Ladang Rakyat DUN Tawang

Ladang Rakyat DUN Tawang aktiviti bersama rakyat

6/4/26....Usrah mingguan  dan peserta Ladang Rakyat DUN Tawang merupakan salah satu jemaah yang sentiasa mengikuti kulia...
06/04/2026

6/4/26....Usrah mingguan dan peserta Ladang Rakyat DUN Tawang merupakan salah satu jemaah yang sentiasa mengikuti kuliah yang diadakan



9/3/26…..Usrah mingguan berjalan seperti biasa walaupun terpaksa dilewatkan sedikit  pada bulan puasa  untuk memberi lal...
09/03/2026

9/3/26…..Usrah mingguan berjalan seperti biasa walaupun terpaksa dilewatkan sedikit pada bulan puasa untuk memberi laluan kepada jemaah untuk solat terawih berjemaah

Para peserta Ladang Rakyat DUN Tawang tetap hadir mengikuti kuliah yang disampaikan sendiri oleh adun Tawang YB Ustaz Harun Ismail



18/02/2026

Ladang Rakyat DUN Tawang mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa

16/2/26....Ajk tertinggi Ladang Rakyat DUN Tawang  bersama YB ustaz Harun Ismail dan penghulu mukim telah melawat anak m...
18/02/2026

16/2/26....Ajk tertinggi Ladang Rakyat DUN Tawang bersama YB ustaz Harun Ismail dan penghulu mukim telah melawat anak mukim yang ditimpa musibah penyakit dan kecelakaan jalan raya

Seramai lima(5)orang pesakit telah kami ziarahi pada hari tersebut diantara nya yang mempunyai penyakit diabetis bahagian abdomen strok dan kecelakaan jalan raya

Semoga semuanya cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi ujian hidup





15/2/26....Usrah mingguan diawalkan kerana menghormati bulan Ramadhan dan YB Tawang Ust Harun Ismail telah menyampaikan ...
18/02/2026

15/2/26....Usrah mingguan diawalkan kerana menghormati bulan Ramadhan dan YB Tawang Ust Harun Ismail telah menyampaikan buah kurma untuk semua jemaah

Seperti biasa petugas Ladang Rakyat DUN Tawang Sdr Ismail Yazid mencatat kehadiran peserta kita



9/2/26.....Usrah bulanan jatuh pada minggu kedua setiap bulan dan pada malam ini usrah haraki yang diselaraskan oleh laj...
09/02/2026

9/2/26.....Usrah bulanan jatuh pada minggu kedua setiap bulan dan pada malam ini usrah haraki yang diselaraskan oleh lajnah dan Perkaderan Pas Kelantan dimana mengupas teks tadarus Al-Quran sempena ramadan

Kehadiran peserta Ladang Rakyat DUN Tawang pada malam ni cukup memberangsangkan memandangkan minggu lepas usrah dibatalkan kerana memberi laluan pada Nisfu Syaaban

Disamping mendapat ilmu agama ianya mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua




7/2/26....Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(Mpkk) peringkat negeri Kelantan telah diadakan di Kompleks Pengajian Islam ...
08/02/2026

7/2/26....Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(Mpkk) peringkat negeri Kelantan telah diadakan di Kompleks Pengajian Islam (kpi) Badak.

Ajk Ladang Rakyat DUN Tawang yang juga merupakan ahli mpkk turut hadir bersama dengan penghulu mukim masing ii.Majlis bersurai sebelum zuhur





7/2/26....Sebelum penyampaian hadiah Yb  Ust Harun Ismail  beramah mesra dengan anak mukim Senok yang terlibat secara la...
08/02/2026

7/2/26....Sebelum penyampaian hadiah Yb Ust Harun Ismail beramah mesra dengan anak mukim Senok yang terlibat secara langsung dalam sukan yang pada kali ini

Ajk tertinggi Ladang Rakyat DUN Tawang turut serta bersama dengan penghulu mukim berganding bahu dalam menjayakan sukan Liga Penalti pada kali ini



7/2/26....Sukan Liga Penalti DUN Tawang telah diadakan di Padang Nibong belakang Sk Pantai Senok Acara berlangsung dalam...
08/02/2026

7/2/26....Sukan Liga Penalti DUN Tawang telah diadakan di Padang Nibong belakang Sk Pantai Senok Acara berlangsung dalam suasana yang meriah dengan sambutan yang menggalakan dari penduduk setempat

Pelbagai acara sampingan turut diadakan seperti tarik tali veteran bowling padang (p) mewarna dan tiup belon untuk kanak ii.Ajk tertinggi Ladang Rakyat DUN Tawang turut terlibat dalam program sukan kali ini Sebelum bersurai semua yang terlibat dijamu dengan makan tengahari

Hadiah telah disampaikan oleh adun Tawang YB Ust Harun Ismail

Bersukan dapat mencergaskan minda dan fizikal



6/7/26.... Penduduk kampung Belukar bersama penghulu mukim telah mengadakan kenduri kesyukuran kerana masjid kampung mer...
06/02/2026

6/7/26.... Penduduk kampung Belukar bersama penghulu mukim telah mengadakan kenduri kesyukuran kerana masjid kampung mereka telah siap sepenuhnya akibat bencana banjir

YB Tawang Ust Harun Ismail telah memberi sumbangan untuk membaik pulih masjid tersebut dan beberapa orang ajk Ladang Rakyat DUN Tawang turut berganding bahu dengan penghulu mukim dan penduduk setempat dalam menyiapkan masjid mereka

Alhamdulillah



2/2/26....Mengadakan mesyuarat kali k'2 untuk  sukan  Liga Penalti yang diadakan di rumah Ajk Tertinggi Ladang Rakyat DU...
06/02/2026

2/2/26....Mengadakan mesyuarat kali k'2 untuk sukan Liga Penalti yang diadakan di rumah Ajk Tertinggi Ladang Rakyat DUN Tawang

Beberapa orang peserta kita turut terlibat dalam membantu penghulu mukim untuk program pada kali ini



Address

Tawang
Bachok
16070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ladang Rakyat DUN Tawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ladang Rakyat DUN Tawang:

Share

Category