07/03/2025
MINGGU TANGAN MACAM SOTONG 😆
Ada rindu tak sis punya celoteh? 😝
Fuhhh harini dah boleh tarik nafas lega, selesai sudah closing acct kerja hakiki dari isnin kerja sampai lewat malam. Tapiii sebab dah bertahun2 kerja camni so layannn 🤭
Tapii alhamdulillah kerja part time as perunding hartanah tetap berjalan seperti biasa. Tu yang jadi macam sotong dah tu 🥴 tapi Allah permudahkan.
Nak mula dengan 1 client ila yang sangatt baik booking 1 unit rumah di projek tmn melati, gombak tanpa ke show gallery, ini atas permintaan client tau. Sebab nya ila memang akan explain A to Z dengan client mengenai projek ni, so dengan gambar dan juga video. Jadi mereka rasa tak perlu dah ke show gallery sebab ila dah explain semua dengan details dan mereka berpuas hati, maka nya dah ada 3 client booking tanpa ke show gallery. Ok done booking 1 unit ✔️
Selasa lepas ada client view rumah listing dia cheras jaya, berminat tapi nak survey lagi rumah lain area cheras jaya ni sampai mereka puas ati.
‘Puan kami s**a beli rumah subsale ni sebab kadang2 bole dapat rumah yang cantik tak perlu buat apa2 renovation dah pon kann puan’
Betull sangat setuju, sebab tu ade orang cakap sapa beli subsale ada rezeki terkena jackpot memang best, rumah cantik harga berpatutan dan bole terus masuk rumah cuci kaki ☺️🔥
Jumaat, ada 1 client dari FB lead. Terus whatsapp cakap berminat Type B di projek taman melati gombak tapi nak ke show gallery dulu. So kita mintak bantuan team untuk COA disebabkan ila tak bole ke sana ada tuntutan kerja. So alhamdulillah dengan bantuan partner coa yg thorbaikk, close 1 unit type B ✔️
Dan dalam masa 5hari ni jugak ada dapat leads yang bertanya kan rumah sewa. Dan 1 appointment dah set esok untuk client view. Mudahan esok client s**a rumah tu dan terus on untuk menyewa ☺️✔️
Sabtu - 1 appointment set di show gallery tmn melati, 1 appointment rumah sewa dan 1 appointment view listing ila di nilai.
Ahad - insyaAllah akan ada 2-3appointment view rumah dan tmn melati tapi masih status ‘tbc- to be confirmed’
Mudahan semua urusan ila dan kawan2 FB serta rakan seperjuangan REN dipermudahkan dan Allah murahkan rezeki kita semua seluas langit serta diberi kesihatan yang baik sentiasa.
Tqq yg baca sampai habis 😬☺️🔥🔥🔥🔥