25/10/2020
Muhammad Badrul Hisyam bin Mohd Saufi anak yang baik buat umi ayah dan suami yang sangat bertanggungjawab buat . Kami panggil dia ‘Yo’ ❤️
Sebelum ni Pisang Letop tak wujud. Kami berniaga baju dulu di Pasar Karat Shah Alam. Nama kedai Abang Saufi.. kalau ada yang pernah datang mesti jumpa Yo masa tu. Setiap Ahad pagi2 dah datang tolong buka payung khemah. Anak yang baik tak pernah merungut. Sentiasa Positive dan tersenyum 🙂
2017 wujudlah Pisang Letop di Batu Caves dan di Foodcourt TNB Dua Sentral.. mesti ramai ingat yo kat sini.. dia banyak membantu di gerai..
2019-2020 di Pisang Letop Jinjang Utara, Yo buat 2 kerja selain bantu sikit2 di kedai.. tak lama lepastu dia pilih utk jadi rider.. nak kahwin katanya kena kumpul duit.. semua benda dia buat cepat dan disiplin. Dulu dia selalu makan dkt kedai mak mertuanya Kak Moh kedai Sup Kaki & Tomyam di Jinjang.. memang femes kedai tu.. pukul 8-10malam Kadang2 sampai lewat malam Yo ada disitu lepas buat delivery. Mesti ramai kenal dia kat situ kalau lalu nak ke PPR Beringin.. Dia s**a bantu di kedai bakal isteri masa tu. Demi Allah dia sangat rajin. Tak pernah tahu apa itu penat.
PKP bermula.. Kami kurang beroperasi. Atas faktor kesihatan dan cuaca yang tak menentu. Hujan ribut paling takut.. jadi kami tak meniaga. Tapi Yo tetap teguh keluar mencari rezeki tak kira waktu atau cuaca menghalang..
Tahun ni Yo nikah dengan , Allah bagi mereka anugerah terindah.. bakal jadi Abie tapi Allah lebih mengetahui.. Yo dah ada sifat kebapaan.. dia curahkan kasih sayang pada adik bongsunya macam dah tahu akan pergi.. Takpe Yo, sekarang ramai orang kenal Yo. Ramai akan sayang keluarga Yo. Yo tenanglah ya..
Kini tiada lagi insan yang rajin dan baik hati bernama Muhammad Badrul Hisyam bin Mohd Saufi. Tenanglah kamu Yo. Umi Ayah redha. Kami tak salahkan sesiapa. Allah ambil kamu dulu pada hari yang Mulia, 23.10.20 Jumaat. 27.10.20 kalau ada rezeki umi ayah akan buat majlis tahlil kecil kecilan untuk Yo ya..
Al-Fatihah Muhammad Badrul Hisyam bin Mohd Saufi 🌹
Kepada sesiapa ingin menziarahi Yo, boleh ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih 2 (area sri gombak)