Perancangan Harta Pusaka by RTB

Call Directions Contact the business

Perancangan Harta Pusaka by RTB Wasiat, Hibah, Amanah, Perancangan & Pentabiran Harta Pusaka.

𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚, 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧?Ramai antara kita sibuk bina rumah, kumpul aset...
25/09/2026

𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚, 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧?

Ramai antara kita sibuk bina rumah, kumpul aset, besarkan keluarga dan cari rezeki.
Tapi satu perkara yang sering kita tangguhkan ialah merancang apa yang akan berlaku kepada semua itu nanti.

❌ Wasiat belum dibuat
❌ Pusaka belum dirancang
❌ Hibah belum ditentukan
❌ Amanah keluarga belum disusun

Bukan sebab tak sayang keluarga.
Cuma selalu rasa “nanti dulu”.

Hakikatnya, kita tak tahu bila “nanti” itu akan tiba.

Rancang hari ini, untuk ketenangan esok. 🤍

Wasiat • Pusaka • Hibah • Amanah
Legasi keluarga bermula dengan satu langkah kecil hari ini.

“𝗔𝗿𝘄𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘄𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻?”Ini antara persoalan yang sering timbul sele...
17/09/2026

“𝗔𝗿𝘄𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘄𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻?”

Ini antara persoalan yang sering timbul selepas berlaku kematian.

Ramai menyangka apabila seseorang sudah menyediakan wasiat, semua aset akan terus diserahkan kepada waris secara automatik.

Hakikatnya, wasiat dan pentadbiran pusaka ialah dua perkara yang berbeza.

📄 Wasiat merekodkan hasrat pewasiat, pelantikan wasi dan arahan berkaitan hartanya.

⚖️ Pentadbiran pusaka p**a ialah proses sebenar untuk:

✅ mengenal pasti aset dan liabiliti si mati;
✅ mengesahkan waris yang berhak;
✅ mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau perintah berkaitan;
✅ menyelesaikan hutang, cukai dan tanggungan;
✅ melaksanakan wasiat yang sah; dan
✅ mengagihkan baki pusaka kepada waris atau penerima yang berhak.

Sebab itulah, walaupun arwah meninggalkan wasiat, urusan pusaka masih perlu dilaksanakan oleh Wasi yang dilantik oleh pewasiat sewaktu hidup.

Perancangan yang baik bukan sekadar meninggalkan dokumen tetapi memastikan ada pihak yang boleh menguruskan semuanya apabila kita sudah tiada.

Untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai penyediaan wasiat dan pentadbiran pusaka, hubungi konsultan dan agensi Rakyat Trustee Berhad seluruh negara.

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾𝟏𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔Hari Malaysia bukan sekadar meraikan sebuah negara, tetapi me...
15/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾
𝟏𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

Hari Malaysia bukan sekadar meraikan sebuah negara, tetapi meraikan perpaduan, kebersamaan dan legasi yang kita bina bersama.

Sebagai Rakyat Trustee Berhad, kami percaya setiap legasi yang dibina hari ini perlu dilindungi dan dirancang untuk masa hadapan. Sama seperti sebuah negara yang terus berkembang, amanah juga perlu dipelihara agar manfaatnya dapat diteruskan kepada generasi seterusnya.

Daripada pewarisan hingga peramanahan, kami komited menjadi sebahagian daripada perjalanan anda dalam melindungi apa yang bernilai untuk hari ini dan generasi akan datang.

"Kami Pelindung Legasi Anda, Digital Amanah Yang Dipercayai."

Selamat Hari Malaysia 2026 daripada Rakyat Trustee Berhad

𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧-𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧, 𝗥𝗧𝗕 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗨𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 Bukan sekadar sebuah penajaan.Ia adalah satu komitmen...
10/09/2026

𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧-𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧, 𝗥𝗧𝗕 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗨𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

Bukan sekadar sebuah penajaan.
Ia adalah satu komitmen kepada ilmu, nilai dan masa depan masyarakat.

Rakyat Trustee Berhad (RTB) amat berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang menjadi penaja Forum Intelektual Diraja UTM 2026, sekali gus meneruskan sokongan RTB terhadap forum berprestij ini untuk dua tahun berturut-turut.

Forum tahun ini mengangkat tema
“Adab dan Akal Dalam Dunia Digital: Membina Masyarakat Berhemah”
Tema ini amat dekat dengan aspirasi RTB.

Dalam dunia yang semakin pantas berubah dengan kecerdasan buatan (AI), media sosial dan teknologi digital, kemajuan bukan hanya memerlukan teknologi yang lebih canggih tetapi juga adab, amanah, integriti dan kebijaksanaan dalam menggunakannya.

Sebagai sebuah syarikat amanah yang turut memperkasa transformasi digital dalam perancangan dan perlindungan legasi, RTB percaya bahawa teknologi perlu sentiasa bergerak seiring dengan nilai, kepercayaan dan tanggungjawab.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor serta semua pihak yang menjayakan forum yang penuh bermakna ini.

Kredit Gambar : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Waqaf An-Nur dan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

“Kami Pelindung Legasi Anda, Digital Amanah Yang Dipercayai.”








𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗛𝗘𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗶𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗥𝗧𝗕?Ramai orang ada harta.Tapi tak ramai sediakan modal untuk urus pusaka.Hakikatnya…Bila b...
07/09/2026

𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗛𝗘𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗶𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗥𝗧𝗕?

Ramai orang ada harta.
Tapi tak ramai sediakan modal untuk urus pusaka.
Hakikatnya…
Bila berlaku kematian, waris bukan terus dapat harta.

Mereka akan hadapi:
❌ Fi pentadbiran pusaka
❌ Kos peguam & dokumentasi
❌ Proses surat kuasa/ probet
❌ Hutang si mati perlu dilangsaikan dulu
❌ Proses boleh ambil masa berbulan atau bertahun

Dan paling menyedihkan…
Ramai waris terpaksa keluarkan duit sendiri hanya untuk “buka fail pusaka”.

𝗜𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗶𝗣𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗥𝗧𝗕

1️⃣ SEDIAKAN MODAL URUS PUSAKA
Dana khas disediakan untuk bayar fi pentadbiran dan kos berkaitan. Urus Pusaka PERCUMA.
Waris tak perlu korek poket sendiri.

2️⃣ LINDUNGI WARIS DARIPADA KONFLIK
Arahan jelas, dokumentasi teratur, proses profesional.
Kurangkan risiko pergaduhan adik-beradik.

3️⃣ DIURUS SYARIKAT AMANAH BERLESEN
Dikendalikan oleh Rakyat Trustee Berhad (RTB)
berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.
Bukan bese² dan individu biasa.

4️⃣ PEMBAYARAN FLEKSIBEL
Mampu milik serendah RM 20.
Tak perlu tunggu kaya untuk merancang pusaka.

5️⃣ PROSES DIGITAL & MUDAH
Pendaftaran mudah.
Dokumentasi jelas.
Sesuai untuk generasi moden.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗Merdeka itu membuat pilihan.Kita mungkin telah merdeka sebagai sebuah negara, t...
30/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗

Merdeka itu membuat pilihan.

Kita mungkin telah merdeka sebagai sebuah negara, tetapi pernahkah kita memberi kebebasan dan ketenangan kepada keluarga untuk menghadapi masa depan?

Perancangan harta bukan sekadar tentang apa yang kita miliki hari ini, tetapi tentang siapa yang akan kita lindungi pada hari esok.

✨ Merdekakan waris daripada kekeliruan.
✨ Merdekakan diri daripada kebimbangan.
✨ Merdeka menentukan siapa yang ingin kita lindungi.
✨ Merdeka menjaga hak dan masa depan keluarga.

Mulakan langkah perancangan anda hari ini kerana cinta kepada keluarga juga merupakan satu bentuk perjuangan.

Merdeka Hari Ini, Terjamin Untuk Generasi Esok.

🛡️ Lindungi Hari Ini, Demi Ketenangan Esok.Tahukah anda bahawa manfaat Takaful boleh diuruskan dengan lebih teratur mela...
28/08/2026

🛡️ Lindungi Hari Ini, Demi Ketenangan Esok.

Tahukah anda bahawa manfaat Takaful boleh diuruskan dengan lebih teratur melalui Amanah Takaful?

Dengan melantik Rakyat Trustee Berhad (RTB) sebagai Pemegang Serah Hak (Assignee), manfaat Takaful akan diuruskan mengikut amanah yang telah dipersetujui, sekali gus membantu memastikan kebajikan waris dan keluarga terus terpelihara.

✨ Kelebihan Amanah Takaful:
✅ Melindungi hak dan kepentingan keluarga tersayang
✅ Proses serah hak yang mudah dan tersusun
✅ Diurus secara profesional serta mematuhi prinsip Syariah
✅ Memberikan ketenangan kepada pemilik sijil dan waris

💙 Merancang hari ini adalah tanda kasih kepada keluarga pada masa hadapan.

Hubungi Rakyat Trustee Berhad untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amanah Takaful.

📌 Jangan Biarkan Hari Ini Menjadi Beban EsokRamai beranggapan perancangan pusaka hanya perlu difikirkan apabila usia sem...
26/08/2026

📌 Jangan Biarkan Hari Ini Menjadi Beban Esok

Ramai beranggapan perancangan pusaka hanya perlu difikirkan apabila usia semakin lanjut. Hakikatnya, kelewatan membuat perancangan boleh mengundang pelbagai kesan kepada waris yang ditinggalkan.

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚:

✔️ Hutang si mati tidak dapat diselesaikan dengan segera.
✔️ Kematian berlapis menyebabkan proses tuntutan menjadi lebih rumit.
✔️ Dokumen penting berisiko hilang atau musnah.
✔️ Harta boleh disalah guna atau dituntut oleh pihak yang tidak berhak.
✔️ Perselisihan faham dalam kalangan waris.
✔️ Waris berdepan kesukaran dari sudut ekonomi.

💙 Perancangan pusaka bukan sekadar mengurus harta, tetapi melindungi masa depan insan yang kita sayangi.

Rancang hari ini, demi ketenangan keluarga pada masa hadapan.

⏳ 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗢𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔?Ramai menyangka urusan pusaka boleh selesai dalam beberapa minggu. Hakikat...
23/08/2026

⏳ 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗢𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔?

Ramai menyangka urusan pusaka boleh selesai dalam beberapa minggu. Hakikatnya, tempoh penyelesaian bergantung pada jenis harta, nilai pusaka, dokumen dan kerjasama semua waris*.

Ada juga kes yang mengambil masa bertahun-tahun, malah berlarutan kepada generasi seterusnya.

⚠️ 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗹𝗮𝗺𝗮?

1️⃣ Waris lambat atau tidak membuat permohonan.
2️⃣ Dokumen penting tidak lengkap atau hilang.
3️⃣ Senarai aset, hutang dan waris tidak dikenal pasti sepenuhnya.
4️⃣ Waris tidak hadir atau sukar memberikan kerjasama.
5️⃣ Berlaku pertikaian tentang pembahagian harta.
6️⃣ Ada waris yang meninggal dunia sebelum pusaka pertama diselesaikan.
7️⃣ Hartanah mempunyai sekatan, kaveat, gadaian atau masalah hak milik.
8️⃣ Pentadbir pusaka belum dilantik atau tidak menjalankan tanggungjawab.
9️⃣ Permohonan dibuat melalui saluran yang tidak sesuai.
🔟 Beban dan tunggakan kes di agensi yang mengendalikan permohonan.

Bayangkan sebuah rumah mempunyai ramai waris. Apabila seorang demi seorang waris meninggal dunia, bahagian mereka p**a diwarisi oleh waris baharu. Akhirnya, proses menjadi semakin rumit, kos bertambah dan hubungan keluarga boleh terjejas.

📲 Hubungi Rakyat Trustee Berhad untuk mendapatkan penerangan dan Konsultasi PERCUMA untuk URUS PUSAKA & RANCANG HARTA PUSAKA anda

Amanah Faraid PerancanganHarta PusakaBek​​u LindungiWaris LegasiKeluarga

𝗡𝗔𝗞 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔? 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚!Ramai waris sebenarnya mahu urus pusaka dengan cepat.Tetapi bila pr...
22/08/2026

𝗡𝗔𝗞 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗞𝗔? 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚!

Ramai waris sebenarnya mahu urus pusaka dengan cepat.
Tetapi bila proses hendak dimulakan, baru sedar…

❌ Sijil kematian tak jumpa
❌ Geran rumah entah di mana
❌ Maklumat akaun bank tak lengkap
❌ Dokumen waris belum dikumpulkan
❌ Hutang si mati tidak dikenal pasti
❌ Wasiat, hibah atau dokumen amanah tidak diketahui kewujudannya

Akhirnya, urusan yang sepatutnya boleh dimulakan lebih awal menjadi semakin rumit.

✅ 7 DOKUMEN PENTING UNTUK MULA URUS PUSAKA

1️⃣ Sijil Kematian
Bukti rasmi kematian si mati.

2️⃣ Kad Pengenalan Waris
Untuk mengenal pasti dan mengesahkan waris yang berkaitan.

3️⃣ Sijil Nikah / Sijil Kelahiran
Membantu mengesahkan hubungan kekeluargaan.

4️⃣ Dokumen Harta
🏠 Geran rumah
🌳 Geran tanah
🚗 Dokumen kenderaan
📑 Dokumen pemilikan aset lain

5️⃣ Penyata Aset Kewangan
🏦 Akaun bank
📈 Pelaburan
💰 KWSP
🛡️ Takaful dan aset kewangan lain

6️⃣ Dokumen Hutang & Liabiliti
Pinjaman, pembiayaan, tuntutan atau tanggungan yang masih belum diselesaikan.

7️⃣ Wasiat / Hibah / Amanah
Jika si mati pernah membuat perancangan harta, dokumen tersebut sangat penting untuk dikenal pasti.

⚠️ Dokumen sebenar yang diperlukan boleh berbeza mengikut jenis aset dan saluran pentadbiran pusaka.

Kenapa perlu kumpul dokumen SEAWAL MUNGKIN?
Kerana semakin lama pusaka dibiarkan…

❌ Dokumen semakin sukar dikesan
❌ Aset mungkin terbiar
❌ Waris boleh bertambah
❌ Pusaka boleh menjadi berlapis
❌ Risiko salah faham dan pertelingkahan meningkat
❌ Proses pentadbiran menjadi lebih panjang dan rumit

📌 Pesanan penting:
Jangan tunggu dokumen hilang atau pusaka menjadi berlapis.

📲 SAVE posting ini.
Anda mungkin tidak memerlukannya hari ini, tetapi satu hari nanti maklumat ini mungkin sangat membantu keluarga anda.

🔁 SHARE kepada adik-beradik, saudara-mara dan group keluarga.

Jangan biarkan urusan pusaka tertangguh hanya kerana dokumen tidak disediakan

Address

Jalan Lim Yew Leong
Batu Pahat
83000

Telephone

+60167306733

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perancangan Harta Pusaka by RTB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perancangan Harta Pusaka by RTB:

Shortcuts

Share