09/04/2019
PENUBUHAN BANDAR PENGGARAM - PERANAN HAJI ABD RAHMAN MARIAM BAKO
Rumah Besar Mariam Bako punya kaitan sejarah didalam penubuhan Bandar Penggaram.
Kampung Bagan adalah kampung kedua tertua di Batu Pahat. Ia telah dibuka oleh anak Penghulu Minyak Beku, Penghulu Sidek.
Jika dikaji sejarah pembukaan Bandar Batu Pahat, Panglima Salleh Perang, telah dititah Sultan untuk membina Bandar Batu Pahat pada Tahun 1893. Ini bermakna Bagan telah mula dibuka pada awal kurun kerana pada Tahun 1860an, selain daripada penempatan yang dikenali sekarang sebagai Bagan lama beberapa kampung seperti Parit Besar dan Parit Haji Ibrahim telah wujud.
Penghulu adalah wakil Sultan. Penghulu yang terawal adalah Penghulu Sidek. Dato Bentara Luar, telah meminta bantuan Penghulu Orang Kaya dan hartawan Bagan untuk mengumpul sumber untuk pembinaan pusat pentadbiran Bandar baru yang akan dibina.
Salah seorang Hartawan tersebut adalah buyut kita Haji Abd Rahman dan Hajjah Mariam Bako. Pada Tahun 1893 Masjid Sekawan Desa binaan Haji Abd Rahman dan Mariam Bako dan Rumah Besar telah siap dibina.
Didalam pembinaan Bandar Baru, dua pusat pentadbiran penting dibina; Pejabat Tanah dan Balai Polis.
Sebagai ganjaran bantuan yang diberikan, Dato Bentara Luar, telah melantik dua orang anak Haji Abd Rahman kejawatan penting dipentadbiran Baru Bandar Penggaram. Haji Dahalan telak dilantik sebagai Merinyu Polis dan Haji Ahmad sebagai pekerja Pejabat Tanah.
Bukan itu sahaja, Haji Ahmad telah dikahwinkan dengan cucu Dato Bentara Luar Ara. Maka bermula lah pertalian keluarga diantara Haji Abd Rahman / Mariam Bako dengan Keluarga Dato Bentara Luar.
Suku sakat inilah yang menghasilkan keturunan Haji Wahid Haji Ahmad/ Badariah Haji Siraj dengan anak-anak Long Kintan, Pak Noh, Taslim, Yunus, Tahir Zubaidah dan Arfah.