17/12/2024
🚧 GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK TERANCANG 🚧
Untuk makluman para pelanggan, untuk makluman LRA Yong Peng 2 danYong Peng 3 berhenti operasi kerana telah berlaku kerosakan kabel di bangunan kimia di LRA tersebut sekaligus menyebabkan gangguan bekalan air tidak terancang di beberapa kawasan sekitar daerah Batu Pahat.
Ranhill SAJ sedang bekerjasama dengan dengan pihak kontraktor untuk melakukan kerja baikpulih dengan kadar segera bagi memastikan LRA Yong Peng 2 dan LRA Yong Peng 3 kembali beroperasi. Berikutan itu, pelanggan di kawasan terjejas yang masih mempunyai bekalan air disarankan untuk membuat simpanan dan menggunakan air secara berhemah.
Pengguna di kawasan terjejas disarankan untuk terus menghubungi saluran rasmi berkaitan gangguan bekalan air menerusi saluran rasmi aduan Ranhill SAJ di talian mesra 1800887474, email: [email protected] atau sms: ATRanhillSAJAduan dan hantar ke 63001
‘Segala kesulitan amat dikesali dan kesabaran anda amat dihargai’