RUMAH SelangorKu

RUMAH SelangorKu Luxury lifestyle with Affordable Luxury Home

23/12/2022

Di atas kertas, rumah freehold (pegangan bebas) sentiasa lebih baik daripada leasehold (pegangan pajak). Namun, anda perlu menilaikan kebaikan dan keburukan masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih hak milik tanah yang paling sesuai untuk anda.

23/12/2022
23/12/2022

Ini antara cara anda boleh membuat semakan latar belakang ke atas pemaju hartanah di Malaysia sebelum meletakkan sebarang komitmen terhadap hartanah dengan lebih lanjut.

Gaji bawah RM3,000 boleh beli Rumah yang Cantik ke !!? Korang nak tau tak kat Bangi ni ada rumah Mampu Milik Unit Khas? ...
29/11/2022

Gaji bawah RM3,000 boleh beli Rumah yang Cantik ke !!?

Korang nak tau tak kat Bangi ni ada rumah Mampu Milik Unit Khas?

Location yang tersangat lah cantik dan harga rumah hanya rm316k!?

✅5 minit ke Lotus BSP & Ktm Bangi
✅Direct access ke Plus, Elite dan Ke Kajang,Putrajaya dan Cyberjaya
✅Park besar sesuai untuk family aktiviti
✅F&B yang premium seperti Starbuck, Coffee bean bawah rumah je !!
✅Antara Harga Paling murah di Selangor !

Kondo ni jugak datang dengan gym, swimming pool dan lain lain facilities, best kan ?!!

✅𝗥𝗠316,𝟬𝟬𝟬 𝘀𝗮𝗷𝗲!
✅𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗥𝗠12xx 𝘀𝗮𝗷𝗲
✅𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗥𝗠𝟮,𝟱𝟬𝟬 - 𝗥𝗠𝟭𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻!

Untuk further info, Sila tekan sign up sekarang ☺️

Inilah 8 panduan atau aliran untuk membeli rumah 😁👍🏼
29/11/2022

Inilah 8 panduan atau aliran untuk membeli rumah 😁👍🏼

PENTINGNYA MEMILIKI RUMAH SEKARANG 😁  1. Rumah adalah asetBila anda memiliki rumah, secara langsungnya anda memiliki ase...
29/11/2022

PENTINGNYA MEMILIKI RUMAH SEKARANG 😁

1. Rumah adalah aset

Bila anda memiliki rumah, secara langsungnya anda memiliki aset. Rumah adalah satu bentuk aset yang mana boleh dimiliki dengan 0% deposit. Anda hanya menggunakan “other people’s money” (OPM) untuk memiliki aset ini. Pemilikan aset rumah hanya memerlukan 10% daripada harga rumah atau menggunakan 0% deposit.

Rumah ini akan menjadi satu aset apabila ianya memberi aliran tunai yang baik kepada anda. Bagi yang tersalah membeli hartanah, anda akan mengalami aliran tunai yang tidak baik dan ianya akan menjadi satu liability kepada anda.

2. Menjadi aset yang boleh diwarisi

Rumah boleh menjadi satu aset yang boleh diwarisi atau legasi. Sekiranya anda sudah meninggal, pinjaman perumahan yang anda miliki itu mempunyai takaful yang cover hutang rumah itu, secara langsungnya rumah ini sudah boleh diwarisi oleh ahli keluarga secara percuma. Ingat jangan tinggalkan hutang kita untuk orang lain bayarkan.

3. Pelaburan jangka panjang

Rumah akan memberikan capital appreciation tinggi dimasa akan datang. Rumah bukan seperti instrument ataupun pembelian emas atau stok yang mana pelaburan ini berjangka pendek dan harga akan menurun dan menaik dalam masa yang singkat. Harga rumah kebiasaan akan menaik 2 kali ganda dalam tempoh masa 10 tahun, iaitu 6% kenaikkan setahun. Jika anda memiliki rumah berharga RM300 ribu, selepas 10 tahun ke hadapan, harga rumah itu akan meningkat kepada RM600 ribu.

4. Rumah adalah kalis inflasi

Inflasi Vs pendapatan anda dan kos sara hidup tidak bergerak seiring. Maksudnya jika inflasi 4%, kos sara hidup anda tidak naik. Ini bermaksud kenaikan gaji tidak menyamai kenaikan hartanah. Contoh 10 tahun lepas gaji anda RM2,000 dan pada kini gaji anda RM2,800. Manakala harga hartanah akan berlipat ganda. Ini adalah sebab penting kenapa anda harus memiliki hartanah sekarang bukan nanti.

5. Pendapatan pasif

Pendapatan pasif ini adalah pendapatan yang yang kita peroleh tanpa kita bekerja sendiri. Wang atau harta kita yang bekerja untuk kita. Jika anda memiliki rumah sekarang, anda boleh mendapatkan pendapatan pasif dengan memberi sewa rumah itu kepada orang lain. Dengan syarat kadar sewaan haruslah lebih tinggi daripada pembayaran ansuran bulanan rumah.

Saya menggalakkan rumah pertama adalah rumah itu boleh disewakan supaya anda mendapat pasif income dan anda mampu membeli rumah ke dua daripada pendapatan pasif ini.

6. Meningkatkan graf memilikan hartanah bumiputra

Sekiranya anda membeli rumah sekarang, anda akan menaikkan graf ini.

7. Rumah adalah Force Saving

Jika anda tersalah beli rumah, ansuran bulanan rumah RM1,500 tetapi hanya memberi sewa dalam RM1,200. Jadi setiap bulan anda perlu topup RM200 untuk menampung ansuran bank. Ini adalah satu force saving.

8. Perlindungan kepada keluarga

Rumah ini merupakan satu perlindungan sekaligus memberi kebahagiaan kepada diri kita dan keluarga. Anda tidak perlu risau kena halau jika rumah itu milik anda. Tetapi jika anda menyewa, kebarangkalian untuk dihalau itu ada mungkin disebabkan tuan rumah ingin menjual rumah tersebut.

9. Peningkatan harga rumah

Semakin lama anda menangguhkan niat membeli rumah, semakin rugi diri anda. Kenaikan harga rumah berlaku pada setiap tahun. Jika anda lambat membeli rumah 3 tahun akan datang, harganya tidak akan sama seperti harga rumah pada zaman sekarang. Mungkin anda masih boleh memiliki rumah atas tanah beharga RM350 ribu sekarang tetapi 3 tahun akan datang harga rumah mungkin akan menjadi RM500 ribu ke atas. Dan kemungkinan masa itu hanya ada rumah bertingkat sahaja. Harga rumah ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kemudahan penangkutan awam, lokasi badar dan pinggir bandar serta keselamatan.

10. Polisi bank dan tempoh pinjaman

Sekiranya anda membeli rumah diusia muda anda boleh mendapat tempoh pembiayaan pinjaman perumahan sehingga 35 tahun. Semakin lama tempoh peminjaman, anda boleh mendapat kadar faedah yang rendah. Sekarang ini OPR bank telah pun turun, anda boleh mendapat pembiayaan bawah daripada 4%. Ini memberi keuntungan kepada anda kerana ansuran bulanan anda rendah.

11. Pelaburan yang selamat

Rumah dan juga hartanah adalah satu pelaburan selamat yang memiliki risiko rendah dan pulangan tinggi. Berbanding dengan instrument pelaburan yang lain seperti emas ataupun stock, kemungkinan besar berlakunya kecurian adalah sangat tinggi.

29/11/2022

Pinjaman perumahan dikatakan hutang baik atau good loan sebab ia memberikan ekuiti dan pulangan tinggi. Tetapi ia boleh menjadi bad loan atau hutang jahat dalam 5 situasi ini. Jom baca!

29/11/2022

A key factor when purchasing property is figuring out how much to pay each month. Try this and see if you know your stuff – can you figure out how much Kasmon has to pay per month?
We’ll with the right financing. Find our Home Loan Calculator and many more resources here: https://bit.ly/see-you-home

29/11/2022

This is the list of property developers in Malaysia 2020 to look out for if you're buying a home, and they have a proven track record that stretches back for years!

29/11/2022

Mendapat penyewa yang bermasalah sememangnya sesuatu yang ingin dielakkan oleh semua tuan rumah. Namun, sekiranya penyewa melakukan aktiviti haram, ia sudah menjadi mimpi ngeri! Berikut adalah bagaimana mahu mengesan aktiviti haram penyewa.

Address

Cheras

Telephone

+60176754597

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RUMAH SelangorKu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RUMAH SelangorKu:

Share