20/01/2026
“Umur baru 25, tapi muka nampak macam 35.”
Badan anda mungkin tak gemuk. Tapi muka mula sembap, kusam, dan garis halus makin jelas. Selalunya kita sangka itu sebab kurang tidur atau stres kerja. Kadang-kadang puncanya lebih dekat, dalam gelas yang kita pegang setiap hari, teh tarik, boba, kopi viral yang manis pekat.
Ini yang orang panggil “wajah gula”.
Bila gula dalam darah kerap tinggi, ia akan mudah melekat pada protein melalui proses glikasi. Antara protein yang paling “kaya” di kulit muka ialah kolagen dan elastin. Bila glikasi berlaku berulang kali, ia menghasilkan Produk Akhir Glikasi Lanjutan (AGEs) yang membuatkan kolagen jadi lebih keras, rapuh, dan hilang keanjalan. Bayangkan roti putih yang lembut. Bila disapu gula dan dibakar, permukaan jadi lebih keras, cepat merekah, dan nampak “tua”.
Antara tanda yang biasa orang perasan bila gula jadi rutin harian
Kulit mula kendur, p**i nampak jatuh
Wajah kusam, tona nampak kelabu dan hilang seri
Jerawat jadi lebih degil kerana radang dalam badan lebih mudah tercetus
Bawah mata nampak gelap dan muka nampak penat walaupun tidur cukup
Yang ramai tak sedar, bila struktur kolagen dah “keras” kerana AGEs, krim mahal pun susah nak bagi kesan kalau tabiat manis masih berjalan. Bukan sebab krim itu tak bagus, tapi sebab punca masih masuk setiap hari.
Kalau nak nampak lebih segar dan muda, tak perlu mula dengan benda ekstrem. Mula dengan satu langkah yang paling banyak bagi kesan
Kurangkan minuman manis kepada versi kurang manis atau tanpa gula
Hadkan “manis sebagai rutin”, jadikan ia sekali-sekala
Tambah air kosong, protein, sayur, dan buah yang rendah gula
Tidur cukup dan lindungi kulit daripada matahari, sebab gabungan gula tinggi dan matahari mempercepat penuaan kulit
Jangan bagi minuman manis yang sedap sekejap, ambil “harga” pada muka anda setiap hari. Kalau anda sayang diri, mula jaga dari dalam dulu. Kulit cuma ikut apa yang kita ulang.
Sumber : Public Health Malaysia