18/01/2024
Harini tajuk kita PPAM. Apa itu PPAM?
PPA1M, atau PPAM, adalah skim perumahan kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam dan pekerja kerajaan.
Anda mungkin juga pernah dengar orang panggil skim ni Program Perumahan Awam 1 Malaysia (PPA1M).
Siapa Yang Layak Untuk PPAM?
-Anda mestilah Warganegara Malaysia
-Penjawat awam tetap/ pesara kerajaan/ pegawai kontrak/ anak pesara kerajaan
-Boleh memohon lebih dari 1 projek
-Pendapatan bulanan bawah RM10,000
-Anak pesara boleh mohon rumah bernilai hingga RM300,000
Apakah Jenis Perumahan Yang Terlibat Dengan PPAM?
-Perumahan mampu milik berkualiti
-Terletak di bandar utama
-Dibangunkan di kawasan tumpuan penjawat awam
-Rumah atas tanah atau bertingkat
-Harga RM100,000 – RM400,000
Apa Lagi Yang Anda Perlu Tahu Tentang PPAM?
(Disebabkan ini adalah skim khas, ada beberapa halangan untuk memastikan skim mendatangkan kesan positif.) :-
- 1 rumah PPAM untuk 1 isi rumah
- Tak boleh dijual selama 10 tahun kecuali kepada keluarga terdekat/ dapat kelulusan kerajaan
- Deposit 2% ketika tandangan SPA
- Tak boleh mohon unit khas
- Tak boleh ubah unit bila tawaran dah dapat
- 2 bulan untuk dapatkan pinjaman selepas dapat tawaran
- Tak boleh buat rumah sewa
cc to property guru