Perunding Hartanah Idaman/Mampu Milik

Perunding Hartanah Idaman/Mampu Milik REN

๐Ÿก NAK BELI RUMAH? JANGAN TERUS SIGN! BACA DULU NI! ๐Ÿ‘‡Ramai yang terlalu teruja apabila berjaya menemui rumah idaman sehin...
03/07/2026

๐Ÿก NAK BELI RUMAH? JANGAN TERUS SIGN! BACA DULU NI! ๐Ÿ‘‡

Ramai yang terlalu teruja apabila berjaya menemui rumah idaman sehingga terlupa membuat semakan yang paling penting. Akibatnya, ada yang baru sedar ansuran bulanan terlalu tinggi, pinjaman tidak diluluskan, atau kos sebenar memiliki rumah jauh lebih besar daripada yang dijangkakan.

Sebelum anda membeli rumah, pastikan anda semak 5 perkara penting ini:

๐Ÿ’ฐ 1. Kira kemampuan kewangan sebenar
Jangan hanya bergantung kepada jumlah pinjaman yang bank luluskan. Pastikan ansuran bulanan benar-benar sesuai dengan komitmen dan gaya hidup anda supaya kewangan kekal stabil.

๐Ÿ“Š 2. Semak rekod CCRIS & CTOS
Rekod kredit yang baik akan meningkatkan peluang pinjaman diluluskan dengan lebih mudah. Jika terdapat tunggakan atau rekod yang kurang baik, selesaikan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

๐Ÿฆ 3. Sediakan wang pendahuluan & kos awal
Selain wang deposit, anda juga perlu menyediakan bajet untuk kos guaman, duti setem, yuran penilaian, fi perjanjian dan pelbagai kos berkaitan.

Bagi pembelian rumah subsale, penyediaan dana tambahan adalah sangat penting kerana kos permulaannya biasanya lebih tinggi berbanding rumah baharu.

๐Ÿ“ 4. Pilih lokasi yang strategik
Pilih kawasan yang berhampiran sekolah, hospital, tempat kerja dan kemudahan awam serta mempunyai potensi kenaikan nilai pada masa hadapan.

Elakkan membeli rumah di kawasan yang sering mengalami banjir, mempunyai masalah akses atau persekitaran yang boleh menjejaskan nilai hartanah pada masa akan datang.

๐Ÿ“ 5. Fahami kos pemilikan rumah
Ramai pembeli rumah pertama hanya mengira ansuran bulanan, tetapi terlupa bahawa terdapat kos pemilikan yang perlu dibayar sepanjang tempoh memiliki rumah.

Antara kos yang perlu diambil kira ialah:
โœ”๏ธ Bil Indah Water
โœ”๏ธ Cukai Tanah
โœ”๏ธ Cukai Taksiran (Majlis Perbandaran)
โœ”๏ธ Yuran penyelenggaraan (jika berkenaan)
โœ”๏ธ Takaful Kebakaran (bangunan dan/atau isi rumah)
โœ”๏ธ Takaful Hayat / MRTT atau MLTT bagi melindungi waris daripada beban hutang sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada pemilik rumah.

๐Ÿ‘‰ Merancang lebih awal akan mengelakkan anda daripada menghadapi masalah kewangan pada masa hadapan.

โœจ Ingat! Rumah pertama tidak semestinya rumah yang paling mahal. Yang penting, ia sesuai dengan kemampuan kewangan, keperluan keluarga dan memberi ketenangan untuk jangka masa panjang.

๐Ÿ“Œ Simpan posting ini sebagai rujukan.
โค๏ธ Kongsikan kepada ahli keluarga atau rakan yang sedang merancang membeli rumah pertama.

๐Ÿ“ž Ingin mengetahui kelayakan pinjaman perumahan anda atau mendapatkan konsultasi secara percuma?

Hubungi saya hari ini. Saya sedia membantu anda menyemak kelayakan pinjaman, memberi panduan pembelian rumah serta membantu anda membuat perancangan kewangan sebelum memiliki rumah idaman.

15/08/2024

9 Mitos hartanah yang orang selalu percaya.

1. Beli rumah baru tak perlukan duit. Sebenarnya, bila beli rumah baru kita masih perlukan duit. Paling tidak pon nak tambah lampu kipas, grill, masukkan meter tnb dan lain lain. Dan jangan lupa, bayaran bulanan kita di bank guna duit juga, bukan pakai impian semata mata.

2. Beli direct owner lebih murah. Tak semestinya. Saya ada jumpa pelbagai senario. Beli direct owner, owner jual over market value dan pembeli setuju. Bila dah beli, baru tahu kenapa loan tak boleh 100%. Rupanya sebab dia kena tambah wang beza.

3. Beli rumah lelong paling untung. Tapi kalau bid kemain tinggi sampai dah hampir market value, mana maunya nak untung. Kos renovation, kos guaman dan sebagainya lagi. Last last harga macam subsale juga. Sebab tu buat sesuatu kena ada ilmu.

4. Beli rumah dan ambil cashback sangat untung. Percayalah, rumah yang ada cashback adalah rumah yang susah nak jual semula sebab market value belum naik. Harga masa kita beli adalah harga future. Melainkan memang plan nak duduk lama di situ, okay untuk beli rumah yang ada cashback.

Atau beli projek yang ada cashback, tapi kita tak ambil cashback tu.

5. Joint loan adalah rugi dengan alasan tak boleh dapat 2 kali pengecualian duty stamp. Tapi kalau dah kelayakan dia memang perlu joint loan, nak beli rumah pertama pon tak berapa mampu. Usah fikir rumah kedua dan ketiga. Cukup beli rumah pertama untuk duduk sahaja. Itu pon dah cukup syukurr dah.

6. Beli tanah lot lidi lebih murah, boleh bina rumah juga. Ya betul, lebih murah dari tanah tanah lain. Tapi sebab nama kita tak ada dalam geran. Harapkan dokumen perjanjian sahaja. Itu bukan dokumen kuat sebagai pemilik sesuatu tanah. Kad pengenalan sesuatu tanah adalah Geran tanah tersebut. Nama siapa, berapa keluasan, mukim mana dan sebagainya.

7. Rugi beli rumah status leasehold sebab nanti kerajaan ambil balik. Tahukah kalian, tanah freehold juga kerajaan ada hak untuk ambil jika perlu besarkan jalan, perlu buat laluan kereta api dan sebagai. Kedua dua jenis pegangan kalau kerajaan nak ambil kena bayar pampasan. Mana boleh ambil free ses**a hati je.

Leasehold juga boleh disambung tempoh di pejabat tanah. Bukannya after 99 tahun kerajaan ambil balik. Saya dah jumpa ramai owner sambung tempoh leasehold mereka.

8. Harga rumah sentiasa naik. Ini satu fahaman yang kurang tepat bagi saya. Sebab saya dah jumpa beberapa taman/ area di perak ni yang harga hartanah mereka jatuh. Antara faktor terjdi adalah, pembangunan yang dirancang tidak dijalankan, banyak rumah lelong di sekitarnya, apartment yang kurang penduduk, kawasan yang banyak jenayah atau kawasan berhantu.

Contoh kawasan yang harga hartanah jatuh : area Bukit Merah Laketown Resort.

9. Beli rumah sentiasa untung. Tak semestinya. Dah kalau beli rumah dan biarkan rumah kosong untuk survive dengan sendiri, macam mana nak dapat untung. Bulanan rumah tetap bayar, kita p**a bayar rumah sewa di tempat lain. Selepas 5 tahun, rumah dah makin rosak. Nak kena fikir untuk repair lagi.

Sebab tu beli rumah kena ada plan. Nak buat apa, bila nak masuk kalau nak duduk, apa exit plan. Jangan beli dan tinggal. Kemudian jadilah tempat segala makhluk duduk. ๐Ÿ˜…

Rasanya cukup 9 dulu. Ada banyak lagi fahaman fahaman yang salah dalam jual beli rumah.

Ada soalan nak tanya?
Nanti saya jawab.

Follow saya untuk banyak lagi info info hartanah.

Rubi Hasman
-membantu urusan jual beli rumah

 .PANDUAN ASAS BELI RUMAH PERTAMA?Panduan ini asas sahaja, moga membantu yang nak beli rumah pertama bertambah kacak jel...
16/09/2021

.

PANDUAN ASAS BELI RUMAH PERTAMA?

Panduan ini asas sahaja, moga membantu yang nak beli rumah pertama bertambah kacak jelita.

1. Modal membeli rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang nak dibeli

(10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian)

2. Asasnya 90% pinjaman untuk rumah pertama, tetapi ada bank yang tawarkan hingga 95%, 100% dan 105% bergantung pakej yang mereka tawarkan.

3. Deposi 10% boleh datangnya dari KWSP anda, boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu.

4. Pastikan rekod CCRIS & CTOS bersih tiada pembayaran lewat atau tunggakan. Semak kelayakan perumahan untuk mengetahui jumlah pinjaman yang akan diperolehi untuk membiayai pinjaman perumahan anda.

5. Buat sedikit kajian, pastikan hartanah yang kita beli ada potensi seperti dekat kemudahan awam dan fasaliti yang baik.

6. Buat lawatan dua waktu, sekali siang sekali malam. Jika padat dengan orang, ada potensi untuk disewakan jika kita nak sedikit keuntungan. Zaman ini orang tak s**a kawasan padat dengan manusia.

(Jangan padat dengan Nepal atau Bangla, nanti s**ar kita nak tinggalkan)

7. Cari rumah yang sesuai dengan margin gaji kita, jangan beli yang terlampau mahal.

(Gaji Tahunan x 6.5 = Harga Rumah Kita)

8. Jangan mudah jatuh cinta dengan satu hartanah, lihat 100 hartanah, lawat 10 dan belinya 1.

Berusahalah Anak Muda, kita bukan kerabat diraja. Kita rakyat jelata yang kena usaha untuk dapat rumah pertama.

jika boleh bantu kawan kita ada rumah pertama mereka

Hari Malaysia

~AAA

BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH. Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa...
07/08/2021

BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH.

Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?

1. Tiada permit.

Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.

Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh s**a-s**a pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah.

Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.

2. Tambah floor area tanpa kelulusan PBT

Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.

Nak renovate tambah floor area ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.

Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.

3. Tak bincang dengan jiran

Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah p**a tak ada kelulusan. Dah satu hal p**a.
Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi p**a kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.

Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran.Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.

4. Renovate sampai line pagar depan.

Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.

Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.

5. Renovate LUAR dari pagar depan!

Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.

Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.

Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.

6. Submit pelan lulus lain, buat di site lain!

Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.

To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.

Walaupun saya perunding hartanah dan saya s**a jika anda beli rumah dengan saya, tetapi kadang-kala saya mahu cakap kepa...
05/08/2021

Walaupun saya perunding hartanah dan saya s**a jika anda beli rumah dengan saya, tetapi kadang-kala saya mahu cakap kepada anda janganlah kelam-kabut beli rumah.
Pertamanya, makan kena cukup dulu dan sentiasa ada duit lebih nak beli rumah dan bayar pinjaman bank secara bulanan.
Kalau duit cukup-cukup sahaja baiklah sewa dahulu. Jangan peduli momokan orang yang kata rumah akan semakin mahal. Kalau anda susun betul-betul hidup anda, masa mahal pun anda mampu beli dengan selamba.
Ada rumah kalau kita buat hutang bank kena bayar RM3,500 sebulan tapi kalau kita nak tinggal situ sewanya baru RM1,200 sebulan.
Rumah yang sama, kalau nak beli mungkin kena ada dalam RM80,000 (deposit, peguam, duti setem) walhal kalau sewa baru kena ada RM4,200.
Nak lagi best kalau yang baru kawin, tak nak banyak belanja beli perabotlah, renovationlah, sewa sahaja rumah fully furnished, mungkin sewa baru RM1,800 - RM2,000 sebulan (mahal beberapa ratus daripada sewa rumah kosong). Yang penting jimat duit beli barang. Masuk bawa baju sahaja.
Jangan risau pasal harga rumah naik tak turun-turun ini. Kerana ada orang degil tak dengar nasihat saya ini, satu masa rumah mereka akan dilelong, masa tu anda yang ikut cakap saya boleh beli murah. Dan ada juga yang akan terpaksa jual rugi (desperate), anda sedia sahaja duitnya nanti untuk beli.
Pendek kata, jaga kewangan dahulu. Beli rumah bila dah OK. Jangan salah kira.

Perunding Hartanah Idaman/Mampu Milik boleh membantu anda membuat pilihan rumah yang tepat

www.wasap.my/60199772280

 "Ishhhh beli rumah nie tak rugi,  mesti naik punya harga. Jangan risau". Mentera ini kita selalu dengar oleh Mak Long k...
09/07/2021



"Ishhhh beli rumah nie tak rugi, mesti naik punya harga. Jangan risau".

Mentera ini kita selalu dengar oleh Mak Long kita atau penjual rumah sebenarnya.

Hari ini mentera ini tidak laku lagi sebenarnya.

Sejak tahun 2014-2021 kebanyakkan pemaju mula menjual hartanah pada 'harga' masa hadapan.

Mereka jangkakan harga kediaman ini hanya RM200,000 dan selepas 24-36 bulan siap akan jadi RM300,000.

Maka mereka menjual pada harga itu. "Kita letak harga RM300,000 ya"

Bila kita yang tidak faham soal hartanah ini beli pada harga RM300,000 dengan jangkaan akan naik jadi RM370,000 bila dah siap.

Rupanya, harganya kekal pada RM300,000 sahaja. Maka berduka laralah kita.

Lebih malang, jangkaan pemaju tidak sampai kesitu. Harga sepatutnya naik rupanya lebihan penawaran menjadikan ianya menurun.

Rumah dah siap tak terjual ada 29,000 sahaja dalam pasaran kini.

Rumah sedang bina dan tak siap lagi ada 72,000 dalam pembinaan.

Kawan kawan,

Dulu orang marah harga rumah mahal macam Yahudi. Hari ini bila harga hartanah dari RM280,000 dah turun ke RM135,000-153,000 kenapa kita nak marah marah.

Harga ini berdasarkan penawaran dan permintaan. Banyak penawaran, sedikit permintaan maka harga kediaman akan turun.

Ia baik buat pembeli tetapi tidak baik buat pelabur dan pemaju.

Jika ingin beli kediaman dan tak ingin perkara ini berlaku.

1. Beli dari pasaran subsale yang mana kita boleh semak harga pasaran semasa terkini dilokasi itu.

2. Beli bawah harga pasaran sekitar 20%-35% dari harga semasa. Banyak hartanah sebegini hari ini kawan, rajin cari sahaja.

3. Hartanah lelong, belajar dan cari ilmu ini. Tapi pasaran subsale dah macam lelong kini. Carilah ilmu hartanah sebelum beli.

Jangan berdengki dengan rezeki orang lain, ada yang dapat murah. Pasti ada yang dapat mahal.

Hidayah
Real Estate Negotiator
www.wasap.my/60199772280


BUY | SELL | SUBSALE | UNDERCON

10 adab yang boleh diamalkan untuk memastikan pekerjaan kita membuahkan hasil yang halal dan berkat.1. Membaca doa sebel...
08/07/2021

10 adab yang boleh diamalkan untuk memastikan pekerjaan kita membuahkan hasil yang halal dan berkat.
1. Membaca doa sebelum keluar rumah.
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽูˆูŽูƒู‘ูŽู„ู’ุชู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ุงูŽ ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ุงูŽ ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู
2. Niat keluar bekerja ikhlas kerana Allah SWT, mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga serta menyumbang kepada masyarakat. Abu Masโ€™ud RA berkata Nabi SAW bersabda: Apabila seorang lelaki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah. (HR Bukhari)
3. Bekerja dengan bersungguh-sungguh. Hadis yang diriwayatkan Saidatina Aishah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang hamba yang apabila dia bekerja, dia menyempurnakan pekerjaannya. (HR Tabrani)
4. Menunaikan tugas dan tanggungjawab dalam pekerjaan dengan jujur serta amanah, sekali gus tidak menyalahgunakan jawatan, kuasa dan harta. Abdullah Masโ€™ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wajib ke atasmu jujur kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan ke syurga serta seseorang selalu jujur dan memelihara kejujuran hingga ditulis dan di sisi Allah sebagai orang jujur. (HR Tirmizi)
5. Tidak terbabit dengan pekerjaan haram atau syubhah, iaitu yang tidak jelas halal-haram. Nuโ€™man Basyir RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Perkara halal itu jelas, perkara haram juga jelas dan antara keduanya adalah syuhbat; banyak orang tidak mengetahui apakah perkara halal atau haram dan sesiapa meninggalkannya bebaslah ia untuk agama dan kehormatannya serta selamat (daripada kecaman syaral). Dan barang siapa terjatuh di dalamnya, dikhuatiri terjatuh dalam keharaman. (HR Tirmizi)
6. Tidak melakukan perbuatan dosa dan mungkar kerana ia boleh menjadi sebab terhalangnya rezeki seperti hadis diriwayatkan Tsauban RA yang berkata Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang boleh menambah umur kecuali kebajikan dan tiada sesuatu boleh menolak takdir kecuali doa. Sesungguhnya seseorang akan tercegah daripada rezeki oleh sebab dosa yang dia lakukan. (HR Ibnu Majah)
7. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh seperti yang diriwayatkan Abdullah ibnu โ€˜Amru ibnu โ€˜Ash RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sungguh amat beruntunglah orang Islam (berserah diri) dan berasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya. (HR Muslim)
8. Bersedekah kerana sebahagian apa yang diperolehnya juga menjadi hak orang lain dan meyakini hartanya tidak akan berkurang dengan ibadat itu. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. (HR Muslim)
9. Tidak menjadikan alasan sibuk mencari rezeki untuk tidak beribadat kerana Abu Hurairah RA berkata Nabi SAW bersabda: Allah SWT berfirman: โ€œWahai anak Adam, kerjakanlah ibadat semata-mata untuk-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak mengerjakannya, maka Aku penuhi dadamu dengan kesibukan tetapi Aku tidak menutup kemiskinanmu.โ€ (HR Ibnu Majah)
10. Bertawakal kepada Allah SWT selepas melaksanakan tugasan atau pekerjaan. Umar al-Khathab RA berkata Rasulullah SAW bersabda: Sungguh kalau kamu sekalian bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sungguh-sungguh, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia berangkat pagi dalam keadaan lapar dan p**ang petang dalam keadaan kenyang. (HR Tirmizi)

Semoga terus istiqamah mencari rezeki, berkhidmat & berbakti. Saya doakan murah rezeki, diberi kesabaran tinggi, dikurnia kesihatan yang baik agar dapat terus mampu bekerja dan menghadapi cabaran sehari-hari.

RUMAH CANTIK TAMAN SONGKET INDAH SUNGAI PETANI  UNTUK DIJUAL!!!!!!!5 Minit sampai Mydinโ—Book sekarang cepatโ—๐Ÿ FOR SALE===...
29/06/2021

RUMAH CANTIK TAMAN SONGKET INDAH SUNGAI PETANI UNTUK DIJUAL!!!!!!!

5 Minit sampai Mydinโ—

Book sekarang cepatโ—

๐Ÿ FOR SALE
===================================

Lokasi: Taman Songket Indah, Sg Petani

Harga Jualan : RM 240,000 NETT

๐Ÿ”’Bilik : 3
๐Ÿ”’Tandas : 2
๐Ÿ”’Keluasan : 1400sqft
๐Ÿ”’Lantai : Tiles
๐Ÿ”’Rezab : Lot melayu
๐Ÿ”’Pegangan : Freehold

โ—๐Ÿ”” RENOVATED HOUSE๐Ÿ””โ—

BOLEH TERUS HUBUNGI
Hidayah

www.wasap.my/60199772280

 "CIK BOLEH AMBIL KUNCI RUMAH""Cik, boleh datang ambil kunci rumah nanti ya. Rumah dah siap".Rasa teruja luar biasa bila...
29/06/2021



"CIK BOLEH AMBIL KUNCI RUMAH"

"Cik, boleh datang ambil kunci rumah nanti ya. Rumah dah siap".

Rasa teruja luar biasa bila dapat panggilan begitu sebenarnya.

"Betul bang semua orang teruja sampai lupa jenis rumah dia beli". Cerita staff pemaju ini semalam.

"Kami paling risau yang beli nie, lawyer, arkitek, jurutera, doktor. Mereka sangat faham hak mereka".

"Ada kes lawyer dari putrajaya beli rumah kat Perak nie, dia datang bawak house inspection. Dia tak bagi kami masuk, tunggu luar katanya".

Lepas team masuk bawak laser equipment dia keluar bagitau rumah tak ikut specification dalam SNP".

Ceritanya laju.

"Dia tutup dan tak benarkan kami masuk rumah dan tak mahu tandatangan terima kunci".

"Fuhhhh, dia mengamuk kat opis"

"Minggu lepas dia filekan tuntutan pada pemaju, dokument tuntutan setebal ini".

Ceritanya sambil angkat jari setebal 6 inci.

"Kami paling bahagia kalau yang datang tu penjawat awam, orang biasa. Mereka dapat kunci siap bergambar dengan kami dan masuk rumah terus. Terus ambil kunci dan tanda tangan, tak periksa rumah pun." Ceritanya laju.

"Ada yang beli dengan ejen kat pasaraya lagi sedih, ejen janji ada lampu, ada kipas, ada table top. Bila dapat kunci lansung apa pun tak der."

"Ejen tu jual kat pasaraya dimana mana kat Malaysia rumah kami, rumah murah katanya. Kami ikut saja la, SNP pun kami tak tahu kat mana".

Kawan kawan,

Bila dapat jemputan ambil kunci rumah kali pertama. Cuba lakukan ini ya.

1. Bawa bersama SNP yang kita dapat dari peguam. Dalamnya ada spesifikasi kediaman kita.

2. Dalamnya ada pelan bangunan dan sektion kediaman rumah. Belajar buat semakkan ya.

3. Betul atau tidak bentuk pelan kediaman yang kita dapat. Pernah berlaku pelan dapat unit 3 bilik, kediamanya 2 bilik.

4. Semak bukaan rumah. Dinasihatkan bawa bersama tali tape ukuran (boleh beli di DIY) sahaja. Ukur dari posh depan atau pagar depan dinding ke dinding.

Jika kediaman bukaan 20 x 70 pastikaan bukaan dalam ke dalam dinding adalah 20'0" bukanya 18"0. Ada kes pemaju terpaksa bayar tuntutan bila semakkan keluasan tak betul. Kurang 2'0".

5. Semak kembali berapa plug point yang kita dapat. Apakah sama seperti jadual dalam pelan di SNP . Ada kejadian plug point dalam bilik ada 3 tapi hanya dapat 2. Ada jumlah keseluruhan 15 yang dapat hanya 11 sahaja.

6. Semak juga sumber lampu yang kita dapat. Betulkan seperti dalam SNP kita jumlahnya.

7. Jangan lupa, ukur ketinggian dari lantai sampai ke siling berapa. Banyak kes pemaju janji ukuran 10' 0" tinggi bila siap hanya 8'6" sahaja ketinggian dari lantai.

Pasang kipas kena kepala nanti.

8. Semak jenis pintu, panel door sepatutnya dibahagian depan dan belakang dan bukannya pintu biasa. Jika pintu ini cacat, ada kesan lubang ulat atau paku minta gantikan.

9. Jika ada keretakan, pastikan proses baiki secara betul bukan hanya disapukan lepaan simen diplaster dan dicat semula.

Bawa bersama salinan SNP dan jangan terus teruja nak ambil kunci dan tandatangan bersetuju terima.

Biar mereka baiki hingga baik dan puas hati baru setuju terima kunci.

Jangan juga sebuk nak selfie bagitau dunia, dapat rumah cacat dimana mana.

hidayah

Adakah bank terlalu strict dengan pinjaman rumah? Kenapa Loan Kena Reject?1.โšซ  . Kira kelayakan pinjaman anda, dan janga...
26/06/2021

Adakah bank terlalu strict dengan pinjaman rumah?
Kenapa Loan Kena Reject?

1.โšซ .
Kira kelayakan pinjaman anda, dan jangan guna maksimum kelayakan.
Contoh gaji RM2200, layak untuk ansuran RM1500. Tapi cukup ke anda nak survive dengan RM700 sebulan?

2.๐Ÿ”ด .
Tak bayar/lewat bayar. Jika ada pinjaman kereta ke, kad kredit ke, jangan sekali kali lewat bayar atau tertangguh berbulan. Rekod tak cantik. Bank mana nak bagi pinjaman kalau peminjam nya jenis liat nak bayar hutang ๐Ÿ˜

3. โšซ .
This one adalah lebih kepada behaviour anda dalam transaksi kewangan.
Contoh, tak pernah buat pinjaman.
So macam mana bank nak tahu anda ni jenis yang boleh bayar pinjaman atau tak?

4. ๐Ÿ”ด .
Orang yang kerja tetap lebih mudah lulus banding kontrak.
Part time apatah lagi. So, sebaiknya cari lah kerja tetap secepat mungkin.

5. ๐Ÿ”ด
Lain bank lain DSR mereka. This one berkait rapat dengan kemampuan anda. So kira DSR sendiri dan make sure baki gaji anda ada lebih untuk kecemasan.

6. โšซ tak lengkap.
Antara dokumen wajib ada dan kena ada sebaiknya 6 bulan: Slip gaji, penyata akaun bank, penyata KWSP, penyata income tax, penyata akaun akaun simpanan, penyata aset lain jika ada.

7. ๐Ÿ”ด
Bank turut ambil kira faktor umur, pendidikan, pekerjaan dan tempat tinggal serta lain lain. Bank ni memilih macam cari menantu ๐Ÿ˜‚

8. โšซ .
This is a NO! NO!
Kalau dah bankrap, of course la macam mana nak buat loan lagi kan?

Sila click link dibawah untuk dapatkn rumah pilihan anda..

hidayah

www.wasap.my/60199772280

Address

Bukit Mertajam
13700

Telephone

+60199772280

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Hartanah Idaman/Mampu Milik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category