11/03/2024
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
Terlebih dahulu umi nak memohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki bagi pihak pengurusan MIT jika berlaku sebarang salah faham serta kekhilafan daripada pihak kami.
Yang pertama sekali umi ingin menyatakan beberapa perkara disini secara terang dan jelas.
Pihak pengurusan MIT hanya beroperasi mengikut waktu bekerja yang telah ditetapkan oleh pihak MIT bagi semua urusan iaitu jam 8Pagi- 8Malam setiap hari melainkan pihak pengurusan berada diluar kawasan. Sekiranya ada sebarang urusan laporan ataupun aduan selepas waktu tersebut, anda boleh kemukakan melalui talian wasap bertulis ke talian 0197535844 sahaja. Sekiranya sebarang kecemasan boleh hubungi 0133251707 atau terus ke Rumah Pengurusan Pintu No 2.
Yang kedua, sebarang baikpulih akan dijalankan selepas pihak pengurusan menerima aduan dalam tempoh 3 hari bekerja bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk mencari punca dan penyelesaian bencana dan jika memerlukan tempoh yang lebih lama, pihak MIT akan maklumkan ke pihak penyewa. Sementara, itu pihak penyewa boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kerosakkan harta benda.
Yang ketiga sekiranya berlaku kecemasan yang melibatkan nyawa, terus berhubung dengan pihak berkuasa seperti POLIS, BOMBA dan HOSPITAL tidak perlu menunggu tindakkan selanjutnya daripada pihak MIT. Namun begitu perlu melaporkan kepada pihak MIT untuk pengesahan kejadian berlaku di MIT.
Dan yang terakhir, semua sedia maklum. Pihak MIT sedang membina serta menaiktaraf ke fasa bangunan kedua. Jadi setiap hari pekerja binaan akan melakukan tugas2 mereka. Jika terdapat sebarang permasalahan yang melibatkan kerja2 binaan itu boleh terus berhubung dengan HJ ZOL selaku pengurus utama PROJEK tersebut.
Selebihnya atas budi bicara pihak pengurusan MIT dan penyewa sebarang permasalahan dalaman yang berlaku.
Di MIT kita mengamalkan konsep HORMAT MENGHORMATI dan KASIH SAYANG sesama jiran.
Pihak pengurusan juga adalah MANUSIA BIASA yang ada masa makan tidur rehat sakit , tidak perlu diperbesarkan hal yang boleh kita selesaikan bersama.. Setiap masalah pasti ada penyelesaian jika kena dengan cara yang betul.
Sekian Salam Sayang dan Salam RAMADHAN daripada Umi dan PIHAK PENGURUSAN MIT...
PUASA JANGAN TAK PUASA YA 🥰
Mutiara INN Townhouse