01/12/2020
Orang bergaji RM3,000 layak beli rumah pertama harga RM240,000. Katakan dalam CCRIS kau ada rekod kad kredit saja.
RM3,000 x 40% = RM1,200
RM1,200 x 200 = RM240,000
Kalau kau dah ada kereta dengan bayaran bulanan RM500, kau masih layak beli rumah pertama dengan harga RM140,000.
RM3,000 x 40% = RM1,200
RM1,200 - RM500 = RM700
RM700 x 200 = RM140,000
Tapi kalau kau ada tambahan hutang kahwin dengan bayaran bulanan RM300, kau hanya layak beli rumah pertama RM80,000.
RM3,000 x 40% = RM1,200
RM1,200 - RM500 - RM300 = RM400
RM400 x 200 = RM80,000
Kau mesti tak bernafsu nak beli rumah harga RM80,000. Kalau kat Kuala Lumpur, flat low cost pun dah dekat RM200,000.
Tak ada langsung ciri-ciri rumah idaman kau kan. Paling kurang, nak teres bertanah dua tingkat. Maka, kau terus redha dan tawakal.
Cadangan saya:
1. Beli rumah guna payslip pasangan yang masih kurang komitmen. Harapnya, pasangan kau lebih bijak daripada kau. Haha!
2. Kalau pasangan gaji kecil, bolehlah beli rumah pertama gabung gaji laki bini. Lebih baik daripada takda rumah langsung.
3. Cari pendapatan tambahan untuk mulakan simpanan. Dapat untung, terus masuk tabung untuk modal beli rumah.
4. Biasa orang komitmen tinggi, mesti ada masalah untuk buat simpanan setiap bulan. Jadi, jangan tambah hutang jahat lagi.
5. Sementara tengah simpan duit tu, banyakkan cari ilmu urus kewangan dan pelaburan hartanah. Jangan buang masa.
6. Bila dah tiba masa yang sesuai iaitu, dah cukup ilmu dan modal, bolehlah kau mula buru rumah pertama kau tu. Faham?
Kalau kau tak take action daripada sekarang, besar kemungkinan kau akan masuk dalam statistik isi rumah bergaji RM7,000 tapi masih belum beli rumah. Mesti kau tak nak, kan.
Haha! - HF
Nota: Contoh kiraan berdasarkan maksimum DSR yang bank benarkan adalah 40% untuk orang bergaji RM3,000.