06/07/2026
10 kesan jika kita tak mula membeli rumah pada ketika usia muda.. trend anak muda hari ini lebih memilih menyewa berbanding membeli kerana nak elak komitmen yang tinggi.. tapi percayalah.. korang akan mula terasa bebanan sebenar akan tiba bila menjelang umur 40 keatas dan ketika itu korang masih lagi menyewa..
1. Harga rumah tidak mungkin berpatah balik seperti usia kita.. ini makna kata, kadar sewa juga akan meningkat mengikut tahun semasa.. sedangkan income kita masih ditakuk itu
2. Pilihan semakin terhad.. kalau kita dah selesa menyewa dikawasan yang berdekataan dengan tempat kerja.. kepadatan akan membuatkan pemaju membina semakin jauh dari lokasi tersebut
3. Semakin tua kita, semakin banyak masalah kesihatan yang menyukarkan kita mendapatkan pembiayaan bank berbanding ketika kita masih sihat, ada insurans yang tidak syorkan
4. Tempoh had pembiayaan juga akan semakin pendek jika kita semakin tua ketika ingin membeli, ini akan membuatkan bayaran bulanan semakin tinggi
5. Ketika kita berhabis puluhan ribu renovate rumah sewa, akhirnya kita perlu serahkan pemilikan asal kepada tuan rumah jika dah tak nak sewa, lebih sedih kalau tak serah balik dalam keadaan asal, akhirnya tuan rumah dapat free apa yang kita dah buat
6. Bayangkan kita bayar sewa bulan bulan RM1k selama 5 tahun.. ini bermakna kita dah bayar RM60K sedangkan kalau kita beli ia bersamaan 1/4 tempoh rumah yang kita bayar kepada bank untuk jadi milik kita
7. Tak beli risau sebab kerja tak tetap disitu, tapi akhirnya dah beranak pinak situ hampir 15 tahun.. tapi bila tangki bocor masih mengharapkan tuan rumah baiki.. tuan rumah cakap apa? โKalau saya baiki, bulan depan sewa naikโ
8. Ayat paling biasa penyewa akan dengar dari tuan rumah, โlagi 2 bulan anak saya nak balik, rumah tu ingat dia nak dudukโ kita keluar dan perasan 3 bulan selepas tu tuan rumah gantung banner โrumah untuk disewaโ dengan kadar sewa baru
9. Rumah bukanlah satu komitmen, tapi ianya ialah satu displin yang membuatkan kita membayar tanpa culas sedangkan pada akhirnya menjadi asset buat kita dan keluarga kita.
10. Mana ada asset yang pihak lain benarkan kita buat pinjaman untuk memilikinya? Emas boleh? Handbag boleh? Jam tangan boleh? Tak boleh gais.. sebab rumah ni ada value yang selamat untuk kita miliki. Jadi kenapa takut untuk beli? Dikenapa dikatakan rumah adalah satu bebanan?
So gais.. cuma jangan beli diluar kemampuan kita.. rumah kita.. kita yang bayar.. abaikan hasutan orang lain yang ada kepentingan
Kredit :- ihsan zainal