19/03/2026
Gema Takbir Syawal dari Azizan Homestay Bahau 🌙✨
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Kehadiran tuan-puan sekalian bukan sekadar penginapan bagi kami, tetapi satu penghormatan yang amat besar. Kami ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kekhilafan, atau layanan yang mungkin tidak sempurna sepanjang tuan-puan berada di teratak kami. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala kelemahan itu adalah dari diri kami sendiri.
Terima kasih kerana memilih Azizan Homestay sebagai sebahagian daripada memori raya anda di Bahau. Setiap maklum balas dan senyuman anda adalah pembakar semangat untuk kami terus memperbaiki diri.
"Kejayaan bukan hanya tentang sampai ke destinasi, tetapi tentang bagaimana kita menghargai setiap langkah dalam perjalanan tersebut."
Azizan Homestay Bahau.😘