah yang dalam pembinaan dan siap dibina
- penjualan tanah-tanah lot kosong

InsyaAllah, semua tawaran itu akan dipertimbangkan sebaik mungkin oleh pihak Kawan untuk gerak kerja seterusnya.

Cara Bina Rumah Diatas Tanah Sendiri Melalui Pinjaman Perumahan Langkah 1- Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam ...
16/09/2019

Cara Bina Rumah Diatas Tanah Sendiri Melalui Pinjaman Perumahan

Langkah 1
- Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang mahir berurusan dengan pihak LPPSA/Bank

Langkah 2
- Arkitek akan buat pelan berdasarkan persetujuan rekabentuk antara pemohon dan kontraktor

Langkah 3
- Pemohon, kontraktor, peguam perlu menghantar borang permohonan ke pejabat JPPH untuk penilaian

Langkah 4
- Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat kelulusan, lampiran E iaitu surat setuju terima dari pemohon ditandatangani serta peguam sudah membuat gadaian

Ini adalah langkah2 secara ringkas. Pihak kami bukan sekadar ingin berniaga dan juga merealisasikan impian anda memiliki kediaman sendiri tetapi turut untuk berkongsi ilmu, tip, info, pengalaman, menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan dengan anda semua...InsyaALLAH

PANDUAN BELI TANAH

1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
2. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah.
3. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
4. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
5. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
6. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.
7. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah.
8. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
9. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.
10. Seeloknya buat perjanjian jual beli untuk menjaga kedua-dua pihak.

Progress kerja semasa bagi pembinaan surau yang berkeluasan 3120kp untuk sekolah.
16/09/2019

Progress kerja semasa bagi pembinaan surau yang berkeluasan 3120kp untuk sekolah.

Cadangan membina dan menyiapkan 1unit kediaman 1tingkat berkeluasan 2839kp dilokasi daerah bachok yang diuruskan oleh KA...
16/09/2019

Cadangan membina dan menyiapkan 1unit kediaman 1tingkat berkeluasan 2839kp dilokasi daerah bachok yang diuruskan oleh KAWAN Property Management.

Nok Bino Rumoh Hargo Muroh Tapi Tak Tau Nok Rujuk Sapo?? Acu Tera Baco Meta Bowoh Nih!!PAKEJ RUMAH KAWANBina rumah bangl...
09/09/2019

Nok Bino Rumoh Hargo Muroh Tapi Tak Tau Nok Rujuk Sapo?? Acu Tera Baco Meta Bowoh Nih!!

PAKEJ RUMAH KAWAN

Bina rumah banglo atas tanah sendiri pada harga dari RM99K. Rumah ini berkeluasan sekitar 1066kp dan mempunyai 3 bilik tidur + 2 tandas.

Spesifikasi rumah yang diberikan adalah full tiles, full siling kapur, pemasangan lampu kipas, struktur bumbung besi, atap genting dan frame tingkap aluminium.

Pihak kami tidak mampu untuk memberikan anda semua sebuah rumah secara percuma TETAPI kami yakin untuk merealisasikan impian anda memiliki kediaman sendiri dengan harga istimewa.

Lokasi pembinaan : Dikelate dan ganu dengan rundingan
Jangkaan siap : 4 - 6 bulan
Kaedah pembayaran : mengikut progress kerja

" Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh terus berhubung ditalian ini : 0139449609

ATAU KLIK LINK WHATSAPP DI BAWAH

https://wa.me/60139449609

**TertaklukKepadaTermaDanSyarat




Salam Kemerdekaan 2019
26/08/2019

Salam Kemerdekaan 2019

Address

PT 2096 ( TINGKAT ATAS ), BANGUNAN WAN RUSNANI JELAWAT, 16090 BACHOK
Bachok
16370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAWAN Property Management posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category