TerataieMas Beach Resort

TerataieMas Beach Resort For Further Information Please Contact Us Via Whatsapp : 014-501-2568 (Puan Hasiah) MARIHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!

Kenali ~ Ketahui ~ & Nikmati sendiri desiran&ulekan ombakNya tanpa putus di sini.. Yang pastinya jiwa tenang..kepala tak serabut, di *"Rumah Pantai"* kami TERATAIeMAS B.R.

Alhamdulillah.. Pada 28-30 Nov 2019 telah selesai satu Kem Ana Solehah.. Dengan kehadiran jemputan khas Ustazah Asma Har...
04/12/2019

Alhamdulillah.. Pada 28-30 Nov 2019 telah selesai satu Kem Ana Solehah.. Dengan kehadiran jemputan khas Ustazah Asma Harun..
Majlis anjuran DUN Sura bagi memanfaatkan cuti sekolah anak2.. Semoga semua anak2 ini sentiasa berjaya dunia akhirat..
Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan daripada pihak TerataieMas Beach Resort.. Semoga berjumpa lagi..

09/06/2019

Malam Ke4 Syawal. Sungguh bertuah pengunjung hari ni kerana dapat turut sama dalam program pelepasan anak2 penyu matang ke laut..
Admin berharap agar anak2 penyu dapat kembali ke pantai Rantau Abang ini sekali lagi apabila dewasa nanti..
Meriah!



Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Maaf Zahir dan Batin!Semoga Syawal kali ini memberi seribu makna kepada semua..
09/06/2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Maaf Zahir dan Batin!
Semoga Syawal kali ini memberi seribu makna kepada semua..

~ R A M A D H A N K A R E E M ~InsyaAllah, esok kita akan mula berpuasa..Selamat menjalani ibadah puasa dari kami Terata...
05/05/2019

~ R A M A D H A N K A R E E M ~

InsyaAllah, esok kita akan mula berpuasa..
Selamat menjalani ibadah puasa dari kami TerataieMas Beach Resort.. mohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan terkurang apa2 sepanjang berurusan dgn kami..



Terima kasih buat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Perak kerana memilih untuk menginap di chalet kami TerataieM...
26/02/2019

Terima kasih buat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Perak kerana memilih untuk menginap di chalet kami TerataieMas Beach Resort dan mengadakan program/taklimat latihan memandu.. Program dijalankan pada 25 Feb - 26 Feb 2019..
Alhamdulillah.. program berjalan lancar.. pihak kami mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung..
Moga jumpa lagi di lain tahun.. insyaAllah.. terima kasih atas kerjasama yg diberikan..

P/s : Untuk booking Family Day, Kem Sekolah, Seminar & lain2, boleh hubungi 0145012568..






Alhamdulillah selesai satu Family Day daripada Anjuran Properd Terengganu bersama PTC Terengganu.. Alhamdulillah, terima...
26/02/2019

Alhamdulillah selesai satu Family Day daripada Anjuran Properd Terengganu bersama PTC Terengganu.. Alhamdulillah, terima kasih kerana telah memilih TerataieMas Beach Resort bagi mengadakan Family Day pd 8FEB - 9FEB 2019.. 😊
Pihak kami mohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang aktiviti berlangsung.. Alhamdulillah, cuaca pun baik.. aktiviti yg meriah dan sporting semua.. 😊😊
InsyaAllah, jika ada rezeki nanti kita berjumpa lagi..

P/s : Untuk booking Family Day, Kem Sekolah, Seminar & lain2, boleh hubungi 0145012568..




23/02/2019


11/02/2019

Tandas Awam Rantau Abang Terbaik Di Asia

Tandas awam Rantau Abang di sebelah Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Terengganu diiktiraf antara tandas awam terbaik di Asia, minggu lalu.

Keadaannya bersih, bau wangi, mesra pengguna serta landskap menarik merupakan antara ciri utama ia memenangi Anugerah Standard Tandas Awam Asia 2019-2021 sempena Forum Pelancongan Asia di Ha Long, Vietnam, Jumaat lalu.

Anugerah itu menjadikan tandas tersebut sebagai satu-satunya tandas awam dari wilayah Pantai Timur yang mendapat pengiktirafan tersebut bersama empat lagi dari Malaysia iaitu tandas awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Restoran Foh San, Perak, Masjid Cina Melaka dan Plaza Merdeka, Sarawak.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Lizan Che Mat berkata, anugerah itu adalah satu penghormatan besar bagi penduduk dan warga MPD khususya yang telah bekerja keras melaksanakan pelbagai usaha serta insiatif agar kebersihan tandas awam di seluruh daerah itu terjaga.

“Tandas Awam Rantau Abang sememangnya mendapat perhatian utama MPD kerana ia berada di lokasi pelancongan negeri yang sangat dikenali sebagai tempat pendaratan penyu.��”Tandas ini boleh dikatakan lengkap dan sesuai untuk dijadikan hentian pengunjung dekat dan jauh kerana turut mempunyai bilik mandi, tempat rehat dan ditambah p**a dengan keindahan landskap yang dibina di sekitarnya,” katanya ketika ditemui Bernama.

Menurut Lizan, tandas tersebut telah mendapat penarafan lima bintang dan pernah menerima beberapa anugerah lain termasuk johan Pertandingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang 2016 dan Anugerah Perak kategori Tandas Awam milik PBT (Bandaraya/ Perbandaran) anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2016 dan 2018.

Beliau berkata selain ingin menambah baik lagi Tandas Awam Rantau Abang, pihaknya juga mempunyai pelbagai perancangan bagi meningkatkan lagi kebersihan dan keindahan kawasan di sekitar 15 tandas awam yang ada di daerah itu tahun ini.

“MPD telah mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM30 juta daripada KPKT bagi 2019- 2021 untuk tujuan pembangunan landskap bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti penduduknya.

“Jadi kita akan gunakan sebahagian peruntukan ini untuk kerja penambahbaikan, keceriaan dan pembinaan landskap bagi memberi imej baharu kepada tandas awam yang selalu dilabel sebagai tempat yang kotor.��”Walaupun nampak kecil tandas awam sebenarnya boleh memberi impak kepada sektor pelancongan kerana daripada situ pelancong boleh menilai mentaliti dan sikap rakyatnya,” kata Lizan.

Sementara itu, tukang cuci Tandas Awam Rantau Abang, Faridah Chaiman berkata, beliau menggunakan pewangi semulajadi iaitu bunga rampai yang diperbuat daripada daun pandan bagi menyerap bau dalam tandas tersebut dan seterusnya

mengeluarkan bau yang wangi.

Malah, daun pandan tersebut dipetik daripada pokok yang ditanam di satu sudut bahagian depan dan tepi tandas itu sejak lima tahun dahulu.

“Rata- rata orang ramai sukakan aroma daun pandan yang harum tetapi tidak menyakitkan hidung seperti pewangi yang dibeli di kedai. Adakalanya mereka (pengunjung) sempat meminta sedikit (daun pandan) untuk diletakkan di dalam kereta,” katanya.

Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam

Salam.. Selamat bercuti !! ☺Yg ada plan nak buat family day, santai2 hujung minggu nak bbq, nak buat hari sukaneka utk t...
03/02/2019

Salam.. Selamat bercuti !! ☺
Yg ada plan nak buat family day, santai2 hujung minggu nak bbq, nak buat hari sukaneka utk tadika di tepi pantai atau apa2 saja program nak sewa dewan ( berhawa dingin) dan bilik ( berhawa dingin & kipas)..
Resort kami juga ada kemudahan ruang meletakkan kenderaan.. dan juga mepunyai ruang yg luas utk mengadakan aktiviti pantai..
Boleh terus hubungi/ whatsapp 0145012568 utk tempahan dan pertanyaan..




Address

Kampung Rantau Abang
Dungun
23050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TerataieMas Beach Resort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TerataieMas Beach Resort:

Share