Mesra Kini Development Sdn. Bhd.

Mesra Kini Development Sdn. Bhd. Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mesra Kini Development Sdn. Bhd., Property development, T128 Jalan Teratai, Taman Seri, Telok Datok, Banting.

03/06/2020

KELEBIHAN PENJAWAT AWAM & PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA

( Ramai orang kerajaan yang masih tidak tahu )

Memandangkan agak ramai kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan dalam friendlist yang komen 'BELUM' pada posting aku semalam dan menunjukkan masih ramai yang belum membuat pinjaman perumahan LPPSA, aku nak bagi sedikit pencerahan untuk membantu korang memahami kebaikan-kebaikan bila korang teringin nak beli hartanah menggunakan pinjaman LPPSA.

Biasanya kalau 'client' aku yang muda-muda beritahu aku nak beli rumah menggunakan pinjaman LPPSA, aku akan tanya balik,

"Tuan/Puan nak beli untuk duduk ke atau untuk invest sahaja?"

Kalau nak invest aku akan sarankan dia jangan guna loan LPPSA lagi tetapi gunalah pinjaman bank.
Belilah property subsale yang bawah market value supaya korang dapat jana kewangan positif setiap bulan.
Sekiranya bercadang untuk duduk, gunalah pinjaman perumahan kerajaan.

Biasanya kalau kita nak duduk mesti kita ambil kira tentang keselesaan, ruang yang besar, mungkin ada tanah untuk tanam bunga atau apa sahaja.
Yang paling penting rumah yang kita nak duduk tu bayaran bulanannya setiap bulan tidaklah begitu banyak seperti pinjaman bank.

KELEBIHAN 1
=============

Untungnya kakitangan kerajaan ni berbanding kakitangan swasta, dia boleh buat 2 jenis pinjaman.

1) Pinjaman bank
2) Pinjaman Kerajaan

Makanya kakitangan kerajaan berpotensi membeli rumah lebih dari 2 biji ke atas untuk dijadikan aset.
Berbeza dengan kakitangan swasta yang hanya bergantung kepada pinjaman bank.
Bagi kakitangan swasta, untuk rumah pertama dan kedua sahaja boleh dapat pinjaman sebanyak 90%.
Untuk rumah ke 3, pinjaman hanya dapat 70% sahaja daripada harga rumah.
Lebih tu kena topup lah.

Tapi untuk kakitangan kerajaan, anda boleh dapat dua kali pinjaman sebanyak 100% dengan kadar faedah yang lebih murah iaitu 4.0% berbanding pinjaman bank sekitar 4.5%-5.0%.

Walaupun nama di 'blacklist' dalam CCRIS/CTOS untuk melakukan pinjaman bank, masih mampu lagi membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA.

KELEBIHAN 2
==========

Korang tahu tak, korang boleh guna pinjaman LPPSA ni sebanyak 2x sahaja.
Tetapi dengan syarat, pinjaman perumahan untuk kali pertama mestilah dilunaskan habis.
Sama ada korang bayar bulanan yang besar setiap bulan untuk cepat habis atau korang jual rumah untuk dapatkan keuntungan hasil pelaburan hartanah.

Kemudian baru korang boleh mohon pinjaman LPPSA buat kali ke 2.

Lagi satu, aku cadangkan kepada yang belum guna pinjaman LPPSA tu, korang gunalah sebelum umur korang lebih 35 tahun ke atas.
Sebab umur 35 tahun kebawah masih boleh meminjam untuk tempoh masa 35 tahun.
Tapi kalau dah lebih 45 tahun baru nak buat pinjaman LPPSA, kemungkinan tempoh masa pinjaman akan jadi singkat sama ada 20 tahun ke 28 tahun sahaja.
Bila pinjaman semakin singkat, makanya bayaran bulanan anda pun akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar faedahnya rendah.

KELEBIHAN 3
==========

Pinjaman LPPSA ni antara yang lain yang korang boleh kecapi nikmat syurga dunia adalah bila korang beli satu-satu property, pastikan bawah market value yaa...Penting ni beb..

Korang boleh memohon pinjaman 100% berdasarkan kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan bagi setiap jumlah tingkat gaji pokok + elaun-elaun korang.
Bila boleh mohon 100% loan, andai kata korang beli rumah dengan harga 350k sedangkan harga pasaran 400k, maka korang boleh dapat 'cash back' 50k selepas pinjaman di release kan ke akaun syarikat peguam yang menyediakan dokumen perjanjian jual beli korang.
Peguam akan keluarkan cek 50k khas atas nama korang.

50k korang dapat tu nanti, korang pandai-pandai lah nak melabur kat mana untuk beranak kan duit tu lagi.
Jangan membazir dan gelap mata p**ak bila dapat duit banyak.

KELEBIHAN 4
===========

Kalau korang beli projek perumahan baru, lagi berganda-ganda korang boleh untung.
Kebiasaannya dan kebanyakan projek-projek perumahan baru menawarkan booking yang rendah serendah RM1000 dan menyediakan rebate sebanyak 10%.
Kebiasaanya yang aku banyak buat.

Makanya sekiranya rumah yang anda beli, Harga perjanjian jual belinya adalah berjumlah RM400K, rebate 10% diberikan oleh pemaju = 40K.
Maka rumah yang korang beli akan jadi RM360K.

Mohon pinjaman LPPSA wajib mengikut harga perjanjian jual beli iaitu RM400K.
Jadi 'cash back' yang anda akan peroleh adalah RM80K.

1) 10% rebate akan diberikan kepada pembeli LPPSA selepas pinjaman di 'release' kan = RM40K.
2) 100% loan LPPSA atas harga 400K sedangkan harga rumah RM360k = RM40K lebihan pinjaman.

Total 'cash back' RM80K.

Bayangkan kalau sesetengah pemaju menawarkan rebate lebih 10% sehingga ada yang menawarkan 34% rebate, bayangkan banyak tak 'cash back' yang anda boleh dapat.

Untung tak?

KELEBIHAN 5
==========

Paling penting, sektor kerajaan pinjaman LPPSA telah menyelaraskan bahawa kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman perumahan LPPSA bagi projek perumahan baru, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina sepertimana kakitangan swasta yang perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek pembinaan sudah siap dibina dalam tempoh 3 tahun kebiasaannya sehinggalah 100% siap dibina barulah pembeli mula membayar 'installment' bulanan secara penuh.

Bagi kakitangan kerajaan, projek 100% siap, dapat kunci baru mula bayar bulanan kepada pihak LPPSA.

Amacam menarik tak kerja Gomen ni.
Sayanglah korang kalau tak guna peluang ni.

Aku bukan nak ajar korang gila dunia.
Tapi nak ajar korang urus kewangan dengan baik supaya lebihan kewangan korang, macam-macam korang boleh buat untuk maslahah masyarakat.
Korang pun tak jadi orang yang meminta-minta malah jadi individu yang banyak memberi.

Sebab tu usaha memantapkan ekonomi bukan sahaja sekadar tuntutan malah keutamaan buat umat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak s**a kepada orang yang berbuat kerosakan".



RISIKO MEMBELI LOT LIDI Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca dari masalah harga rumah yang semakin...
02/06/2020

RISIKO MEMBELI LOT LIDI

Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca dari masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan tanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri.

Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda. Pentadbir-Pentadbir Tanah ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi.

Anda boleh membaca tulisan-tulisan di internet tentang risiko pembelian lot lidi ini dan kebanyakan hujah-hujah yang dikemukakan adalah benar belaka. Risiko ini mungkin tidak berlaku pada masa sekarang, tetapi percayalah ianya akan berbangkit pada masa hadapan.

Secara ringkasnya, risiko-risiko yang perlu dihadapi adalah seperti berikut :-

1. NAMA TIADA DALAM GERAN

Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain. Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Seperti yang pernah disebutkan di dalam artikel sebelum ini, geran adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah. Jika nama tiada di dalam geran, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

2. SUKAR UNTUK BERJUAL BELI

Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya. Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

3. KESALAHAN LANGGAR SYARAT TANAH

Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

4. TIADA PAMPASAN JIKA ADA PENGAMBILAN

Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan. Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

5. TANAH TIDAK BOLEH DIWARISKAN JIKA ADA KEMATIAN

Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

6. PEMEGANG AMANAH MENINGGAL DUNIA

Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali. Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PENJUAL LOT LIDI SEPERTI:-

1. Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual.

2. Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa.

3. Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang.

4. Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan.

5. Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia.

6. Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah.

7. Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

Banyak lagi risiko yang tidak dinyatakan di sini. Justeru itu, Pentadbir-Pentadbir Tanah menasihatkan supaya mengelakkan diri dari terlibat dengan pembelian lot lidi. Biarlah membeli tanah atau rumah yang mahal sedikit asalkan mengikut lunas undang-undang kerana ia akan membantu sekiranya terdapat masalah-masalah pada masa akan datang. Adalah dikhuatiri kediaman idaman anda yang sepatutnya memberi keselesaan kepada keluarga dan boleh diwariskan kepada anak-anak akan berakhir dengan kerugian yang besar, perbalahan keluarga dan penyesalan di kemudian hari.

KENYATAAN PENTING : Penerangan di atas adalah sangat ringkas bagi memudahkan kefahaman kepada rakyat yang tidak mengetahui prosedur undang-undang tanah. Terdapat prosedur-prosedur teknikal yang tidak dinyatakan dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dari Pejabat Tanah berkaitan.

Kata kunci :-

Lot Lidi : Sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.

Pemegang Amanah : Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran.

Surat Pemegang Amanah : Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.

Pesaka : Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.


MERDEKA 2019 PROMOTION...!!!PERCUMA S&P.PERCUMA MOT (Untuk Pembeli Kali Pertama Sahaja)PERCUMA 1 UNIT PENHAWA DINGIN 2HP...
13/07/2019

MERDEKA 2019 PROMOTION...!!!
PERCUMA S&P.
PERCUMA MOT (Untuk Pembeli Kali Pertama Sahaja)
PERCUMA 1 UNIT PENHAWA DINGIN 2HP.
PROMOSI & UNIT TERHAD.

www.wasap.my/60126888445

28/06/2019

APAKAH PERBEZAAN ANTARA BUMI LOT DENGAN NON-BUMI LOT?

Sebelum membeli hartanah, adalah penting untuk pembeli memahami jenis-jenis hakmilik tanah yang tersedia ada. 2 jenis hakmilik tanah utama serta paling pop**ar ialah istilah Bumi Lot dan Non Bumi Lot.

Untuk posting kali ini admin akan kongsikan berkaitan perbezaan antara Bumi Lot dan Non Bumi Lot, kadar diskaun Bumi Lot, kelebihan dan kekurangan antara keduanya serta penukaran Bumi Lot kepada Non Bumi Lot.

BUMI LOT

Lot Bumiputera lebih dikenali dengan nama Bumi Lot. Jualan dan pajakan jenis hartanah ini hanya terbuka kepada kaum Bumiputera sahaja, sepertimana dirujuk dalam namanya. Bumiputera termasuk orang Melayu, Sabah, Sarawak, serta warganegara Muslim bukan Melayu.

Hartanah jenis ini wujud dalam setiap pembangunan baru dimana sejumlah peratusan tertentu perlu diperuntukkan bagi kaum Bumiputera. Contohnya, setiap pembangunan baru di sekitar Lembah Klang perlu memperuntukkan 30% unit yang dibinan sebagai Lot Bumiputera berdasarkan Kuota Bumiputera yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.(Setiap negeri mempunyai Kuota Bumiputera yang berbeza).

NON BUMI LOT

Lot Bukan Bumiputera lebih dikenali dengan nama Non Bumi Lot. Jualan dan pajakan jenis hartanah ini terbuka kepada semua kaum termasuk kaum Bumiputera. Dengan erti kata lain sesiapa sahaja boleh memiliki hartanah dalam kategori Non Bumi Lot. Tetapi ramai yang sedia maklum bahawa Non Bumi Lot mempunyai harga yang jauh lebih mahal berbanding dengan Bumi Lot. Ada hartanah jenis Non Bumi Lot yang mempunyai harga tambahan dari 5% sehingga 15% dari Bumi Lot. Hartanah jenis ini juga boleh dimiliki oleh bukan warganegara seperti Warganegara Asing, Penduduk Tetap, dan Syarikat Asing. Sebagai contoh di Negeri Selangor, pihak kerajaan negeri memberi kuota 10% hartanah yang dibina atau dibangunkan boleh dijual kepada Warganegara Asing, Penduduk Tetap, dan Syarikat Asing daripada Non Bumi Lot sahaja.

KADAR DISKAUN BUMI LOT.

Kadar diskaun Bumi Lot untuk hartanah yang dijual adalah potongan @ diskaun harga dari harga hartanah Non Bumi Lot. Kadar diskaun Bumi Lot adalah berbeza mengikut negeri.

Berikut adalah kadar diskaun Bumi Lot mengikut negeri dalam Semenanjung Malaysia;

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – 5%
Negeri Sembilan – 10% (kecuali hartanah jenis kos rendah)
Johor – 15%
Pahang – Tiada maklumat.
Terengganu – 7% - 7.5%
Kelantan - Kebanyakan Tanah Rezab Melayu
Selangor – 7% - 10% (kecuali hartanah jenis kos rendah)
Pulau Pinang – 5% (untuk semua jenis hartanah)
Perak – minima 5% (kecuali hartanah jenis kos rendah)
Melaka – 5% - 15%
Perlis – Kebanyakan Tanah Rezab Melayu
Kedah – minima 5%

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BUMI LOT

Harga hartanah Bumi Lot jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Non Bumi Lot. Terdapat kadar diskaun Bumi Lot bermula dari 5% sehingga 15% (bergantung kepada kategori hartanah dan Negeri). Ini merupakan kelebihan yang ketara untuk Bumi Lot jika dibandingkan dengan Non Bumi Lot.

Bagi kawasan perumahan jenis ‘landed’, kebiasaannya pihak pemaju akan membina unit - unit rumah @ premis dalam satu kelompok atau baris/blok. Ini juga merupakan kelebihan buat Bumi Lot kerana mempunyai kawasan kejiranan yang tidak bercampur dengan Non Bumi Lot.

Antara kekurangannya p**a ialah Bumi Lot merupakan jenis hartanah yang paling kurang dipertimbangkan di kalangan pelabur hartanah kerana pasarannya amat terhad, serta kenaikan harganya biasanya paling perlahan berbanding dengan Non Bumi Lot.

Bergantung kepada lokasi hartanah, Bumi Lot mungkin lebih s**ar untuk dijual kerana terhad kepada Bumiputera sahaja. Ini adalah disebabkan kuasa membeli yang rendah di kalangan Bumiputera terutama sekali Melayu. Menjangkakan kekurangan ini, kebanyakan Bumiputera (pelabur hartanah terutamanya) tidak mahu membeli unit ini. Asas ekonomi menunjukkan bahawa kekurangan permintaan menyebabkan harga unit-unit itu tetap rendah. Walaupun harga hartanah di sebelah (Non Bumi Lot) meningkat secara mendadak, harga Bumi Lot masih kekal atau meningkat secara perlahan.
Walaubagaimanapun, tidak semua Bumi Lot mengalami keadaan ini. Hartanah yang terletak dikawasan majoriti Bumiputera (Shah Alam, Dengkil, Putrajaya), kebanyakkan permintaan datang dari bumiputera, maka pemilik tidak perlu risau dengan proses jualan hartanah ini.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN NON BUMI LOT

Non Bumi Lot mempunyai kelebihan yang tersendiri walaupun harga hartanah yang lebih tinggi berbanding dengan Bumi Lot. Kelebihan ini hanya dapat digunapakai oleh pelabur hartanah sahaja (beli Non Bumi Lot untuk untuk tinggal sementara @ buat sewaan selama 5 tahun kepada penyewa kemudian jual semula). Harga hartanah jenis ini mudah meningkat dari tahun ke tahun berbanding dengan Bumi Lot. Ia bebas untuk dijual kepada sesiapa sahaja sama ada kepada Warganegara atau bukan Warganegara. Kuasa membeli juga tinggi dari kalangan pembeli kerana terbuka luas untuk sesiapa sahaja memilik Non Bumi Lot.

Kekurangan Non Bumi Lot p**a boleh dilihat dengan ketara dari segi harga hartanah yang jauh lebih tinggi berbanding dengan Bumi Lot. Ada Non Bumi Lot yang mencecah sehingga 15% harga tambahan dari Bumi Lot manakala yang terendah adalah 5% (bergantung kepada negeri)

Selain dari itu, faktor kejiranan juga kadangkala menjadi kekurangan bagi yang mengutamakan suasana yang lebih kondusif terutama Melayu Islam yang lebih selesa tinggal di kawasan kejiranan Melayu (Bumi Lot). Namun tidak semua Melayu Islam yang menitikberatkan kawasan kejiranan Melayu (Bumi Lot) sebagai tempat tinggal (subjektif dan bergantung kepada individu).

RUMAH BERKEMBAR 2 TINGKAT UNTUK DIJUALTANAH RIZAB MELAYU (Unit Terhad)Lokasi : Lot 13523, Olak Lempit, Banting, Mukim Ta...
21/02/2019

RUMAH BERKEMBAR 2 TINGKAT UNTUK DIJUAL

TANAH RIZAB MELAYU (Unit Terhad)

Lokasi : Lot 13523, Olak Lempit, Banting, Mukim Tanjung Dua Belas

Lokasi Strategik ;
Tepi jalan utama Banting - KLIA
Putrajaya - 30 minit (29km)
KLIA - 21 minit (21km)
Shah Alam melalui Lebuhraya KESAS - 35 minit (25km)
Klang - 39 minit (29km)
SKVE - 19 minit (17km)
PLUS (Banting – Changkat Jering) - 6 minit (4.8km)

Kos Surat Perjanjian Jual & Beli serta Yuran Guaman ditanggung sepenuhnya oleh Pemaju MESRA KINI DEVELOPMENT SDN. BHD.

Percuma Penapis Air E-Spring Water Treatment dari Amway Malaysia bernilai RM4,250 (Tawaran Promosi Sehingga 31 Mei 2019 sahaja)

Sebarang pertanyaan lanjut ;
Faridz : 018-3558977
Nana : 019-2884371
Ijat : 018-3526455

RUMAH BERKEMBAR 1 TINGKAT UNTUK DIJUALTANAH RIZAB MELAYU (Unit Terhad)Lokasi : Lot 13523, Olak Lempit, Banting, Mukim Ta...
21/02/2019

RUMAH BERKEMBAR 1 TINGKAT UNTUK DIJUAL

TANAH RIZAB MELAYU (Unit Terhad)

Lokasi : Lot 13523, Olak Lempit, Banting, Mukim Tanjung Dua Belas

Lokasi Strategik ;
Tepi jalan utama Banting - KLIA
Putrajaya - 30 minit (29km)
KLIA - 21 minit (21km)
Shah Alam melalui Lebuhraya KESAS - 35 minit (25km)
Klang - 39 minit (29km)
SKVE - 19 minit (17km)
PLUS (Banting – Changkat Jering) - 6 minit (4.8km)

Kos Surat Perjanjian Jual & Beli serta Yuran Guaman ditanggung sepenuhnya oleh Pemaju MESRA KINI DEVELOPMENT SDN. BHD.

Percuma Penapis Air E-Spring Water Treatment dari Amway Malaysia bernilai RM4,250 (Tawaran Promosi Sehingga 31 Mei 2019 sahaja)

Sebarang pertanyaan lanjut ;
Faridz : 018-3558977
Nana : 019-2884371
Ijat : 018-3526455

RUMAH BERKEMBAR UNTUK DIJUALTANAH RIZAB MELAYU (Unit Terhad)Lokasi : Lot 13523, Olak Lempit, Banting, Mukim Tanjung Dua ...
18/02/2019

RUMAH BERKEMBAR UNTUK DIJUAL

TANAH RIZAB MELAYU (Unit Terhad)

Lokasi : Lot 13523, Olak Lempit, Banting, Mukim Tanjung Dua Belas

Lokasi Strategik ;
Tepi jalan utama Banting - KLIA
Putrajaya - 30 minit (29km)
KLIA - 21 minit (21km)
Shah Alam melalui Lebuhraya KESAS - 35 minit (25km)
Klang - 39 minit (29km)
SKVE - 19 minit (17km)
PLUS (Banting – Changkat Jering) - 6 minit (4.8km)

Kos Surat Perjanjian Jual & Beli serta Yuran Guaman ditanggung sepenuhnya oleh Pemaju MESRA KINI DEVELOPMENT SDN. BHD.

Percuma Penapis Air E-Spring Water Treatment dari Amway Malaysia bernilai RM4,250 (Tawaran Promosi Sehingga 31 Mei 2019 sahaja)

Sebarang pertanyaan lanjut ;
Faridz : 018-3558977
Nana : 019-2884371
Ijat : 018-3526455

Address

T128 Jalan Teratai, Taman Seri, Telok Datok
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60331818715

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mesra Kini Development Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mesra Kini Development Sdn. Bhd.:

Shortcuts

Share