AIM BLOK Kuala Jengal

AIM BLOK Kuala Jengal Pages Blok Kuala Jengal

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Kesyukuran KUIDT 2026 🀍✨Terima kasih atas jemputan dan layanan yang sanga...
18/08/2026

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Kesyukuran KUIDT 2026 🀍✨

Terima kasih atas jemputan dan layanan yang sangat baik. Makanan semuanya sedap-sedap, suasana p**a cukup meriah dan ceria. Seronok dapat berkumpul, beramah mesra dan menikmati kemeriahan majlis bersama-sama. πŸ₯°

Semoga majlis ini terus diberkati, segala urusan dipermudahkan dan KUIDT terus maju serta sukses dalam mendidik dan melahirkan generasi yang hebat. 🀲🏻✨

Terima kasih sekali lagi atas jemputan. Semoga ada rezeki untuk bertemu dan berkumpul lagi di masa akan datang. ❀️

Meeting ape tu? Ada something kee... πŸ€”Nantikan, bulan September ini... πŸ₯°
18/08/2026

Meeting ape tu?
Ada something kee... πŸ€”
Nantikan, bulan September ini... πŸ₯°

PROGRAM ZIARAH KASIH BLOK KUALA JENGAL 2026πŸ‘₯ NAMA : Shuryani binti Abdul WahabπŸ“… TARIKH : 17/8/2026πŸ’™ PUSAT : Nurul ImanπŸ•ŠοΈ...
18/08/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH BLOK KUALA JENGAL 2026

πŸ‘₯ NAMA : Shuryani binti Abdul Wahab
πŸ“… TARIKH : 17/8/2026
πŸ’™ PUSAT : Nurul Iman
πŸ•ŠοΈ SEBAB : Kanser Kelenjar, Jantung, Hati, Tyroid, Kencing manis dan darah tinggi

Ya Allah, kuatkanlah hatinya dalam menghadapi ujian ini. Angkatlah segala penyakit dan kesakitan yang ada pada dirinya. Kurniakanlah kesembuhan yang sempurna, kesihatan yang baik, ketenangan hati dan kekuatan untuk terus melangkah. Permudahkanlah segala urusannya dan jangan biarkan dia merasa sendirian dalam menghadapi ujian-Mu. Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin.

PROGRAM ZIARAH KASIH 2026πŸ‘₯ NAMA : Nur Aina MariamπŸ“… TARIKH : 17/8/2026πŸ’™ PUSAT : Nurul ImanπŸ•ŠοΈ SEBAB : KeguguranYa Allah, k...
18/08/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH 2026

πŸ‘₯ NAMA : Nur Aina Mariam
πŸ“… TARIKH : 17/8/2026
πŸ’™ PUSAT : Nurul Iman
πŸ•ŠοΈ SEBAB : Keguguran

Ya Allah, kuatkanlah hati seorang ibu yang sedang kehilangan. Redakanlah kesedihannya, lapangkanlah dadanya dan gantikan setiap air mata dengan ketenangan. Ya Allah, jadikanlah anak yang telah pergi itu sebagai simpanan pahala buat kedua ibu bapanya, dan pertemukanlah mereka kembali di syurga-Mu kelak. Ampunilah segala kekhilafan kami, dan kurniakanlah kesabaran serta kekuatan untuk melalui ujian ini. Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin.

PROGRAM ZIARAH KASIH 2026πŸ‘₯ NAMA : Zanariah binti PutehπŸ“… TARIKH : 17/8/2026πŸ’™ PUSAT : Seri Maju Jaya (SMJ)πŸ•ŠοΈ SEBAB : Kemat...
18/08/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH 2026

πŸ‘₯ NAMA : Zanariah binti Puteh
πŸ“… TARIKH : 17/8/2026
πŸ’™ PUSAT : Seri Maju Jaya (SMJ)
πŸ•ŠοΈ SEBAB : Kematian suami

πŸ‘₯ NAMA : Nor Erdyana Zulaikha binti Samande
πŸ“… TARIKH : 17/7/2026
πŸ’™ PUSAT : Nur Mawaddah
πŸ•ŠοΈ SEBAB : Kematian Ayah

"Ya Allah, ampunilah dosa Allahyarhamah, rahmatilah rohnya, lapangkan kuburnya, dan tempatkanlah beliau dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta di syurga-Mu yang tertinggi. Amin Ya Rabbal 'Alamin."

PROGRAM BENGKEL PENGERUSI KUMPULAN (BKA)Alhamdulillah, Program Bengkel Pengerusi Kump**an (BKA) telah berjaya dilaksanak...
26/07/2026

PROGRAM BENGKEL PENGERUSI KUMPULAN (BKA)

Alhamdulillah, Program Bengkel Pengerusi Kump**an (BKA) telah berjaya dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

πŸ“… TARIKH : 19 Mei 2026 (Selasa)
πŸ“ TEMPAT : Pavilion Usahawan AMBS
πŸ•— MASA : 8.00 pagi

Program ini telah dihadiri oleh seramai 76 orang Pengerusi Kump**an. Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta memperkasakan peranan pengerusi dalam memastikan pengurusan kump**an berjalan dengan lebih berkesan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi kemajuan bersama.

SUMBANGAN SAHABAT AIM BLOK KUALA JENGAL PUSAT SRI BERJAYA 2026 πŸ‘₯  NAMA : Anak, Menantu & Cucu FauziahπŸ“… TARIKH ZIARAH : 1...
26/07/2026

SUMBANGAN SAHABAT AIM BLOK KUALA JENGAL PUSAT SRI BERJAYA 2026

πŸ‘₯ NAMA : Anak, Menantu & Cucu Fauziah
πŸ“… TARIKH ZIARAH : 19/5/2026
πŸ•ŠοΈ TUJUAN : Menziarahi keluarga Allahyarham yang telah meninggal dunia akibat kemalangan di Simpang Renggam.

Terima kasih kepada Ketua Pusat, Zoharizan, Penolong Ketua Pusat, Suzila, serta semua sahabat pusat yang turut hadir dan bersama-sama dalam ziarah ini. Semoga ukhuwah dan keprihatinan ini sentiasa diberkati.

"Ya Allah, ampunilah dosa Allahyarhamah, rahmatilah rohnya, lapangkan kuburnya, dan tempatkanlah beliau dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta di syurga-Mu yang tertinggi. Amin Ya Rabbal 'Alamin."

πŸ“Œ MESYUARAT KETUA PUSAT BLOK KUALA JENGALAlhamdulillah, sesi Mesyuarat Ketua Pusat Blok Kuala Jengal telah berlangsung d...
26/07/2026

πŸ“Œ MESYUARAT KETUA PUSAT BLOK KUALA JENGAL

Alhamdulillah, sesi Mesyuarat Ketua Pusat Blok Kuala Jengal telah berlangsung dengan jayanya. Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat memperkukuhkan kerjasama serta melancarkan urusan di setiap pusat.

Barisan Pusat :
β€’ Pusat Sri Berjaya
β€’ Sri Berjaya 2
β€’ Nurul Iman
β€’ Siti Khotijah
β€’ Nurul Majdah
β€’ Nur Mawaddah
β€’ Seri Maju Jaya

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen. Semoga terus maju jaya dalam menjalankan amanah demi manfaat bersama.

Janji ditepati.Terima kasih kepada Ketua Pusat atas hadiah yang diberikan kepada dua kump**an semasa majlis Hi Tea tempo...
01/02/2026

Janji ditepati.
Terima kasih kepada Ketua Pusat atas hadiah yang diberikan kepada dua kump**an semasa majlis Hi Tea tempoh hari.

Tahniah kepada Kump**an Meja Paling Havoc & Kump**an Sweap Paling Awal minggu lepas.

Semoga inisiatif ini menjadi asbab dan motivasi kepada sahabat-sahabat lain untuk turut serta pada masa akan datang. 🌸

SUMBANGAN SAHABAT AIM BLOK KUALA JENGAL PUSAT SRI BERJAYA 2026πŸ‘₯ NAMA : Suami Tuan Sharifah RokiahπŸ“† TARIKH : 01/02/2026πŸ’Š ...
01/02/2026

SUMBANGAN SAHABAT AIM BLOK KUALA JENGAL PUSAT SRI BERJAYA 2026

πŸ‘₯ NAMA : Suami Tuan Sharifah Rokiah
πŸ“† TARIKH : 01/02/2026
πŸ’Š PENYAKIT : STROKE

Terima kasih buat Ketua Pusat (Suzila), Ketua Kebajikan (Zabedah) & sahabat pusat yang turut terlibat menyertai ziarah kali ini πŸ₯°

β€œYa Allah, sembuhkanlah hamba-Mu ini, wahai Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, sembuhkanlah ia sehingga tidak ada penyakit yang tersisa.”

Address

Masjid Lama
Dungun
23400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIM BLOK Kuala Jengal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category