14/09/2021
Saya Nak Jual Rumah Saya.
Perlu Ke Saya Lantik Ejen Untuk Jual Rumah Saya Ni? 🤔
Jawapannya adalah tak wajib pun sebab lantikan ejen ni hanya pilihan kepada pemilik rumah.
Kalau pemilik rumah mempunyai kelapangan masa dan tenaga, boleh je nak jual rumah sendiri tanpa ejen.
Tapi, kalau pemilik rumah seorang yang sibuk dengan urusan harian dan pekerjaan serta tidak mahu runsingkan fikiran untuk urusan penjualan rumah, bolehlah lantik ejen untuk memudahkan segala urusan.
So, ini tugas ejen dalam membantu proses penjualan rumah.
⚫PERTAMA
=========
Membantu menyemak nilai pasaran harga rumah. Ini sangat penting tau.
Sebagai pemilik rumah memang kita rasa nak jual harga setinggi yang boleh.
Tapi, kalau kita jual harga lebih dari pasaran, rumah tersebut akan susah nak attract pembeli untuk beli. Kenapa??
Sebabnya bank hanya akan bagi 90% pinjaman kepada pembeli dari harga nilai pasaran.
Baki 10% dan tambahan harga rumah lebih dari nilai pasaran ni pembeli yang kena bayar cash.
Tak ramai pembeli ada cash yang banyak.
🔴KEDUA
======
Ejen akan membantu iklankan rumah melalui online atau offline.
Online biasanya di laman web seperti mudah.my, iproperty, propertyguru, facebook, fb ads.
Offline biasanya melalui flyer, gantung banner, bisnes kad etc.
Yang bestnya, pemilik tak perlu bayar satu sen pun pada ejen kalau ejen tak berjaya jual rumah tersebut dalam tempoh yang dipersetujui.
Semua kos minyak, pengiklanan dan lain-lain dikeluarkan sendiri oleh ejen.
Pemilik hanya perlu bayar yuran ejen jika rumah tersebut berjaya dijual sahaja dan setelah perjanjian jual beli ditandatangani oleh pemilik dan juga pembeli.
Ini yang ramai pemilik rumah tak tahu!
⚫KETIGA
=======
Pemilik biasanya mungkin tidak tahu cara untuk menapis pembeli berkelayakan.
Jadi bila bakal pembeli berminat nak beli rumah, pemilik bawa view dan terangkan dengan panjang lebar tentang rumah yang nak dijual tu.
Pembeli pun dah berminat untuk beli dan apply loan.
Tunggu punya tunggu, sekali loan pembeli kena reject. Alamak!
Kan dah bazir masa kat situ. Kena ulang balik proses cari bakal pembeli yang lain.
Tapi, kalau guna ejen, ejen akan tapis awal-awal bakal pembeli yang berkelayakan supaya kebarangkalian permohonan loan pembeli untuk lulus lebih tinggi.
🔴KEEMPAT
=========
Bila dah tapis pembeli yang berkelayakan, ejen akan bantu untuk bawa pembeli view rumah serta terangkan mengenai rumah tersebut kepada bakal pembeli.
⚫KELIMA
=======
Last but not least, bila pembeli dah setuju nak beli rumah yang pemilik jual, pembeli akan bayar booking.
Ejen akan membantu pembeli untuk menyediakan dokumen untuk urusan pinjaman bank.
Seterusnya urusan jualan rumah akan diteruskan melalui peguam yang dilantik.
Jadi, terp**ang kepada pemilik untuk guna khidmat ejen hartanah atau pun tidak.
Jual rumah sendiri dan pemilik perlu berkorban banyak masa dan tenaga untuk jawab call serta pertanyaan bakal pembeli.
Kena rajin mengiklankan rumah nak jual.
Setiap hujung minggu tak ada masa nak berehat atau bersama keluarga sebab perlu bawa bakal pembeli view rumah.
Sebaliknya, jika lantik ejen, pemilik tak perlu fikir apa-apa dah lepas tu. Biar ejen buat semua kerja. Pemilik just tunggu nak sign S&P dengan serious buyer.
Tapi, sedikit kos yuran profesional ejen perlu dibayar.
Korbankan sedikit masa atau peruntukkan sedikit wang? Pilihan di tangan awak.
Kredit:- Fatin Abdul Rahman & Aslinda Hartanah