30/07/2026
Di Inap by KF, kami komited untuk menyediakan suasana penginapan yang tenang, selesa dan mesra kejiranan.
Sehubungan itu, penganjuran majlis, parti serta aktiviti memasak komersial atau katering adalah TIDAK DIBENARKAN di premis kami.
Kami amat menghargai kejujuran setiap tetamu ketika membuat tempahan. Polisi ini diwujudkan bagi memastikan keselesaan semua pihak serta mengelakkan sebarang gangguan kepada jiran-jiran di kawasan perumahan. Terima kasih atas kerjasama dan pemahaman anda.
Polisi ini diperkenalkan berikutan pengalaman sebelum ini yang telah menyebabkan kerugian dan kesulitan kepada pihak Inap by KF. Oleh itu, kami berharap semua tetamu dapat memberikan kerjasama dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.