27/11/2023
Assalamualaikum kepada sahabat2 serta kenalan2 wak. heboh p**ak sehari dua nie bercerita pasal Aliff la teega la.. Tapi wak ambil port, sebab wak nie orangnya royal for all and loyal for one..nnt wak cakap lebih kena tidur luar kang.. dah la sekarang ni musim sejuk, sakit badan karang.. hehehe.. Kita sambung Bab yg wak belum habiskan lagi "8 Kos yg wajib pembeli tahu ketika membeli rumah Sub Sales"
5. Yuran Guaman Untuk Perjanjian Pinjaman Perumahan.
Bagi yuran guaman, peratusan bayaran yang dikenakan sama nilainya dengan urusan SPA. Bezanya, nilai yang diambil bergantung kepada jumlah pinjaman perumahan dan bukannya harga jualan rumah.
Jadi, Kita gunakan contoh sebelum ini, rumah berharga RM250,000, tapi pinjaman anda dapat hanya RM225,000.
Maka, yuran guaman untuk pinjaman perumahan pembiayaan adalah:
Pembiayaan Pinjaman Perumahan = RM225,000
RM500,000 pertama = (1.00/100%) X RM225,000 = RM2,250.00
6. Duti Setem Untuk Perjanjian Pinjaman Perumahan.
Mesti yg bertanya atau terdetik dalam hati. Kenapa nak bayar 2 kali Duti Setem nie.. ok, bayaran ini untuk Kos bayaran bagi Perjanjian pinjaman dengan bank. Memula Tu utk Perjanjian Jual Dan Beli.. faham ka, wak terangkan nie.
Peratusan bayaran kekal sama iaitu 0.50% yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman anda terima. Makin tinggi pinjaman, makin tinggilah duti setem tu.
Peratusan bayaran bergantung kepada jumlah pembiayaan perumahan iaitu 0.50%.
90% pinjaman dari RM250,000 bermaksud jumlah pinjaman anda dapat ialah RM225,000.
Maka duti setem 0.05% yang perlu dibayar adalah berjumlah RM1,125.00
Kita stop jap..nnt wak sambung terus..bagi wak minum dulu.. mengah nie..