Alif Property

Alif Property Real Estate Negotiate / Property / Land

Alhamdulillah Perjalanan Baru di tempat baru tahun ini🏠Nak jual beli rumah? Moh lee cari saya👍🏻 Saya akan bantu mudahkn ...
27/01/2024

Alhamdulillah Perjalanan Baru di tempat baru tahun ini🏠

Nak jual beli rumah? Moh lee cari saya👍🏻

Saya akan bantu mudahkn urusan tuan/puan dapatkan rumah idaman 🥰

Selesai First VIEWING ptg ni bersama LEADER HEBAT Jass Omar.. 🔥🔥🔥Semoga ada manis2 insyaAllahSesiapa yang ingin mencari,...
07/01/2024

Selesai First VIEWING ptg ni bersama LEADER HEBAT Jass Omar.. 🔥🔥🔥

Semoga ada manis2 insyaAllah

Sesiapa yang ingin mencari, menjual rumah boleh laa contact saya

Perunding hartanah anda🤝🏼

Alhamdulillah syukur 🤝🏼 My First Eggbreaker dalam bidang ni🥰Semoga segala urusan dipermudahkan.Semoga diri ni terus kons...
11/11/2023

Alhamdulillah syukur 🤝🏼 My First Eggbreaker dalam bidang ni🥰

Semoga segala urusan dipermudahkan.

Semoga diri ni terus konsisten dan jangan putus asa👍🏻 terima kasih kepada dorongan Jass Omar dan SkyJu Property

Semoga dipermudahkan Aamiin🥰

29/10/2023

Nak beli rumah pertama? Tapi tak tahu macam mana?

Ada beberapa tips untuk memudahkan urusan kita untuk miliki rumah pertama idaman 👍🏻

TIPS RUMAH PERTAMA

-Bila masuk alam pekerjaan, kita dah mula bercongak untuk dapatkan rumah pertama. Tambah p**a bila dah berkahwin dan ada keluarga, keinginan jadi semakin kuat. Ini Nabil share 8 langkah untuk beli rumah pertama.

-Buat simpanan. Ini mesti ada, tak kisah la nak simpan 10% gaji, atau 30% gaji, janji ada simpanan. Walaupun nanti loan approve 100%, cash mash perlu utk bayar legal fee, MLTT, register air & TB dan deposit

-Buat latihan dahulu sebelum mask loan. Dah tahu anggaran bayaran bulanan RM1200, jadi kena mula buat latihan. WAJIB simpan dalam tabung haji setiap bulan. RM1200 selama setahun tanpa skip. Kalau ada bulan g skip, bermakna kewangan ada masalah. Jngn masuk lagi loan, setahun pun gagal, inikan p**ak hutang rumah 35tahun.

-Tak hina pun menyewa. Sewa rumah, duit lebihan boleh simpan. Cuba cari duit tepi untuk tambah simpanan. Boleh mula berniaga, buat part time.

-Kurangkan hutang. Untuk meningkatkan kadar DSR, ikat dulu nafsu berbelanja. Kalau dah nafsu macam naga gunung, tukar duit kepada goldbar atau dinar. Ingat ya, goldbar, bukan emas hiasan.

-Boleh beli rumah dari agent REN yang ada. Nanti mereka bantu untuk view rumah, cari banker, cari lawyer, deal dengan owner lama. Ada yang berkira, tak mahu beli dari REN, katana nanti mereka dapat komisen. Tak perlu fikir macam tu, kita gembirakan hati orang, pasti kita pun akan dapat kebaikan.

28/10/2023

Macam mana eh nk beli rumah?🤔 aduh pening la😱

✅Perkara-perkara asas sebelum membeli rumah✅

Pembelian rumah pertama adalah salah satu keputusan besar dalam hidup seseorang. Persiapan yang matang harus dilakukan agar pembelian tersebut dapat dilakukan dengan lancar dan tanpa masalah di kemudian hari.

Berikut adalah beberapa tips dan persiapan yang perlu dilakukan sebelum membeli rumah pertama.

1. Menentukan Budget

Hal yang paling penting dalam pembelian rumah pertama adalah menentukan "budget" yang sesuai dengan kemampuan kewangan. Sebaiknya, anggaran pembelian rumah adalah 30% dari hasilan bulanan agar dapat membayar pembiayaan bulanaan dengan tenang.

2. Mencari Maklumat Hartanah

Sebelum membeli rumah, pastikan untuk mencari maklumat hartanah terlebih dahulu. Cari tahu tentang lokasi, harga, ukuran, facility, dan condition rumah tersebut. Hal ini dapat membantu untuk menentukan pilihan rumah yang tepat.

3. Mencari Bantuan Profesional

Bantuan dari seorang agen hartanah dapat membantu dalam mencari rumah impian. Agar tidak salah pilih, pastikan untuk memilih agen yang bardaftar dan berpengalaman.

4. Perancangan Kewangan

Setelah menentukan budget dan menemukan rumah pilihan, buatlah perancangan kewangan yang matang. Pastikan bahawa pendapatan anda mampu membiayai installment bulanan rumah serta pembiayaan tambahan seperti deposit rumah, kos guaman, dan jika ada lebihan kos penambah baikkan rumah

5. Semak Kelayakkan Loan

Pembelian secara tunai adalah yang terbaik, namun tidak ramai yang mampu. Oleh itu, buat semakan terlebih dahulu di mana-mana bank ataupun agen hartanah. Semakan awal atau "pre-checking loan" penting bagi memastikan rumah idaman anda dalam jangkauan loan yang boleh diberikan oleh pihak bank kepada anda.

6. Siapkan Dokumen-Dokumen Loan

Sebelum membeli rumah, pastikan untuk siapkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pinjaman loan. Dokumen lengkap memudahkan proses pinjaman loan dilakukan. Pastikan segala komitmen berkaitan dengan bank di jaga tempoh pembayaran dengan baik. Kelewatan pembayaran komitmen dengan bank boleh menjejaskan loan anda untuk lulus.

******
Jadi sesiapa yang berminat ingin membeli rumah... mari saya bantu sama-sama kita dapatkan rumah idaman kita😍

Hubungi saya👍🏻

5 CARA TERBAIK SIMPANAN UNTUK RUMAH PERTAMA👍🏻🏠Bila mula bekerja, banyak komitmen yang perlu ditanggung. Bilanya nak simp...
26/10/2023

5 CARA TERBAIK SIMPANAN UNTUK RUMAH PERTAMA👍🏻🏠

Bila mula bekerja, banyak komitmen yang perlu ditanggung. Bilanya nak simpan duit beli rumah ni?

Setiap orang ada impian berbeza, ada yang mahu terus menyewa, ada juga walau sekecil mana gaji dan duit tetapi mahu beli rumah idaman.

1. Buat jadual menabung
2. Potong gaji siap-siap
3. Simpan semua duit tambahan
4. Pantau perbelanjaan anda
5. Tingkatkan kemahiran supaya gaji naik

LOAN BANK ATAU LPPSA? 🙄Di Malaysia, sebenarnya terdapat pelbagai skim perumahan yang ditawarkan untuk pihak peminjam. Sa...
25/10/2023

LOAN BANK ATAU LPPSA? 🙄

Di Malaysia, sebenarnya terdapat pelbagai skim perumahan yang ditawarkan untuk pihak peminjam. Salah satunya ialah pinjaman perumahan kerajaan atau juga dikenali sebagai pinjaman LPPSA yang dikhaskan untuk penjawat awam.

LOAN BANK

Bagi pinjaman pihak bank, kelayakan pinjaman akan dinilai melalui laporan kredit iaitu CCRIS dan CTOS. Selain itu, bank akan membuat pengiraan bagi kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman berdasarkan Nisbah Khidmat Hutang (DSR) dan juga Net Disposable Income (NDI).

Melalui faktor seperti DSR dan NDI ini, bank akan membuat pengiraan amaun kelayakan pinjaman yang akan diberikan kepada pihak peminjam.

LPPSA

Bagi penjawat awam, anda terus layak untuk memohon pinjaman LPPSA. LPPSA memberi kelebi-han kepada kakitangan awam yang layak dari segi kiraan kelayakan untuk permohonan. Ini mungkin ramai juga yang tidak menyedari bahawa LPPSA hanya menilai kelayakan pemohonnya hanya berpandukan slip gaji sahaja.

Jadi mana lebih baik?🙄
Bergantung pada kelayakan karier seseorang ..
Harap membantu 👍🏻

Address

E-2-12 Pangsapuri Pesona, Taman Pauh Jaya
Bukit Mertajam
13700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alif Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alif Property:

Share

Category