MEJA BULAT hartanah

MEJA BULAT hartanah Khidmat Nasihat &Mengurus Jual Beli Hartanah
Di Lembah Klang,N9,Perak,Melaka Dan Johor

16/06/2019

Permohonan pembiayaan beli rumah ditolak mempunyai banyak sebab.

Salah satunya adalah adanya peraturan Debt Service Ratio (DSR).

Iaitu berapa komitmen hutang kita setiap bulan dibandingkan dengan pendapatan. DSR adalah peraturan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan berapa hutang yang kita boleh ada.

Secara umumnya DSR adalah 70%. Namun bank dapat membuat polisi-polisi tambahan mengikut kesesuaian. Justeru, boleh jadi berbeza mengikut bank seperti lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta.

Andaikan pendapatan bersih kita RM 4,000. Hutang lain adalah seperti berikut:

Hutang kereta RM 700.
Purata bayar hutang kad kredit RM 150.
Hutang ASB RM 500.
Hutang personal financing RM 600.
Maka DSR kita telah mencapai 49%. Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan. RM 1950/RM 4000.


Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat buat hutang baru sehingga RM 850 sahaja. Justeru, berdasarkan kadar pembiayaan semasa, rumah yang dapat kita beli adalah maksimum RM 200k. Kalau bayar buan-bulan lebih dari itu, memang susah.

Justeru, pastikan kita merancang hutang dengan betul. Utamakan hutang yang lebih utama.

https://hartabumi.com/panduan-beli-rumah/
13/06/2019

https://hartabumi.com/panduan-beli-rumah/

Ramai orang beranggapan membeli hartanah dan rumah adalah sangat sukar dan seringkali mereka mengalah dan 'rela' menyewa berbanding membeli rumah sendiri. Kami di Hartabumi memahami kesulitan yang anda hadapi dan kami sediakan panduan beli rumah dari a - z khusus kepada pembeli rumah pertama. Te

Kenapa Perlu Beli Rumah?Antara faktor pendorong utama yang menjadi sebab kenapa anda perlu beli rumah ialah kerana harga...
13/06/2019

Kenapa Perlu Beli Rumah?

Antara faktor pendorong utama yang menjadi sebab kenapa anda perlu beli rumah ialah kerana harga rumah yang semakin meningkat hari demi hari, polisi bank dan juga bagi memastikan pemilikan rumah di kalangan Bumiputera meningkat.

1. Tempat Berteduh

Semua orang sedia maklum bahawa rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia di muka bumi. Oleh itu, memiliki rumah adalah sangat penting sebagai tempat berteduh dan berlindung.

Ya, memang betul anda masih boleh berteduh di rumah sewa, tetapi tahukah anda, di rumah sendiri anda lebih bebas untuk menyusun atur perabot, menghias dan mengecat dinding mengikut kreativiti anda?

2. Aset

Bilamana anda mempunyai sebuah rumah, secara automatik anda telah dikira mempunyai aset. Hal ini kerana, hartanah dikira sebagai aset dan bukan lialibiliti. Rumah juga mampu dijadikan cagaran kepada pihak bank bagi urusan perundangan dan perbankan.

3. Harta Untuk Diwarisi

Apabila anda telah tua kelak, memiliki rumah merupakan satu bonus kepada anda untuk diwariskan kepada waris anda. Boleh jadi rumah tersebut menjadi tempat tinggal anak – anak anda mahupun dijual untuk mendapatkan tunai.

4. Harga Rumah Semakin Meningkat

Satu fakta yang tidak dapat disangkal lagi ialah harga rumah semakin meningkat hari demi hari dan jarang sekali harga rumah jatuh lebih – lebih lagi rumah jenis subsale.

– 5 Keuntungan Beli Rumah Subsale.

Makanya, jika anda membuat keputusan untuk membeli rumah pada 10 tahun akan datang, anda terpaksa membeli harga rumah 10 tahun akan datang dimana harganya berkemungkinan tersangat mahal.

5. Polisi Bank

Sungguhpun anda mempunyai aliran tunai bulanan yang cantik dan mempunyai simpanan yang banyak, itu tidak berguna sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.

– 7 Pilihan Bank Untuk Buat House Loan

Hal ini kerana, bank melihat anda berisiko untuk menjadi peminjam lebih – lebih lagi pinjaman perumahan dengan komitmen yang lama. Jadi, belilah rumah seawal mungkin.

6. Pelaburan Jangka Panjang
Preview Chat 9 Sebab Beli Rumah 07

Andai kata anda ingin melakukan pelaburan, anda sebenarnya mulakan dengan memasuki industri pelaburan hartanah dengan membeli rumah jenis subsale di kawasan strategik.

“4 Daripada 15 individu terkaya di Malaysia berada dalam industri hartanah”

– iMoney, 2017

– 5 Faktor Penting Untuk Pelaburan Hartanah.

Dewasa kini, pelaburan hartanah adalah instrumen paling popular dan kebanyakan pelabur hartanah menggunakan metode beli dan sewa atau beli dan jual selepas kawasan tersebut dikomersilkan.

7. Meningkatkan Pemilikan Rumah Kalangan Bumiputera
Preview Chat 9 Sebab Beli Rumah 08

Mengikut artikel ini, peratus pemilikan rumah di kalangan Bumiputera boleh dikatakan pada paras yang sangat membimbangkan.

– Lot Hartanah Bumiputera ‘Meningkatkan Atau Menyingkatkan?

Bagi menangani isu ini, setiap individu Bumiputera harus bijak mengatur profil kewangan dan membeli sekurang – kurangnya satu unit hartanah seumur hidup agar peratus pemilikan rumah di kalangan Bumiputera meningkat.

8. Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Negara

Sungguhpun kedengaran agak ke hadapan, tetapi tahukah anda bahawa seiring dengan peningkatan peratus pembelian hartanah di Malaysia, ianya juga meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara?

– Jangkaan Pasaran Hartanah Pada 2018

9. Sumber Pendapatan Sampingan

Bagi anda yang ingin menjana pendapatan sampingan secara harian atau bulanan, anda boleh mulakan dengan mendaftarkan hartanah anda dan menjadi hos di CouchSurfing dan Airbnb.

Jana Pendapatan Dengan Airbnb Hartabumi

Kedua – duanya adalah antara aplikasi smartphone yang digunakan sebahagian besar pelancong dan pelabur asing yang ingin menginap dalam suasana rumah di sesebuah negara berbanding menginap di hotel.

Address

Bangi

Telephone

+60173918742

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MEJA BULAT hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MEJA BULAT hartanah:

Share

Category