15/06/2022
Apa itu LEASEHOLD ? π€π€π€
Hartanah pegangan pajakan ataupun Leasehold merupakan jenis hakmilik tanah yang kurang mendapat sambutan di dalam pasaran.
Leasehold merujuk kepada hartanah yang ditempatkan di atas tanah pajakan β tanah yang dipajak; atau disewa; dari pihak kerajaan.
Lazimnya, jangka masa pajakan paling lama yang dibenarkan ialah untuk selama 99 tahun, tetapi sesetengah pembangunan baru di pasaran telah memperoleh tempoh melebihi 100 tahun.
Bagaimanapun, kes-kes seperti ini amat jarang berlaku. Manakala, jangka masa pajakan diberikan yang paling pendek hanya selama 30 tahun.
Kos βsewaanβ untuk hartanah Leasehold dianggap βterbazirβ, kerana pemilik tidak akan diberi sebarang pampasan sebaik saja pajakan tersebut tamat.
Sejumlah premium perlu dibayar bagi melanjutkan pajakan tersebut, di mana pemilik perlu memohon di Pejabat Tanah yang berkenaan.
Inilah bab yang dianggap berisiko kerana jikalau pihak kerajaan mempunya rancangan untuk membangunkan kawasan tersebut, mereka boleh memutuskan untuk menolak permohonan melanjutkan pajakan tersebut.
Ertinya, tanah tersebut hanya dianggap milik pemilik rumah selagi tempoh pajakan masih sah.
Melanjutkan tempoh pajakan juga memerlukan bayaran premium yang tinggi. Jumlahnya bergantung kepada jenis hartanah β kediaman, komersial, pertanian atau jenis hartanah lain.
Lokasi juga memainkan peranan dalam menentukan harga pelanjutan pajakan. Selain itu, pemilik hanya boleh melanjutkan pajakan kepada tempoh maksima iaitu 99 tahun.
Contohnya, jika mereka tinggal 20 tahun dalam tempoh pajakan, mereka hanya dibenarkan melanjutkan tempoh tersebut selama 79 tahun.