Azie Jb Property

Azie Jb Property Property company-Property Agent

02/07/2024

Bulan lepas, ada seorang pembeli ni cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia beli tu rumah tu under construction, kira tak ada rumah contoh. Jadi just tengok layout semua nampak macam besar, luas dia booking saja untuk beli. Tapi after rumah tu siap dia terkejut sebab rumah tu kecil size nya. Parking pun muat satu kereta saja.

Bila saya tanya berapa bukaan lebar rumah? Dia kata 18 kaki. Untuk size 18 kaki memang muat 1 kereta saja parking. Melainkan kereta kecil mungkin boleh muat 2. Yang ni ikut pagar yang developer bagi. Belum renovate tukar pagar semua. Memang selalu kalau kita tengok model rumah, atau layout rumah dan kita tak ada pengalaman untuk bayangkan "size" rumah, kita akan rasa ok. So saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang size rumah yang biasa di jual dekat malaysia ni dan kategori rumah tu besar atau kecil.

Selain dari tengok jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang kena ambil kira bagi saiz sesebuah rumah. Saiz tanah ( bagi rumah landed) dan saiz binaan ( rumah landed / apartment).

🏡𝗔𝗽𝗮𝗿𝘁𝗺𝗲𝗻𝘁/ 𝗞𝗼𝗻𝗱𝗼 / 𝗙𝗹𝗮𝘁 :

✅ 𝟰𝟬𝟬-𝟱𝟬𝟬+𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.

Kalau size macam ni biasanya studio unit / soho. Biasa ada 1 bilik atau tiada bilik.

✅ 𝟲𝟬𝟬-𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.

Untuk Size ni dikira size yang kecil. Ada yang cukup untuk 2 bilik, ada yang 3 bilik.

✅ 𝟴𝟬𝟬- 𝟵𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.

Size ni dikira "standard size" untuk kebanyakan rumah apartment. Size yang boleh dikatakan "selesa". Tak besar sangat. Tak kecil sangat.

✅𝟵𝟬𝟬-𝟭𝟬𝟬𝟬 ++ 𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗮𝘀.

Untuk saiz ni dikira besar bagi sebuah rumah apartment/ kondo/ flat. Layout rumah juga lebih luas. Sesetengah kondo ada yang bersaiz 1500++sqft yang mana kadang lebih luas dari saiz binaan rumah teres.

🏡𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀 / 𝗟𝗮𝗻𝗱𝗲𝗱: ( intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar )

Size rumah teres ni biasanya (ukuran kaki)

16x60
18x60
18x70
20x60
20x65
20x70
20x75
20x80
22x70
22x75
24x70

🏡𝗦𝗮𝗶𝘇 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵

✅𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟭𝟲-𝟭𝟴 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.

Lebar ni di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja. Untuk 18 kaki muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau takde tembok kiri kanan boleh masuk dua.

✅ 𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.

20 kaki ni dikira size standard kebanyakan rumah teres dekat malaysia ni. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk parking dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai.

✅𝗦𝗶𝘇𝗲 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟮 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 : 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.

Size yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk size 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai "superlink". Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk size 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.

🏡𝗦𝗮𝗶𝘇 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵

Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.

✅𝟲𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 - 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸.

Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.

✅ 𝟲𝟱-𝟳𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 - 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.

Standard size bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Size yang paling ramai s**a. Carporch pun tak pendek sangat dan biasa bahagian belakang pun ada lebihan tanah.

✅𝟳𝟱 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 - 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴.

Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau size standard. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Size 80-90 kaki dikira panjang.

🏡𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 / 𝗕𝘂𝗶𝗹𝘁 𝘂𝗽

Untuk rumah teres setingkat keluasan binaan boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan.

Untuk rumah teres 2 tingkat

✅ 𝟭𝟱𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 - 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.

Biasa sekarang ni developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.

✅ 𝟭𝟱𝟱𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 - 𝟭𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁- 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.

Bagi saiz ni dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan "just nice". Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.

✅ 𝟭𝟴𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 -𝟮𝟬𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁++ - 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.

Untuk saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Saiz ni biasanya kalau tak buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tak perlu extend dah biasanya.

Nak tulis sikit jadi panjang pula😅. Tapi ni dikira pendapat peribadi saya yang pernah involved dalam bidang construction dulu dan sekarang bekerja sebagai perunding hartanah. Boleh jadi panduan bagi yang sedang mencari rumah. Apapun saiz pilihla ikut bajet dan citarasa masing-masing. Pilih betul-betul supaya tak salah buat pilihan .

Semoga bermanfaat.

Rumah bawah ni dekat Elmina. Size 20x80 dengan Luas binaan 2200sqft++. Yang ni kategori rumah teres intermediate yang besar dan luas.

Perkongsian Fahimah Mahayuddin

Alhamdullilah .. Selesai urusan pembelian rumah di Taman Flora Height dalam masa sehari. Projek di Taman Flora Height Ba...
15/08/2022

Alhamdullilah .. Selesai urusan pembelian rumah di Taman Flora Height dalam masa sehari.
Projek di Taman Flora Height Bandar Sri Alam ini telah mendapat CCC. Jimat bagi pembeli Dari dikenakan pembelian interest semasa pembinaan. Lot bumi hanya tinggal 3 unit sahaja.

Dengan harga bermula RM467,500 dgn keluasan 22x70. Lokasi berhampiran 5 universiti tempatan seperti UITM, Politeknik, Sekolah Antarabangsa, Sekolah Seni Dan Sekolah pelbagai pilihan sekolah rendah Dan Sekolah menengah.

Hubungi saya utk keterangan lebih lanjut ditalian http://www.whassap.my/0197116060/enqfloraheight

Salam semuaLot bumiputra masih  ada lagi berbaki7 unit di fasa 1A18 unit di fasa 1B  manakala international lot telah  a...
28/10/2021

Salam semua
Lot bumiputra masih ada lagi berbaki
7 unit di fasa 1A
18 unit di fasa 1B
manakala international lot telah abis dijual untuk Fasa 1A dan Fasa 1B

Promotion Houzkey. Konsep Rent To Own atau sewa beli.
Syarat
1.Umur 18 -70
2. Malaysian
3. Rumah pertama & kedua shj

Kelebihan
1. Zero deposit
2. Pinjaman 100 percent.
3.Syarat kelulusan pinjaman yg lebih mudah
4.Penjamin maksimum 3 org.
2. Tiada caj bayaran semasa pembinaan
3 Bayaran bulanan bermula RM1,352 utk tempoh maksimum selama 5 tahun.
4.Unit bole kembalikan selepas setahun penyewaan jika tidak ingin meneruskan penyewaan/pembelian rumah.
5. Unit bole dijual mengikut harga pasaran semasa selepas 5 tahun.

22/10/2021

Sekiranya anda bercadang untuk membeli rumah pasca moratorium, apa kata anda lihat dahulu perbandingan antara rumah subsale, undercon dan lelong.

22/10/2021

Pemeriksaan rapi ke atas pemaju hartanah adalah penting sebelum membeli rumah pertama atau hartanah pelaburan.

Untuk info
12/09/2021

Untuk info

Nakkan pinjaman perumahan anda diluluskan hanya dengan sekali permohonan? Biar kami tunjukkan caranya.

26/06/2021

Masa yang terbaik untuk melabur dalam hartanah.

Salam Semua  Berita baik bagi yg ingin memilliki / melabur dlm hartanah ketika harga pasaran yg jatuh sedikit ketika ini...
24/06/2021

Salam Semua

Berita baik bagi yg ingin memilliki / melabur dlm hartanah ketika harga pasaran yg jatuh sedikit ketika ini.
Promosi Houzkey. Konsep seperti Rent To Own atau Sewa Beli untuk Projek di Senadi Hill dan Aspira.

Syarat kelayakan.
1. Berumur antara 18 -70
Aged between 18-70
2. Warganegara Mlalaysia
Malaysian Citizen
3. Tidak melebihi satu pinjaman perumahan
ketika permohonan.
Not more than 1 home financing.

Kelebihan
1. Pinjaman 100%
100 % Financing.
2 .Bayaran bulanan yg rendah.
Lowest monthly payment
3 Tiada caj bayaran semasa pembinaan.
No payment during construction.
4.Penjamin maksimum 3 org.
Up to 3 guarantor.

Dengan bayaran bulanan serendah RM1,352 utk tempoh maksimum selama 5 tahun bagi lot bumiputra.
Unit bole kembalikan selepas setahun penyewaan jika anda tidak ingin meneruskan penyewaan/pembelian rumah.
Unit bole dijual mengikut harga pasaran semasa selepas 5 tahun. Harga hartanah yg ditawarkan selepas 5 tahun adalah harga yg sama semasa perjanjian.
.

Fasa 1A dan Fasa 1 B total 232 unit dijangka siap pada Jun 2022

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya Azie Agen Hartanah berdaftar diwasap http://www.wasap.my/60197116060/enqhouzkeysenadi

Address

Nusajaya West, Iskandar Puteri
Gelang Patah
81560

Telephone

+60197116060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azie Jb Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azie Jb Property:

Share

Category