04/06/2026
๐ก Nak Beli Rumah? Faham Dulu Apa Itu DSR!
DSR (Debt Service Ratio) ialah peratus pendapatan bulanan yang digunakan untuk membayar komitmen hutang.
Bank akan menilai DSR untuk menentukan sama ada anda layak mendapat pembiayaan perumahan atau tidak.
๐ Formula DSR
(Jumlah Komitmen Bulanan + Ansuran Rumah Baru) รท Pendapatan Bulanan ร 100%
Contoh:
๐ฐ Pendapatan Bersih: RM5,000
Komitmen sedia ada:
๐ Kereta: RM700
๐ณ Kad Kredit: RM200
๐๏ธ Motor: RM100
Jumlah Komitmen: RM1,000
Jika anggaran ansuran rumah baharu ialah RM1,200:
(RM1,000 + RM1,200) รท RM5,000 ร 100% = 44%
โ
DSR = 44%
Kebanyakan bank biasanya menerima DSR sekitar 60% โ 70%, bergantung kepada tahap pendapatan dan polisi semasa bank.
๐ Semakin rendah DSR, semakin tinggi peluang pembiayaan diluluskan.
Sebab itu, sebelum mencari rumah idaman, kira dahulu kemampuan kewangan anda berdasarkan DSR. Jangan hanya melihat harga rumah semata-mata.
๐ฉ Nak semak kelayakan pembiayaan rumah anda? Boleh hubungi saya untuk konsultasi awal.