28/04/2025
Student gifted ni. Hebat !! Cuba baca kisah pasal dia. Sedih wehh.
Tak datang sekolah sebab sakit bukannya pemalas
Ahmad Miqael Amshar Rosli ialah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu.
Beliau mendapat keputusan 8A 1B+ dalam peperiksaan SPM 2024.
Sejak Tingkatan Satu, beliau hanya hadir ke sekolah satu atau dua hari seminggu disebabkan masalah kesihatan.
Ahmad Miqael disahkan menghidap leukemia limfositik akut (acute lymphoblastic leukemia) — sejenis kanser darah yang menyerang sel darah putih, biasanya bermula pada usia muda.
Penyakit ini menyebabkan beliau perlu kerap ke hospital untuk rawatan termasuk kemoterapi dan pemeriksaan berjadual.
Tiga bulan sebelum SPM, beliau mengalami slip disc (cakera tulang belakang tergelincir) sehingga menyebabkan sakit belakang teruk dan had pergerakan.
Guru-guru membantu beliau melalui pembelajaran secara fleksibel — antaranya, menghantar bahan pengajaran melalui WhatsApp, Google Classroom dan kadang-kadang membuat kelas khas semasa kehadiran fizikalnya di sekolah.
Ada guru yang datang ajar secara one-to-one bila Ahmad Miqael hadir, supaya dia tak tertinggal topik penting.
Ahmad Miqael juga banyak belajar sendiri di rumah, bergantung pada nota yang dihantar guru dan buku latihan tambahan.
Kejayaan beliau bukan sekadar hasil belajar biasa-biasa — tetapi hasil daripada disiplin keras, sokongan moral keluarga, cikgu-cikgu yang prihatin, dan keazaman untuk melawan kesakitan.
Sumber Kosmo
JOM iklankan bisnes korang kpd 460K followers di fb Maafsebut !! www.wasap.my/60199960787